Certot

Novelis vs Pilot 1

Hasil nukilan Nurin 2 years agoFiksyen 21

  Aku Nina. Aku bercita-cita menjadi juruterbang kerana aku tidak gayat dan aku tidak rabun. Kadang-kadang aku ingin menjadi penulis kerana aku juga berbakat dalam penulisan. Dari aku kecil sehingga aku berumur 12 tahun, aku mempunyai dua pilihan antara menjadi pilot ataupun menjadi penulis.

Esok harinya, aku ternampak poster pertandingan menulis cerpen. Aku terfikir-fikir ingin menyertai atau tidak. Aku pun meninggalkan tempat tersebut lalu masuk ke kelas. Pertandingan itu masih ada soalannya.

“Nina, awak masuklah pertandingan itu.”

“Pertandingan apa?”

“Pertandingan menulis cerpen. Lagipun awak ada bakat menulis.”

“Saya tidak tahu mahu masuk ataupun tidak.”

*****

Selepas habis sekolah, aku balik ke rumah dan mula mereka cerpen. Aku mengajak Mya ke rumah bagi memberi idea.

“Awak rasa saya boleh menang?”

“Tunggu sahajalah.”

Aku telah menghantar cerpen kepada editor. Aku berharap sangat untuk memenangi pertandingan menulis cerpen.

*****

Hari ini adalah hari penyampaian hadiah untuk pemenang pertandingan cerpen. Hati aku mula berdegup kencang.

“Pemenang tempat ketiga ialah Nur Batrisya. Tempat yang kedua ialah Nurul Balqis, tempat pertama dalam pertandingan ini ialah Nur Mya!!!”

“Tidak!”

Aku memang mempunyai bakat menulis, tetapi aku tidak pernah meminta kepada Allah dan berdoa. Aku meminta pertolongan daripada kawanku. Mya yang menang padahal aku meminta idea daripadanya. Ini sememangnya menjadi pengajaran kepada aku.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: