Certot

Novelis Muda

Hasil nukilan Amelia 2 years agoFiksyen 21

Nizam tekun merenung skrin komputer ribanya. Kemudian ,dia menaip sesuatu menggunakan Microsoft Word 2010. Muncul aksara-aksara yang membentuk satu perkataan. Perkataan itu berubah pula menjadi satu ayat.

Sebenarnya, Nizam sedang menghasilkan novel hasil tangannya sendiri. Dia sememangnya seorang remaja lelaki yang berimaginasi tinggi. Ada sahaja idea yang diguna pakai untuk menghasilkan cerpen atau novel. Ideanya itu ibarat turun mencurah-curah dari langit! Walaupun dia baru sahaja berusia 13 tahun, tetapi dia mempunyai semangat yang tegar untuk menulis beribu-ribu patah perkataan.

Namun begitu, karyanya tidak dihantar ke mana-mana syarikat penerbitan, sebaliknya ia hanya tersimpan kemas dalam komputer ribanya. Walhal dia boleh mengahntar karyanya itu ke syarikat penerbitan PTS. Dia boleh digelar Penulis Tunas Super.

Nizam Hakimi, seorang yang gemar membaca. Hasil daripada pembacaannya itulah yang menyebabkan dia ada beratus-ratus untuk menghasilkan novel.

‘Aduhai, mahu tulis apa lagi, ya? Nampaknya aku sudah kehabisan idea. Lebih baik aku rehatkan minda seketika. Tidaklah aku menjadi stres,’ monolog hati Nizam.

Dia mengambil headphone dan cucukkan wayarnya ke dalam lubang pada telefon bimbitnya. Kemudian, dia membuka aplikasi yang memaparkan beribu-ribu jenis lagu. Dia memilih lagu Love Me Right nyanyian artis K-Pop terkenal iaitu EXO menjadi halwa telinga.

Baginya, cara terbaik untuk mengurangkan tekanan adalah dengan mendengar lagu. Kita menjadi stres kerana lebih kerap menggunakan otak sebelah kiri. Apabila otak kiri kita terbeban, kita pun menjadi stres. Oleh itu, kita perlu seimbangkan kedua-dua otak kita. Oleh itu, apabila kita mahu melakukan kerja yang melibatkan penggunaan otak sebelah kiri, kita juga perlu menggunakan  otak sebelah kanan seperti mendengar muzik atau menyanyi. Ini supaya otak kita menjadi seimbang. Muzik juga mampu menghilangkan rasa mengantuk.

Nizam bangkit daripada pembaringan dan menyambung ayatnya yang tergantung sebentar tadi.

*****

Sebaik sahaja pulang dari sekolah, Nizam terus mandi dan menukar baju. Dia mendapatkan komputer ribanya dan terus membuka Facebook. Sudah lama benar dia tidak membuka akaun Facebooknya itu.

Dia melihat page PTS One. Setelah beberapa saat, page yang dikliknya sebentar tadi pun keluar. Nizam membaca status yang baru dimuat naik oleh PTS One. Dia berhenti seketika apabila melihat status yang tertulis:

PENULIS TUNAS SUPER

Adakah anda seorang remaja yang berbakat dalam bidang penulisan? Anda ada menulis beberapa nukilan, tetapi tidak tahu di mana anda mahu menghantarnya untuk diterbitkan?Jangan risau! Kami di sini sentiasa ternanti-nanti hasil nukilan anda semua. Anda cuma perlu e-melkan sinopsis dan dua bab ke [email protected]

Iklan tersebut benar-benar menarik perhatian Nizam. Dia mula terfikir-fikir sendiri. Adakah patut dia menyimpan sahaja hasil nukilannya itu  dalam komputer riba? Adakah patut dia pendamkan sahaja bakat yang dikurniakan oleh Ilahi ini? Amatlah rugi sekiranya kita mensia-siakan bakat semula jaadi itu. Nizam mengerah otaknya untuk mendapatkan satu keputusan yang tepat. Satu keputusan yang tidak memakan dirinya sendiri.

*****

Nizam membuka akaun e-melnya. erdapat satu e-mel daripada PTS One. Dia menglik kotak inbox. Dia membuka e-mel yang diterimanya. Nizam melonjak gembira sebaik sahaja habis membaca e-mel tersebut. Dia menyanyi riang.

‘Alhamdulillah, pihak PTS One telah menerima hasil nukilan aku. Sekarang aku perlu lakukan satu perkara sahaja lagi sebelum bergelar Penulis Tunas Super!’ detik hati Nizam.

*****

Buku Nizam telah berjaya diterbitkan.B aru beberapa bulan buku tersebut berada di pasaran, namun ia laris dijual. Ramai pembeli yang membeli hasil nukilan Nizam itu. Nizam tersenyum gembira. Dia kini bergelar Penulis Tunas Super novelis muda.

Nizam memanjatkan kesyukuran ke hadhrat Ilahi. Dia kini sedar bakat semula jadi ini harus digunakan dengan sebaik-baik cara supaya ia dapat memberi manfaat kepada masyarakat. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: