Certot

Novelis

Hasil nukilan Dhia 1 year agoMisteri

Yuna menulis sebuah cerita di dalam sebuah buku yang amat tebal. Buku tebal itu berjudul Koleksi Novel dan Cerita Yuna. Berdasarkan judul, memang benar Yuna menulis segala ceritanya. Pelbagai genre ada. Dia mahu menerbitkan setiap satu cerita dalam bentuk novel.

Yuna tidak menghantar karya nya kepada mana-mana pihak penulisan kerana rumahnya tidak ada Internet. Jika dia ke CyberCafe, barulah dia dapat menggunakan Internet. Kadangkala dia hanya membuat cerpen sahaja di laman web storymorie. Setakat ini, Yuna sudah menulis 33 cerita termasuk cerita barunya. Sejak dia berumur tujuh tahun, dia bercita-cita mahu menjadi seorang novelis. Kini,dia sudah berusia 11 tahun.

“Yuna! Mari ke CyberCafe. Hari ini kan hari cuti,” ajak kakaknya, Callie. Kakak Yuna bercita-cita menjadi pelukis komik.

“Baiklah,” balas Yuna.

Yuna bersiap. Dia menggalas sebuah beg galas yang ingin dimasukkan buku tebalnya. Alangkah terkejutnya Yuna apabila mendapati bukunya tiada. Dia mencari di sekitar biliknya. Dia ke arah almarinya. Dia jumpa bukunya, tetapi di sebelah buku nya terdapat sehelai kertas. 

“Yuna! Kau tidak akan dapat kecapi cita-cita kau! Kau otak udang!” kata kertas itu.

Yuna amat marah kepada penulis surat itu, jadi dia buang kertas itu.

******

Sejak beberapa hari ini, Yuna sering mendapat kertas yang sama dan ayat yang sama.

Yuna mengambil keputusan untuk menyiasat.

Rupa-rupanya, kakaknya Callie yang menghantar surat-surat itu.

Kakaknya cemburu terhadap Yuna kerana cita-cita  Yuna disokong oleh ibu dan ayahnya, tetapi cita-citanya tidak disokong.

Yuna kasihan. Dia mengajar kakaknya supaya redha. Yuna berterus terang.

“Kakak, sebenarnya Yuna anak pungut. Kakak tiada adik sebenarnya. Kakak lebih bernasib baik daripada Yuna,” jujur Yuna.

Kakaknya berjanji tidak akan memberitahu rahsia Yuna kepada sesiapa. Sejak hari itu, tiada lagi surat dengki.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: