Certot

No, SUKAN!

Hasil nukilan Dhia 2 years agoSukan 111

             

Seperti yang telah dimaklumkan oleh Cikgu Ramlah dua minggu lepas, Hari Sukan Sedunia akan dianjurkan di SMK Taman Mawar 2. Tinggal seminggu sahaja yang tinggal sebelum hari yang dinanti-nantikan. Aktiviti yang akan merasmikan Hari Sukan Sedunia di SMK Taman Mawar 2 ialah aktiviti marathon di sekitar perumahan yang berdekatan.

 

          Ramai yang berminat dan ada juga yang sebaliknya. Lusa akan ada taklimat perihal keselamatan dan laluan yang akan digunakan sepanjang marathon berlangsung.

 

“Aduh! Lecehlah kalau nak lari, hanya perasmian sahaja pun,” kata Fazira

“Hmm… yelah, ikut awak lah nak cakap apap un“ acuh tak acuh kawan Fazira, Wani.

Faham-faham sahajalah, Fazira itu ratu diva. Semuanya mahu dikritik. Jika bab makan ada sahaja komen pedas yang ditujukan khas buat rakannya Wani yang perlu menadah telinga mendengar semua kritikan, keluhan oleh Fazira. Belum sampai tahap yang lain kalau dicampurkan boleh jadi bom kritikan hangat di pasaran lagi.

*****

Tiba hari yang dinantikan oleh semua kecuali Fazira. (Hari Sukan Sedunia)

“Pelajar-pelajar diminta berkumpul di dataran sekarang,“ kata pengawas bertugas dengan tegas.

‘It will be a very boring day, with just running,’ keluh hati Fazira.

“Semangatlah sikit kawan!” Wani cuba memberikan kata semangat buat Fazira.

“Hmm.”

*****

Selepas ucapan guru besar, telah tiba masanya untuk acara marathon.

Cikgu Azhar bergerak pantas ke hadapan sambil memegang hon yang bersaiz sederhana untuk memulakan acara perasmian itu.

“Ke garisan, satu! Dua! Pon!”

Maka dengan itu bermulalah acara marathon.

Sedang orang berlari ke hadapan, Fazira berjalan dengan lambatnya. Sedang orang mula memecut laju, Fazira baru mahu berjoging dengan bersahaja. Haih… Fazira, Fazira, itulah pendiriannya.

Selepas menghabiskan sesi Marathon, mulalah saat Wani mendengar bebelan Fazira.

*****

Sesi bersama atlet sukan terkenal, Fazira tidak ambil kisah.

Hisyh! Mak minah seorang ni susaht betullah nak memahami diri dia.

Tapi disebabkan best friend , sabar sahajalah.

*****

Cuti minggu tiba lagi!

Kali ini Sabtu dan Ahad diisi dengan ajakan Wani supaya berjoging di sekitar taman dan bermain bola jaring bersama dengan kawan-kawan yang lain.

Tetapi apakan daya ditolak mentah-mentah.

Katanya, “No sukan!”

Tired!

 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: