Certot

Ninja Selendang Merah

Hasil nukilan ain nur najwa bt mohd rashdi 2 years agoKembara 43

Ayuni atau Yuni yang berumur 13 tahun adalah pengemar pahlawan Jepun, terutamanya Ninja.

Suatu hari, Yuni ternampak kelibat seseorang memasuki biliknya dan meletakkan sebuah peti lama lalu terjun dari tingkap. Yuni terus berlari ke arah tingkap dan memeriksa peti tersebut. 

 ‘Ayuni binti Harun, kamu adalah Ninja Selendang Merah. Berdasarkan keputusan ninja-ninja lain, awak layak untuk meneruskan keturunan ninja. Jangan beritahu sesiapa tentang perkara ini. Sekian.

Selepas membaca pesanan daripada ninja, Yuni terus ternganga luas. Yuni menyelongkar peti lama itu.

“Rasa macam Randy Cunningham pula. Agaknya ninja aku ni ada gred tak? Aku gred berapa, ya?” Bertalu-talu soalan yang ditanya pada dirinya sendiri.

“Hah? Tudung ninja dan selendang warna merah? Macam mana nak pakai ni?” kata Yuni sambil menggosok kepalanya. Dia pun melilit kepalanya dengan selendang. Tiba-tiba semua pakaian yang dipakainya bertukar warna merah terang. Dia pun tidak tahu bagaimana tudungnya dililit ala Miss Shawlista.

Dia pun cuba meniru gaya ninja yang selalu dilihatnya di televisyen. Rupa-rupanyalah dia boleh buat lebih daripada itu. Dia mengembara seluruh dunia dan menyelamatkan orang selama enam tahun berturut-turut. 

Dia telah dapat pesanan daripada ninja lain supaya pulangkan peti lama itu kecuali tudung ninja dan selendang sebagai tanda kenang-kenangan. Yuni akur yang dia telah berumur 19 tahun dan tidak layak menjadi ninja lagi, tetapi dia tetap ahli ninja. Setelah memulangkan peti besi itu, dia berasa normal dan tidak tersekat lagi dengan masalah-masalah dunia.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: