Certot

Nerds Papa To Cool Papa

Hasil nukilan Lenny 2 years agoSuperhero 3

Aku Fiona Binti Hisham. Bersekolah di Sri Bangsar. Impianku adalah melancong ke Paris tetapi jauh panggang dari api. Ayahku bekerja sebagai seorang pengutip sampah di jalanan manakala ibuku bekerja sebagai pengasuh di rumah Mak Cik Aini. Setiap hari selepas habis sekolah, aku akan pergi ke gerai Pak Cik Usman untuk membantunya menguruskan kedainya. Aku, ayah, dan ibu memeras keringat setiap hari untuk membayar biaya persekolahan aku yang masih tertunggak bakinya dan untuk keperluan rumah kami.

Pada suatu hari….

Tok! Tok! Tok! Kedengaran bunyi ketukan pintu di rumah Fiona.

“Ada orang ke dalam rumah ni?” tanya seorang lelaki yang suaranya seperti kebiasaan didengar oleh Fiona tetapi perlakuan dan gaya tatariasnya berbeza.

“Ada!“jerit Fiona. Dia lalu bergegas membuka pintu itu. 

Tiba-tiba….

“Ayah?” Ternyata betul tekaan Fiona. Itu adalah ayahnya, trtapi ada satu kemuskilan di mindanya. Fiona lalu bertanya, “Tapi kenapa ayah pakai baju ni?” 

Ayahnya senyap saja. Pertanyaan masih belum terjawab. “Mana mak kamu?” tanya ayahnya. 

“Kat mana lagi?Pastilah di rumah Mak Cik Aini!” Fiona menjawab dengan perasaan yang bercampur aduk kerana soalannya tadi tidak dijawab. 

“Oh… erm… Fiona tunggu di sini dulu ya. Kalau mak dah pulang bagitahu ayah,” kata ayahnya yang pergi berlalu meninggalkan Fiona. 

“Hm… nii mesti ada yang tak kena. Aku mesti siasat ni!” kata Fiona dengan perasaan ingin tahu.

*****

Setibanya maknya di rumah.

“Mak tahu tak tadi ayah datang menggunakan kot warna hitam putih,” kata Fiona kepada maknya.

“Eh,betulkah? Mana ayah kau?” tanya maknya.

“Mak nak pergi mana ni? Ayah tiada di dalam bilik. Ayah kata suruh tunggu dulu. Lepas tu kalau mak datang telefon ayah,” kata Fiona. “Alamak! Tak ingat nak telefon ayah pula!” jerit Fiona. 

Baru sahaja Fiona nak menelefon, ayahnya sudah datang dengan pegangan tiket penerbangan ke Paris. 

“Yang ayah pegang tu apa?” tanya Fiona.

“Ini adalah tiket ke Paris! Nak ikut tak?” tanya ayahnya. Serentak maknya dan Fiona terbatuk.

“Betul ke ni?” tanya isterinya. 

“Betul,” jawab ayahnya.

“Yeay! Esok kita berangkat!”

*****

Setibanya mereka di Lapangan Terbang Paris.

“Ayah dapat duit sebanyak ni macam mana?” tanya Fiona.

“Rahsia. Dahlah jom kita pergi Menara Eifell!” kata ayahnya.

“Okey,” jawab maknya dan Fiona.

Dalam perjalanan untuk mencari kedai makan, ayahnya ada berkata sesuatu, “Fiona sekarang jangan risau pasal sekolah.”

“Kenapa?” tanya Fiona.

“Sebab ayah dah bayar semua baki yang tertunggak di sekolah kamu,” kata ayahnya.

“Yeay! Thank you ayah!” kata Fiona.

“Banyak duit yang awak kumpul,” kata maknya. Ayahnya tidak menyahut apa-apa dia cuma mengenyitkan mata saja.

*****

Pada hari keesokannya.

“Ayah dan mak ingat tak hari ini hari apa?” tanya Fiona.

 “Tak.“Mak dan ayahnya menjawab dengan selamba.

“Argh! Bencinya!” Alangkah betapa marahnya Fiona apabila mak dan ayahnya tidak ingat bahawa hari ini adalah hari jadi anaknya.

Selang beberapa minit kemudian..

“Fiona! Mari tolong ayah kat dapur dulu,” panggil ayahnya.

“Yalah,” Fiona menjawab lalu pergi membawa muncung itik mulutnya itu. Tiba-tiba. Fiona melihat kek coklat di dapur meja mereka.Tenyata ayahnya masih ingat bahawa hari ini hari jadinya. Maknya tidak sempat meraikan kerana perlu bekerja.

“Thank you ayah!” kata Fiona.

“Ayah nak bagitahu kamu satu rahsia bahawa ayah dapat duit banyak-banyak sebab ayah kumpul sampah sampai bersih. Lepas tu Gabenor bagi ayah duit,” kata ayahnya.

“You are my hero! Nerds papa to cool papa!” kata Fiona.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: