Certot

Nenek

Hasil nukilan Ainin Kein 1 year agoFiksyen 3

Fisya seorang gadis yang pemalas. Setiap kali dia ke sekolah, ada saja perkara yang tidak kena. Setiap hari Isnin iaitu harinya menjalankan tugas,d ia akan berpura-pura sakit perut. Dia akan menipu ketua kelasnya dengan mengatakan dia gastrik. Kadangkala, dia akan mereka cerita bahawa dia patah tangan kerana terjatuh basikal. Padahal,dia langsung tidak mempunyai basikal.

Satu hari, dia bercuti ke rumah neneknya. Neneknya seorang yang peramah dan lemah lembut. Namun, Fisya melayan neneknya seperti orang gaji.

“Nenek! Dimana makanan saya? Saya lapar! Kenapa ambilnya lambat sangat?” Fisya bersuara kasar. 

“Maafkan nenek, Fisya.” Neneknya sekadar menundukkan kepala. Dia sangat terasa dengan sikap cucunya.

*****

Pada petang itu, nenek Fisya keluar ke kebun bersama Fisya. Tiba-tiba, datang seekor ular sawa yang besar menghampiri Fisya. Fisya menangis dan menjerit ketakutan. Neneknya segera mengambil batang kayu dan menghalau ular itu. Kemudian, ular itu pergi meninggalkan mereka. 

Fisya memeluk neneknya. Sejak hari tersebut, Fisya tidak lagi menjadi pemalas. Bahkan, dia selalu mengemas rumah tanpa disuruh. Di sekolah, dialah orang pertama yang memegang penyapu untuk membersihkan kelas.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: