Certot

Nenekku Sayang

Hasil nukilan Umairah 1 year agoFiksyen

Setiap orang di dunia mempunyai seorang nenek yang sungguh memahami diri kita. Tanpa mereka di sisi ketika kita kehilangan ibu bapa itu sangat memilukan. Siapa jangka orang yang membesarkan kita tanpa punya ibu bapa itu pergi dan tinggalkan kita sendirian. Ikuti kisah Maya berusia 12 tahun yang kehilangan ibu bapanya dan dipelihara oleh nenek Kalsom di Kampung Pandan dan dia di asuh dengan penuh kasih sayang. Dan neneknya pula yang akan mengikuti jejak langkah ibu bapanya.

“Nenek, Maya sudah balik. Mahu makan… lapar,” kata Maya sambil menggosok perutnya

“Kamu ini, Maya. Asal pulang sahaja, lapar. Nenek beri duit belanja beli apa?” kata Nenek Kalsom, lembut. Maya hanya tersenyum.

“Sudahlah. Kalau kamu senyum di sini, sampai esok nenek tunggu jawapan.. Mari makan,” kata Nenek Kalsom lalu turun ke dapur. Maya melompat girang.

*****

“Nenek, ini Maya beri untuk hari ibu. Selamat hari ibu, nenek,” kata Maya sambil menghulurkan hadiah yang siap dibungkus kepada Nenek Kalsom.

“Terima kasih, Maya,” kata Nenek sambil memeluk cucunya yang seorang itu. Maya mengangguk.

“Oh lupa pula Maya mahu beritahu nenek. Minggu depan result UPSR keluar. Marilah datang. Cikgu kata keluarga dibenarkan hadir ke sekolah,” kata Maya sambil menggoyangkan tangan neneknya.

“Insya Alah, nanti nenek datang ya, Maya,” kata Nenek dengan gembira.

*****

“Maya oh Maya, nenek mahu pergi pekan beli barang dapur. Maya mahu ikut?” tanya Nenek kalsom kepada Maya.

“Tidak mengapalah, nenek. Maya mahu baca novel ni. Nanti tolong belikan Maya karipap sardin, ya,” kata Maya sambil meneruskan bacaannya yang terhenti itu.

“Hurm… nenek pergi dulu ya, Maya,” kata Nenek Kalsom lalu beredar dari situ.

**********

Pagi sudah tiba. Maya dan neneknya menunaikan solat subuh lalu Maya teringat

“Nenek, hari ini keputusan UPSR keluar. Nanti nenek datanglah,” kata Maya sambil membuat memek muka manja.

“Insya Alah Maya. Sebelum itu, nenek mahu ucap tahniah. Takut nenek tidak panjang umur,’ kata nenek. Maya terkejut dengan kata-kata neneknya.

“Apa nenek? Janganlah cakap begitu. Nenek sahaja yang Maya ada di dunia ini.” Tanpa disedari air mata Maya setitik demi setitik jatuh ke pipi. Nenek Kalsom memujuk Maya sehingga maya tersenyum.

*****

Keputusan UPSR telah diumumkan. Maya masih mencari kelibatan neneknya. Tiba-tiba namanya diumumkan dan disuruh naik ke pentas. Dia sungguh gembira, tetapi sangat marah dengan neneknya kerana tidak menepati janji.

Pulang dari sekolah, Maya dengan muka masam ditambat cuka kerana neneknya tidak datang untuk menemaninya. Sesampainya di hadapan rumah….

‘Eh kenapa rumah aku seperti ada sarkas? Ramai betul orang datang,’ kata Maya dalam hati dan berlari anak masuk ke rumah. Sesampai di rumah dia tersentap.

“Nenek… jangan pergi! Kenapa nenek tidak cakap yang nenek tengah tidur. Suruh mereka jangan balut nenek. Jangan ganggu nenek saya tengah tidur,” kata Maya menghalau jiran tetangga yang mahu menutup muka neneknya dengan kapas. Keputusan UPSRnya dicampak seperti kertas tidak berguna.

“Tadi nenek kamu kemalangan masa mahu pergi tengok cucu dia ambil keputusan UPSR hari ini. Tetapi sayang tidak kesampaian,” kata Pak Leman panjang membuatkan Maya terkedu dan berjujuran air mata.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: