Certot

Nazim Marhanali

Hasil nukilan Micheal Midian about 2 years agoFantasi

Ibu tunggal miskin bernama Misha Ritania yang tinggal di kawasan kejiranan yang miskin telah melahirkan seorang anak lelaki. Dinamakan anak lelakinya itu Nazim Marhanali dan dia dibesarkan dengan baik. Dia mempelajari ilmu silat dan mempunyai keberanian yang tinggi.

Tahun 1901, negara mereka didatangi penjajah dari benua Eropah. Semua orang melarikan diri dan ramai orang berjaya ditangkap oleh penjajah dan ada yang mati dibunuh dengan senapang dan meriam. Misha menyuruh jirannya, Rashid yang mempunyai kereta kuda untuk melarikan diri bersama anak lelakinya. Misha kemudiannya ditangkap dan dijadikan hamba.

Selepas beberapa hari Rashid dan Nazim melarikan diri, mereka berehat di sebuah perkampungan nelayan. Ketua kampung yang bernama Mazuri berjanji akan melindungi mereka. Puak Rhunia yang sudah lama menetap di kawasan itu terkenal dengan kemahiran menyumpit dan memanjat pokok. Mereka mengamalkan kepercayaan animisme kepada pokok gergasi yang dipanggil Pokok Dhea. Ia dipercayai melindungi puak mereka dan berhubung dengan semua alam. 

Pada suatu hari,kampung itu diserang oleh penjajah. Rashid dan Nazim melarikan diri. Dalam perjalanan melarikan diri, Nazim melihat pokok gergasi itu tumbang dan pastinya ramai orang mati dihempap pokok itu.

Mereka dijumpai oleh pedagang dari Gujerat di sebuah pelabuhan. Seorang ratu yang turut berada di pelabuhan yang bernama Fedelia Hammerloiz mengambil Nazim sebagai anak angkat dan membawanya pulang ke negara Perancis. Selepas lapan tahun, Nazim menjadi dewasa dan berkemahiran luar biasa. Ibu angkatnya meninggal dunia dan sebelum itu dia berpesan agar Nazim mencari ibu kandungnya yang menjadi hamba penjajah di negara asalnya.

Nazim kembali ke kampung asalnya dan mempunyai angkatan tentera yang tersendiri dan menyerbu kubu pertahanan penjajah. Penjajah berjaya ditumpaskan dan Nazim berjaya menyelamatkan ibunya. Mereka sama-sama pulang ke Perancis dan menetap di sana.

(Ini bukannya kisah benar namun dicoretkan di sini sekadar untuk memberi kesedaran kepada pembaca agar kasih sayang yang terjalin pasti akan terjalin sekali lagi walaupun selepas beberapa tahun mahupun dekad tidak berjumpa).

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: