Certot

Nasib Anak Pengurus Kantin

Hasil nukilan NOR ATIKAH 3 years agoFiksyen 46

“Amie, bangun. Dah pukul berapa ni? Tak baik anak gadis bangun lambat,” teriak ibu yang sedang masak di dapur.

“Baik, ibu. Saya dah bangun ni,” jawab aku dengan suara yang sayu.

Aku bangun dan terus menuju ke bilik mandi. Aku membersihkan diri supaya bersih. Selesai mandi, aku bersiap-siap untuk ke tempat kerja.

Hari ini hari permulaanku kerja sebagai anak pengurus kantin. Aku bekerja menolong ibuku berniaga di kantin sekolah.

*****

Jam sudah menunjukkan pukul 1.00 petang. Aku dan ibu bersiap-siap untuk pergi kerja. 

Aku menaiki kereta yang dipandu oleh ibu dan menuju ke kantin sekolah. Sampai sahaja di sana, ibu berhenti sekejap di kedai untuk membeli ais batu.

Selepas itu, kami menuju ke sekolah. Sampai di sana, aku menyusun semua makanan di tempat yang disediakan.

“Ibu, dah siap kemas. Apalagi nak tolong?” tanyaku kepada ibu yang sedang membuat air.

“Semua dah siap. Kamu boleh duduk dan layan budak sekolah itu, ya,” pesan ibu yang sudah buat air.

*****

Aku melayan pelajar-pelajar sekolah yang hendak membeli makanan. Banyak karenah yang hendak aku hadapi. Terpaksalah aku melayan karenah-karenah mereka.

Karenah-karenah mereka membuat aku suka pula bekerja sebagai peniaga kantin.

Inilah nasib ku sebagai anak pengurus kantin yang aku hatus tempuh sempanjang berniaga. Aku harus bersyukur dan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk menampung hidupku.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: