Certot

Nama pun kawan.

Hasil nukilan Miss vigorous about 3 years agoFiksyen 15

 Maybe One day novel arahan Melissa Kantor yang menceritakan mengenai seorang kawan yang sejati bernama Zoe dan sahabat akrabnya, Olivia. Kisah ini betul-betul membuatkan aku teringat dengan kawan baikku, Ati (bukan nama sebenar). Tetapi secara jujurnya, semua bacaan di media sosial, di majalah, mahupun di lirik lagu membuatkan rindu aku pada Ati bertambah. Ini kerana, kami telah menjadi teman baik sewaktu aku menginjak usia 13 tahun di mana aku ditempatkan sekelas dengannya. Tambahan pula dia menjadi rakan aku semasa di bas sekolah.

‘‘Tidak akan dinamakan kawan baik kalau tiada sebarang pergaduhan. Misalnya cara pertuturan, marah dengan tingkah laku kawan yang lain,’‘ kata nenek.

 Pada mulanya, aku menghiraukan kata-kata nenek dan mengambil kira pergaduhan antara kami sebagai pengakhiran sesebuah hubungan kawan baik. Tetapi bila difikirkan kembali, ada betulnya kerana pergaduhan akan membuatkan sesuatu hubungan menjadi lebih baik dan akrab. Aku betul-betul berharap tiada sesiapa yang menganggap kawan baik sejenis ini merupakan perkara yang mendorong perkara negatif seperti lesbian atau gay. Kerana bagi aku lebih baik aku berkawan baik dengan perempuan daripada sebaliknya kerana itu akan menimbulkan sebarang fitnah. 

 Pergaduhan aku dengan kawan-kawanku yang lain seperti Kesha, Gwen, Pohwisaa, dan lain-lain tidak pernah. Aaku dan Ati yang memakan masa satu ke dua bulan. Punca pergaduhan ini amat sensitif sehingga boleh menimbulkan masalah sehingga tidak mampu untuk diceritakan di sini. Sepanjang pergaduhan itu, aku banyak melakukan muhasabah diri dan menyesal atas perbuatanku. Tetapi apakan daya, sebagai insan yang lemah aku sangat malu untuk meminta maaf.

 Aku juga diberitahu oleh kawan Ati bahawa dia ingin berkawan semula denganku. Tetapi diendahkan saja niat itu tatakala mendengar nasihat dari kawanku, Kesha. Masa pantas berlalu tanpa menghiraukan aku. Detik untuk aku menjalani Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang lalu bakal menjelma. Itu sedikit sebanyak memberi aku kesedaran dan peluang untuk menebus kesilapanku pada kawan-kawan dan guru-guru. Setelah upacara memohon restu guru telah selesai. Aku nekad untuk memohon maaf pada Ati. Aku memberanikan diri untuk berbuat demikian semasa segelintir ahli kelasku membeli makanan sebelum kelas tambahan bermula.

 “Ati, sorry.” sambil membuat muka bersalah dan memberi senyuman comel.

 “Apa kau nak?” balas Ati dengan muka bergurau.

 Setelah aku menyebut nama seseorang yang sangat istimewa untuknya, membuatkan dia kembali senyum dan ketawa..

 Kami terus menggunakan masa yang ada untuk berbincang mengenai soalan yang diberikan pada Puan Hafizah minggu lalu. Kami seolah-olah telah melupakan segala yang terjadi dan membuka lembaran baru. 

*****

 Tibalah masa yang paling mencabar minda dan menggerunkan bagi semua murid tingkatan tiga. Tepat pada pukul 7.00 pagi, aku telah dihantar oleh kedua ibu bapaku yang ingin memberi dorongan sepanjang aku menjalani peperiksaan. Terlihat gelagat dan karenah rakan-rakan dalam membuat persediaan terakhir. Memandangkan aku diletakkan di kelas pertama, kami diarahkan untuk bertolak ke dewan terlebih dahulu.

 Aku mengambil peluang tersebut untuk berjalan ke meja kawan-kawanku yang lain, yang tidak jauh dari tempat dudukku. Setelah mendapat kertas Bahasa Melayu, aku terus berdoa untuk diriku tanpa menghiraukan kawan-kawanku yang lain.

 Untuk dijadikan cerita, PT3 pun telah tamat. Dan kami telah banyak berbincang mengenai jawapan bagi setiap mata pelajaran. Setelah itu, Ati membuka mulut dan meminta kami untuk mendoakan kejayaannya. Dia memberitahu bahawa dia tidak akan sesekali melupakan kami dalam doanya. Ini membuatkan aku terkedu dan mengimbas segala kejayaan yang pernah dikutip oleh Ati tanpa henti sehingga digelar pelajar terbaik. 

Kesimpulannya, sebagai seorang kawan, kita haruslah menyayangi mereka sepertimana kita menyayangi diri kita sendiri. Kerana Allah akan menerima doa dari sahabat yang baik.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: