Certot

My Twin Is My Hero!

Hasil nukilan Adlin Zaimi1 year agoSuperhero

Hai, nama aku Nur Amirah Hafizah binti Mohd Zaini. Aku berumur 13 tahun. Aku sangat suka dengan hidupku sekarang. Aku tidak duduk di asrama dan hanya bersekolah berhampiran rumahku.  Aku mempunyai empt orang adik beradik. Kakakku yang pertama sudah masuk universiti, manakala abang ngah aku berumur 17 tahun. Aku mempunyai seorang abang lagi. Aku selalu berada bersamanya kerana dia adalah abang kembarku! Dahulu, kami sangat suka bergaduh, tetapi semuanya berubah sejak sebuah peristiwa yang membuatkan aku hampir kehilangannya. 

*****

Dua tahun yang lalu.

Pada masa itu, aku sedang tidur di dalam bilikku seperti biasa. Bilik aku dengannya bersebelahan. Pada malam itu, kami mengalami pergaduhan yang amat besar sehingga kami tidak bercakap antara satu sama lain. Aku terdengar seperti orang berjalan di luar. Aku keluar dari bilik dan melihat Amir juga keluar dari bilik. Kami berjalan perlahan menuju ke ruang tamu.

Kami ternampak tiga pemuda lelaki sedang mencuri barang rumah kami. Kami tidak tahu hendak buat apa. Tiba-tiba, aku terasa seperti kepalaku dihentak dengan kuat. Pandanganku kabur.

Sedar sahaja, aku dapati diriku sedang diikat ketat. Amir berada di sebelahku. Aku sangat terkejut kerana kepalanya berdarah dengan teruk sekali. Aku menangis sepanjang masa itu sehingga perompak itu memunculkan diri. 

“Oh,engkau sudah sedar?” kata perompak itu. Aku berasa sangat terkejut dan takut kerana perompak itu merupakan pak cik aku sendiri. Aku tahu bahawa dia seorang kaki judi dan gangster besar di bandar ini. 

” A… apa… yang… pak… pak cik… mahu.. dar… dari… kami?” tanyaku tergagap- gagap kerana dia sedang memegang pistol. 

Dia hanya senyum dengan giginya yang tidak berapa putih itu. “Aku mahu jadikan kamu berdua sebagai tebusan. Asyik ayah kamu sahaja yang dapat harta arwah atuk kamu!” jeritnya dan berjalan dengan laju masuk ke dalam sebuah bilik. 

Kedengaran orang menjerit di dalam itu. Aku mendekatkan diriku kepada Amir. “Amir, engkau okey? Bagaimana engkau boleh jadi begini?” tanya Amirah sedih. Amir tidak menjawab, tetapi hanya mengerang kesakitan. 

 Darah di kepalanya tidak putus-putus keluar. Pak cik aku keluar kembali dari dalam bilik itu sambil memegang telefon dan pistol. Aku terkejut dan menggeletar. Dia memacu pistol itu ke kepalaku. Aku menjerit ketakutan. 

“Engkau dengar ataupun tidak suara anak engkau ini, Zaini?” jerit pak cik aku. 

“Kalau begitu, aku mahu engkau bawa semua harta arwah ayah dan tolong bawa ke alamat yang aku akan mesej nanti. Engkau jangan berani mahu telefon polis,” kata pak cik aku. Dia ketawa dengan bongkak.

Dia mencengkam leher Amir. “Tunggu sekejap, anak saudaraku yang tersayang,” kata pak cikku sambil ketawa. 

“Saya akan masukkan pakcik ke dalam penjara!” jerit Amir. 

Dia menarik mukanya dari dicengkam oleh pak cikku. Aku tidak tahu dia masih boleh melawan walaupun sudah cedera parah. Pak cikku menampar muka Amir dengan kuat sehingga pipinya merah. Aku sangat sedih melihatnya. Pak cikku menyeretnya masuk ke dalam bilik tadi. Kedengaran bunyi yang sunggu kuat. Aku tidak tahan mendengarnya. Selepas satu jam, Amir keluar kembali. Keadaanya sangat teruk. Aku pasti yang dia diseksa di dalam bilik itu. 

Aku menghampirinya dan menangis teresak-esak 

“Jang… jangan… lah… nangis. Amirah… engkau… ken… kena… kuat…,” kata Amir sambil tersenyum pahit. Aku terlelap dalam tangisan. 

Tidak sampai sejam,aku terbangun kerana asap yang sangat teruk. Aku terbatuk seketika.

 ‘Astagfirullahaladzim!’ aku mengucap dalam hati kerana sekelilingku hanya ada api. Aku segera mengejut Amir. 

Aku perlu keluar dari tempat ini!’ desisku. Aku ternampak sebilah pisau kecil di lantai dan menggunakannya untuk membuka ikatan tanganku dan aku berjaya! Aku melepaskan Amir pula. Aku memapahnya untuk keluar. Asap semakin tebal membuatkan aku tidak nampak jalan.

“Amir… tolonglah… bertahan…,” kata aku sambil berlari ke laluan di sebelah kananku. Aku hanya mengikut naluriku.  

Seketika kemudian, aku sudah nampak pintu keluar. Aku rasa bersyukur ke hadrat Ilahi. Jaraknya tidak berapa jauh. 

“Baik kamu berhenti bergerak sebelum aku tembak!” jerit seseorang di belakangku. Aku menjadi kaget. Amir yang dipapahku juga terkejut. 

Rupa-rupanya, pak cikku sedang memacu pistol ke arah belakang kami. Aku memusing badanku.  

“Baik engkau berhenti kalau mahu hidup,” katanya lagi. 

Aku terpaksa berhenti dan meletakkan Amir ke bawah. Disebabkan api sudah semakin merebak, pak cikku menarik kami dengan kasar keluar dari tempat itu. Dia membawa kami ke bawah sebatang pokok. 

Aku dan Amir merapatkan diri sambil menggeletar. 

“Mana ayah engkau ini hah?” jerit pak cikku. Dia menarik rambutnya yang sudah kusut masai itu. Tiba -tiba, sebuah kereta datang. Aku sangat gembira kerana itu adalah kereta ayahku. Pak cikku meletakkan pisau di leherku. Aku berasa sangat takut. 

“Serahkan anak aku!” jerit ayahku. Pak cikku ketawa terbahak-bahak. Sedang dia ketawa, aku menggigit tangannya dan  pergi ke arah ayahku. Tiba-tiba, satu das tembakan berbunyi nyaring di belakangku.

Tetapi, yang menghairankan aku ialah, aku tidak merasa apa-apa. Aku menoleh perlahan-lahan dan terkejut. Air mataku mengalir laju. Rupa-rupanya, Amir telah melindungi diriku daripada terkena tembakan itu. Pakcikku menembak lagi sekali sehingga tubuh Amir jatuh ke tanah. 

Ayahku berlari ke arah pak cikku dan mengikat tangannya. Aku menangis teresak-esak. Amir masih tersenyum memandangku  sebelum dia menutup matanya. Amir disegerakan ke hospital berdekatan.

*****

Sekarang….

Aku sangat bersyukur kerana dia masih hidup walaupun perlu menggunakan kerusi roda buat masa sekarang. Aku berjanji tidak akan bergaduh dengannya kerana… my twin is my my hero!! Jikalau dia tidak melindungi aku dua tahun dahulu, pasti aku yang berada di tempatnya sekarang.

Aku akan sentiasa menjaganya dan kami akan saling melindungi antara satu sama lain. 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: