Certot

My True Superhero

Hasil nukilan Dina 2 years agoSuperhero 1

Ketika ini, Azman hanya berbaring di atas katil. Ayah tahu bahawa Azman rindu pada arwah ibu yang sudah meninggal dua tahun lalu. Ibu meninggal dunia akibat barah hati. Di kediaman Azman, hanya tinggal ayah dan Azman. Kak Ani sudah setahun belajar di Mesir. Dahulu, Azman selalu memarahi ayah. Dia memberitahu masalahnya kepada arwah ibu. Kini, insan itu sudah pergi. 

“Man, mari makan,” ajak ayah yang baru sahaja balik dari warung berdekatan dengan rumah. 

Azman bangun secara perlahan-lahan dan menuju kearah meja makan. Lauk-pauk sudah dihidangkan dan nampak sungguh menyelerakan. Azman menyuap nasi ke dalam mulut. Tiba-tiba air mata Man mengalir. Man teringatkan masakan ibu. Ayah tahu perasaan Man.

*****

    Hari ini sungguh nyaman. Azman sudah bersiap untuk ke sekolah. Kelihatan ayah masih menghidupkan enjin motor untuk ke ladang getah. Azman mengayuh basikalnya lalu menuju ke sekolah. Azman hanya tinggal dua bulan sahaja bagi mengulang kaji mata pelajaran sebelum Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Azman selalu mendapat 1A sahaja sebelum ini. Azman tidak yakin untuk mendapat 5A. 

Tujuh jam sudah berlalu.

Kring!

Loceng sekolah berbunyi menandakan sudah tamat sesi persekolahan pada hari ini. Murid-murid bersorak gembira seperti artis terkenal datang ke sekolah mereka. Azman sudah tiba di rumah. 

“Letihnya,” Azman mengeluh panjang. 

“Mengapa penat?” Tiba-tiba suara seorang wanita berada di sebalik sofa. 

Azman memberanikan diri dan munuju ke arah sofa. “Eh, Kak Ani bila sampai?” tanya Man dengan dengan perasaan yang teramat gembira. 

“Pukul 10.00 pagi tadi. Man terkejutkah?” tanya Kak Ani. 

“Kenapa pula tidak terkejut? Man tidak tahu pun yang Kak Ani akan balik ke sini.” Azman seperti tidak percaya dan menggosok matanya berkali-kali.A 

yah baru sahaja balik dari ladang getah. “Ani sudah balik! Mengapa tidak beritahu kepada ayah?” soal ayah seperti tidak percaya akan kewujudan Kak Ani. 

“Ani mahu buat kejutan sempena hari lahir ayah hari ini,” terang Kak Ani.  

Kek coklat diletakkan di atas meja. “Ini kek coklat. Ani beli di kedai Secret Recipe’sebentar tadi. Nasib baiklah sempat. Kalau tidak, rancangan Ani untuk kejutan ini tidak jadilah,” Kak Ani menyebut nama kedai kek itu dengan gigih, padahal mulut sedang mengunyah gula-gula getah.

*****

  Lima minggu kemudian.

    “Ayah, Ani pergi dahulu. Teksi sudah sampai.” Kak Ani menarik bagasinya selepas bersalam dengan ayah 

.Azman hanya duduk di atas buaian di halaman rumah.Mukanya masam seperti limau. “Jaga diri baik-baik,” pesan ayah. 

Teksi yang dinaiki Kak Ani bertolak menuju ke lapangan terbang. Ayah melangkah masuk rumah dan mengajak Azman yang masih berdiri di luar rumah. “Man, mari masuk.” 

Azman memulakan langkah untuk masuk ke dalam rumah. Niat untuk masuk di dalam bilik tidak kesampaian. Ayah memanggil Azman untuk meluangkan masa bersama ayah. 

“Hari ini hari Sabtu. Man mahu tolong ayah berkebun?” soal ayah. 

“Tidak mahulah. Man mahu hidup seperti budak bandar,” ujar Azman dengan lagaknya. 

“Adakah budak bandar juga berkurung di dalam bilik seperti Man? Tidak. Mereka juga ada masa bersama keluarga.” Ayah meninggikan suara. 

Azman hanya diam membisu. “Mari, ikut ayah.” Ayah memaksa Azman.

Akhirnya Azman mengikut ayah ke kebun. Semasa di kebun, Azman hanya berdiri tegak seperti patung.A yah menyuruh Azman memetik cili. Azman merungut panjang. 

“Hish… kenapa aku disuruh untuk memetik cili? Nanti pedihlah tanganku ini.” 

Selepas selesai menolong ayah, Azman masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dikunci. Azman mencapai komik di atas almari.T iba-tiba sepucuk surat jatuh ke lantai. Azman hairan kerana di atas almari cuma ada koleksi komik Lawak Kampus. Azman membuka surat itu. Dia membaca surat itu dengan suara yang perlahan kerana tidak mahu ayah mendengar. 

“Azman, memang ayah tidak menjagamu, tetapi tahukah kamu dalam doanya tidak terputus-putus menyebut namamu. Ibu tahu bahawa kamu tidak rapat dengan ayah. Kamu perlu menjaga ayah sepertimana dia menjagamu sewaktu kamu masih kecil. Ibu tidak akan hidup lama.” 

Air Mata Azman mengalir deras selepas membaca surat yang ibu beri kepadanya sebelum meninggal dunia. Azman keluar dari bilik untuk mencari ayah. 

“Mana ayah?” soal Man. Azman tidak terputus-putus mencari ayah.

    Jam sudah menunjukkan pukul 7.00 malam. Ayah masih belum pulang. 

Tok! Tok! Tok! 

Seseorang mengetuk pintu rumah Azman. Azman membuka pintu. Orang yang mengetuk pintu itu ialah Pak Jamil, rakan ayah. 

“Man, cepat ikut pakcik ke hospital.A yah kamu terlibat dalam kemalangan jalan raya.” 

Azman tidak percaya tragedi ini akan berlaku. Dia masih lagi terpinga-pinga.

“Mari ikut pak cik.” Pak Jamil menarik tangan Azman sambil menghulurkan topi keledar. Pak Jamil menghidupkan enjin motor dan menuju ke hospital.

*****

    Sudah hampir 40 minit Azman menunggu, Akhirnya seorang doktor keluar. Doktor itu memberitahu bahawa ayah mengalami kecederaan  teruk di bahagian kaki. Tiga orang jururawat memasukkan ayah ke dalam wad. Azman berlari dan masuk ke dalam wad. Pak Jamil mengikut Azman dari belakang.  Mata Azman berlinang sewaktu membuka pintu bilik wad. Dia menuju ke arah ayahnya. Azman memegang tangan ayah dan mengejut ayah bangun.

“Ayah, bangun.” Pak Jamil menenangkan Azman. 

Ayah membuka mata. Kelihatan Azman berada di sisinya. Ayah terkejut kerana inilah kali pertama Azman berada di sisinya. Ayah membelai rambut Azman. Azman memeluk ayah dengan erat sekali. 

“Ayah pergi ke mana  tadi?” soal Azman. 

“Ayah pergi ke kedai untuk membeli barang,” ujar ayah. Pak Jamil yang masih berdiri di depan pintu mengesat air matanya. Pak Jamil teringat kepada anak lelakinya yang kini tinggal di Kuala Lumpur. Sudah empat tahun anaknya itu tidak menjenguk Pak Jamil di kampung.

*****

    Hari ini hari Selasa. Man tidak mahu pergi ke sekolah kerana mahu menjaga ayah di hospital. 

“Man, kalau kamu sayangkan ayah, kamu pergilah ke sekolah. Ayah tidak mahu kamu ketinggalan dalam pelajaran,” ayah merayu kepada Azman. 

“Ayah usah bimbang tentang pelajaran. Sekarang, Man mahu ayah cepat sembuh.”

 “Bukankah Man hanya tinggal lagi seminggu untuk ulang kaji mata pelajaran sebelum UPSR?” soal ayah dengan dahi berkerut. 

Selepas Man selesai menyuap bubur kepada ayah, dia mengeluh panjang. “Man tidak pandai seperti Kak Ani.” 

“Man, ayah mahu kamu berjaya. Ayah janji  akan belikan telefon pintar untuk Man kalau Man mendapat 5A,” Ayah memesan kepada Azman. 

Azman memeluk ayah sambil berkata, “Man minta maaf kerana selalu tidak mendengar cakap ayah.” 

Ayah membalas pelukan Azman. “Sekarang, pergi balik rumah dan ambil buku untuk mengulang kaji mata pelajaran dan baju sekolah sekiranya kamu mahu menjaga ayah di sini,” arah ayah. 

“Baiklah bos.” Azman bergurau dengan ayahnya.

*****

    “Ayah, Man pergi ke sekolah dahulu ya.” Azman melambai tangannya kepada ayah sebelum menutup pintu bilik wad. Setibanya Azman di dalam kelas,rakan karibnya datang untuk bertanya tentang ayah Azman. 

“Man, adakah ayah kamu terlibat dalam kemalangan jalan raya? Bagaimanakah keadaannya sekarang?” tanya Zaki. 

“Ya, betul. Tetapi usah bimbang kerana ayah saya semakin sihat.” Azman menggeleng kepalanya kerana rakannya itu sudah seperti seorang wartawan. 

“Ayah kamu sekarang berada di mana?” soal Zaki lagi. 

“Masih di hospital. Ayah saya akan tinggal di sana sehingga dia sembuh,” ujar Azman. 

“Begitukah? Boleh saya dan Razi pergi melawat ayah kamu di hospital petang nanti?” soal Zaki. 

“Boleh, apa salahnya.”

*****

    Jam di dinding menunjukkan pukul 3.00 petang. 

“Assalamualaikum,” ucap Zaki dan Razi serentak sambil membuka pintu bilik wad. 

“Waalaikumsalam,” balas Azman dan ayah. 

“Kamu berdua sudah sampai.” Azman menyambut kedatangan Zaki dan Razi. 

“Pak Cik Rusli, Kami ada bawa buah tangan.” Razi meletakkan buah tangan di atas meja. 

“Terima kasih kerana sudi datang melawat,” Ayah mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua itu. 

“Azman, ajaklah kawan kamu untuk mengulang kaji mata pelajaran di meja itu.” Jari telunjuk ayah menunjuk-nunjuk meja yang berada di hujung bilik. Ayah akan sentiasa menyururuh Azman mengulang kaji mata pelajaran. 

“Kita akan mendapat lebih banyak ilmu apabila mengulang kaji bersama rakan kita,” ujar ayah.

 “Betul kata ayah kamu, Man,” Zaki menyokong kata-kata ayah Azman. 

Mereka bertiga menuju ke meja untuk mengulang kaji. Nasib baiklah ayah Azman mendapat bilik untuk seorang pesakit sahaja. Bolehlah Azman tidur di hospital untuk menjaga ayah. Jikalau tidak, Azman perlu berulang-alik dari rumah ke hospital. Bilik itu memang selesa kerana sudah dilengkapi dengan bilik air, dapur, dan katil tambahan untuk ahli keluarga datang menjaga. Jururawat akan datang untuk memeriksa pesakit pada pukul 9.00 pagi dan 9.00 malam.

*****

    Hari ini ialah hari yang paling gementar buat para pelajar yang akan menduduki UPSR. Kini Azman sudah yakin untuk mendapat 5A. Dia akan buat yang terbaik untuk ayah. Ayah berdoa agar Azman berjaya. Sekolah Kebangsaan Sri Perdana sunyi sepi. Peperiksaan sudah bermula. 

    “Azman sudah pulang.” Azman menolak pintu bilik wad yang tidak berkunci itu. Kelihatan dua orang jururawat merawat ayah. Seorang daripada jururawat itu memberitahu kepada Azman bahawa ayah boleh pulang ke rumah pada esok hari. Kedua-dua jururawat itu keluar dari bilik ayah. 

“Man boleh menjawab soalan peperiksaan sebentar tadi?” soal ayah seperti seorang polis yang tegas. 

“Alhamdulillah, Man boleh. Ayah, boleh Man mengajak Razi dan Zaki datang ke sini untuk mengulang kaji bersama-sama?” tanya Azman.

 “Sudah tentulah boleh,” ujar ayah. 

“Terima kasih, ayah,” ucap Azman.

“Mereka sudah sampai.”Azman membuka pintu apabila terdengar ketukan pintu. 

“Kamu berdua boleh menjawab peperiksaan sebentar tadi?” soal Azman sambil mengangkat kening. 

“Boleh. Tapi saya rasa saya tidak akan mendapat 5A.” Razi menggeleng-geleng kepalanya. 

“Kamu tidak boleh berkata seperti itu.” Azman menceritakan bahawa dia pun tidak ada keyakinan diri dahulu. Tetapi apabila dia mendengar motivasi daripada pakar motivasi kampung itu, dia sudah tahu betapa pentingnya keyakinan diri. 

“Cuba awak pergi bertanya kepada Puan Shila, guru kaunseling sekolah kita. Mungkin beliau dapat menolong kamu,” cadang Zaki. 

“Betul kata kamu, Zaki,” Azman menyokong kata-kata Zaki. 

 “Mengapa kamu bertiga masih berdiri di depan pintu?Mari masuk. Nanti kamu menghalang lalu-lalang orang lain,” ayah menyuruh mereka masuk ke dalam. 

Azman menarik tangan rakannya itu agar tidak menghalang lalu-lalang orang lain seperti ayah katakan tadi.

*****

  Satu bulan kemudian.

    Azman sudah bersiap sedia mengambil slip keputusan UPSR. Ditoleh ke belakang, kelihatan ayah sedang duduk di atas kerusi roda di luar dewan sekolah. Pak Jamil akan sentiasa bersama dengan ayah. Guru besar Sekolah Kebangsaan Sri Perdana, Tuan Zaidi memberi ucapan. Selepas selesai sahaja guru-guru memberi ucapan, guru besar dijemput naik ke pentas untuk memberi slip keputusan kepada para pelajar. 

“Baiklah, kita mulakan dengan kelas 6 Ceria.” Suara Puan Rokiah membuatkan para pelajar diam. 

Azman memegang tangan Zaki dan Razi dengan erat. Dahi mereka bertiga berpeluh. 

“Azman Shukri bin Rusli,” Puan Rokiah menyebut nama Azman. Dia bangun secara perlahan-lahan dan naik ke atas pentas. 

“Kita teruskan dengan Zaki Fahmi bin Hisham dan Razi Fazreen bin Hisham.” Kini nama sepasang adik-beradik kembar itu naik ke pentas. 

Azman, Zaki, dan Razi berlari anak menuju ke arah ayah. Ibu bapa Zaki dan Razi tidak dapat hadir kerana bekerja. 

“Alhamdulillah.Kamu bertiga mendapat 5A.” Ayah menepuk-nepuk bahu Azman.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: