Certot

My Supermom

Hasil nukilan Akmal Zikri9 months agoSuperhero

Hai, nama saya Nurul Nadia Elyana ataupun orang lebih mesra panggil saya Nadia. Umur saya 10 tahun.

Suatu hari, keluarga Nadia bercadang mandi dan berkelah di Pantai Bersih, Penang. Nadia berasa sangat gembira kerana dapat pergi ke pantai. Apabila sampai di pantai, mereka sekeluarga mengambil barang-barang di dalam kereta.

Keluarga Nadia mencari tempat yang teduh dan luas. Akhirnya jumpa juga tempat yang diingini. Puan Norafizah ibu kepada Nadia menghamparkan tikar dan meletakkan makanan di atas tikar.

Nadia berkata kepada ibunya, ‘‘Mama, adik mahu mandi bersama Nabila dan Syuhada.’’ 

‘‘Hati-hati, ya adik,’’ kata ibunya.

*****

Selepas beberapa minit, Nadia dan sepupunya Nabila dan Syuhada berasa sangat lapar. Mereka bertiga makan dengan sangat gelojoh. Selepas makan, Nadia hendak membuat istana pasir bersama sepupunya. Apabila bosan, Nadia pergi madi seorang diri. Dia terlupa akan pesanan ibunya itu supaya berhati-hati, tetapi dia terlalu seronok berenang.

Tiba-tiba Nadia lemas dan meminta tolong. Akhirnya ibunya ternampak Nadia lemas. Ibunya dengan segera menyelamatkan Nadia. Setelah mengangkat Nadia ke darat, Nadia tidak sedarkan diri dan ibunya membuat keputusan bagi menghantar Nadia ke Hospital Seberang Jaya, Penang.

Apabila Nadia berada di dalam wad, akhirnya Nadia menyedarkan diri. Nadia berasa sangat gembira dan memeluk ibunya dengan erat sangat.

Dia berkata, ‘‘Maafkan adik mama kerana terlupa kata - kata mama.’’

Lalu ibunya pun berkata, ‘’ Tidak mengapa, mama maafkan.’’

“Terima kasih supermom!”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: