Certot

MY LOVELY SHOES 1

Hasil nukilan Syahkitty 2 years agoFiksyen 16

“Hish, mana kasut aku ini?” Omel Kayraz. Kayraz yang lebih mesra dipanggil Kay itu menggumam lagi.

“Agaknya Cippi ambil?” Tekaan Kay itu salah belaka kerana Cippi tidak langsung bermain. Malah, sudah lena diulit mimpi di dalam bakul khasnya. “Alahai, manalah kasut aku?” Bebelannya itu bersambung lagi.

“Baik, aku cari!” Detik Kay. Kakinya laju mengatur langkah. Mencari kasut kesayangan.

Mummy, where is my shoes?” tanya Kay.

Mummy tidak tahulah,” balas ibunya.

“Mummy, macam mana ini?” tanya Kay.

“Manalah mummy tahu,” balas ibunya lalu terus berlalu ke dapur.

  Dia ke halaman rumah. Tiba-tiba dia terjatuh di dalam lubang. Kedengaran suara. 

Meow! Meow! Jerit kucing comel itu. Kucing comel itu terjatuh ke atas tubuh Kay.

“Aduh, Cippi!” omel Kay. Kuku kucing yang tajam itu tercakar tangan tuannya.

  Tiba-tiba air menyelubungi. 

“Ah, Cippi!“jerit Kay. “Eh,kita berada di sungai!” kata Kay. Kagum dengan keindahan sungai itu.

“Wah, cantiknya sungai ini!” kata Cippi.

“Cippi, awak bercakap?” tanya Kay.

“Yalah, saya bercakap!” jerit kucing tembam berbulu itu.

  “Mari, Cippi!” ajak Kay.

“Mahu ke mana?” tanya Cippi.

“Cari kasut Kaylah!” jerit Kay teruja.

“Tapi di mana?” tanya Cippi.

“Cari di mana-mana sahaja!” jawab Kay selamba.

“Hei, bagaimana kalau saya penat?” tanya Cippi.

“Padan muka sahajalah,” balas Kay dan terus berlari.

“Kay!” jerit Cippi marah.

“Okey, mari kita cari,” kata Kay.

Kelihatan seorang Nenek Kebayan terbongkok-bongkok berjalan.K elihatan di kakinya tersarung sesuatu.

“Eh,Cippi! Itu kasut saya!” kata Kay. 

“Nenek, ini kasut saya,” kata Kay kepada Nenek Kebayan itu.

“Eh, ini nenek punya. Nenek jumpa di sungai!” Kata - kata nenek itu menguatkan lagi hujah Kay.

“Nek, ini kasut saya. Nampak, nenek jumpa kasut ini di sungai. Tempat saya keluar tadi.” 

Nenek itu mati hujah. “Baiklah, nenek akan beri. Tapi dengan satu syarat. Kamu perlu mencari kasut merah permata di Gunung Santogi. Boleh?” tanya Nenek Kebayan.

“Boleh,” balas Kay. Kini, mulalah misi pengembaraan Kay ke Gunung Santogi.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: