Certot

My Kak Syarah

Hasil nukilan Laila Lyana 2 years agoSukan 29

Tipulah kalau aku tidak kenal Syarah Iman! Dia ialah idolaku, sepanjang aku mengenalinya. Namanya harum bak mawar di taman bunga, lebih menonjol dari yang lain.

Tapi mawar inilah yang paling berduri! Kak Syarah seorang yang sangat tegas, sesuai dengan jawatan pengawas sekolah yang baru disandangnya tahun lepas. Sebelum ini, Kak Syarah menyandang jawatan pengawas sukan saja.

Setiap pagi, aku memang pantang kalau nampak beliau. Tidak sah kalau tidak ditegur! Jika dibalas dengan anggukan dan senyuman saja pun, aku rasa mahu melompat mencapai bintang!

Jika hendak disentuh tentang kokurikulum Kak Syarah, tidak perlu rasanya! Lihat saja jawatan pengawas sukan yang disandangnya? Kak Syarah memang antara yang terbaik dalam golongan yang terbaik!

Akademik? Berbanding dengan atlet sekolah yang lain, Kak Syarah berada di kelas kedua. Tapi itu tidak bermakna dia kurang bagus dalam akademik! Don’t judge a book by its cover, guys!

Aku paling suka Kak Syarah, kalau mahu dibandingkan dengan atlet senior yang lain. Kak Syarah mudah didekati dan juga baik. Kak Syarah juga tidak begitu bercampur dengan geng gedik-gedik dari kelas pertama. Tapi walaupun gedik, mereka tetap atlet yang mengharumkan nama rumah sukan. Jadi mereka pun patut dibanggakan, bukan diumpat ya!

Begitu banyak hal yang aku suka tentang Kak Syarah! Benar, memang banyak. Aku minat dia dalam diam, hihihi….

Aku ingat lagi ketika Hari Sukan Negara yang baru saja berlalu.

Kelas Kak Syarah menyertai pertandingan senamrobik. Lagu yang mereka gunakan ialah lagu yang masih hangat didengar di corong radio dan menjadi kegemaran ramai. Tajuk lagunya ialah Worth It nyanyian Fifth Harmony yang bergabung bersama Kid Ink.

Tarian Kak Syarah yang bertenaga, memang menakjubkan! Tidak hairanlah aku sendiri ikut menari di bawah pentas!

Dan apabila pemenang diumumkan, seperti yang dijangka! Salah satu kelas dari tahun empat memenangi tempat ketiga. Kelas aku sendiri memenangi tempat kedua dan kelas Kak Syarah… pastinya tempat pertama! Tiada bantahan, surat-menyurat pun tidak akan dihantar kerana mereka layak! Pendek kata, hakim sudah ketuk tukulnya!

Aku harap, suatu masa nanti, aku dapat menjadi seseorang seperti Kak Syarah. Seorang yang boleh tahan disiplinnya, seorang yang hebat dalam kokurikulum dan sekuntum mawar yang harum baunya!

Sekian saja kisahku tentang Kak Syarah, si idola! 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: