Certot

MY HERODAD

Hasil nukilan Syahkitty 2 years agoSuperhero 15

  “Tolong! Tolong saya!” jerit seorang wanita di tepi jalan. Huh,kalau di tengah jalan mahunya dilanggar kereta! Kini, seorang figura berlari pantas kalah kuda kepang! Eh, salah. Kalah kelajuan kilat yang memanah. 

“Cik, mari saya tolong cik. Saya bukan Along, saya cuma mahu tolong,” kata figura yang berlari dengan pantas seketika tadi. 

Sekarang, wanita itu dibawa ke balai polis yang berhampiran untuk meminta bantuan menangkap sang peragut durjana.

  Tidak sempat wanita itu berkata, figura itu sudah tiada. 

“Hai, lelaki tadi di mana? Cepat benar lesapnya,” gumam wanita itu selepas menghabiskan urusannya di balai polis.

*****

  “Umi, mengapa abi tidak pulang lagi? Sudah berjanggut saya menunggu,” kata Haznina kepada ibunya yang tercinta.

“Eh, umi tengok tidak berjanggut pun,” seloroh ibunya itu membuatkan Haznina mencebik.

“Yalah. Abi kamu tidak pulang lagi. Mungkin sibuk,” balas ibu Haznina. Ibunya hanya berlalu ke dapur, malas mahu melayan pertanyaan anaknya yang comel itu.

  “Assalamualaikum! Mana anak abi?” laung seseorang di hadapan pintu rumah.

“Yeay, abi sudah balik!“Jeritan itu mampu membuatkan lelaki yang kepenatan itu tersenyum. Hilang terus segala penat dan lelah. Lesap. Apabila melihat permatanya yang satu.

“Mengapa abi balik lambat sangat?” Kata-kata Haznina itu disertai muncung itiknya yang comel.

 “Alah, abi kerja tadi.Itu sebab balik lambat,” balas lelaki itu sambil tersenyum.

“Okey, abi kena janji, selalu balik awal, okey?” Kata-katanya itu penuh pengharapan.

“Hmm… baiklah. Abi cuba.” Kata-kata budak berumur 10 tahun itu hanya diiakan. Kalau tidak, bimbang merajuk pula.

*****

“Mana umi ini? Lama tunggu.” Omelan kanak-kanak kecil itu hanya dibalas dengan desiran angin. Tiba-tiba seorang lelaki membawa motorsikal merampas beg sekolah kanak-kanak kecil itu.

‘Hai, tiada barang lainkah mahu dicuri? Terdesak benar peragut bangang ini!’ detik hati kanak-kanak itu.

  Tiba-tiba kedatangan figura yang berlari pantas menjadi tumpuan dua manusia itu.

“Superhero!” jerit budak kecil itu dengan riang sekali.

“Hish, menyusahkan betullah hero itu!” bisik peragut itu.

  Kini, beg itu semakn direnggut kasar. Semakin kasar. Kanak-kanak pintar itu segera menggigit tangan sang peragut tidak guna.

“Aduh, tidak guna betul budak ini!” marah peragut itu. Eh, dia yang tidak guna, kata orang pula yang tidak guna? Peragut itu sudah berdiri di hadapan kanak-kanak comel itu. Tanpa sebarang kata, budak itu menendang perut dan muka si peragut. Segera kakinya membuka langkah seribu.

  Figura yang berlari itu semakin menghampiri. Peragut tidak terkata.Segera mengeluarkan pisau tajam dan menangkap kanak-kanak itu. Sekarang leher budak itu direnggut kasar.

“Hei, hero! Kalau kau datang dekat, aku hiris kulit leher budak ini!” Nampaknya peragut itu memang terdesak.

Figura itu menghampiri

“Arghhhh! Umi!” jerit budak itu. Rupa-rupanya leher yang ditutupi tudung itu mengeluarkan darah yang banyak. Terlalu banyak.S ang peragut berjaya melarikan dirinya dengan jaya sekali. Tiada pilihan, sang hero membawa kanak-kanak itu ke hospital.

*****

  Tit! Tit! Tit!

  “Doktor, bagaimana anak saya, doktor?” Dua ibu-bapa menunjukkan muka resah sekali.

“Hmm… ada kemungkinan untuk anak encik tidak mempunyai suara. Tapi, itu hanya kemungkinan.Mungkin juga anak encik boleh meninggal kerana kesan lukanya agak dalam dan parah.” Kata-kata doktor itu membuatkan sang ibu terduduk.

  Tiba-tiba doktor yang jelita itu tersenyum. “Tetapi, puan dan encik tidak perlu risau. Anak anda selamat dan tidak mengalami sebarang komplikasi yang membawa maut dan mujur juga anak kalian tidak koma. Sekarang puan dan encik boleh melawat.” Kata-kata doktor itu disambut dengan senyuman oleh kedua-dua manusia itu.

  Pintu wad terkuak luas. “Abi,tadi Haz jumpa hero!” Haz adalah nama panggilannya.

“Haz hendak tahu sesuatu?” tanya abinya.

“Mahu.” Dibalasnya pendek.

“Abilah hero itu! Tapi, ini rahsia, okey!” Kata _kata abinya mengundang senyuman.

Abi, you are my herodad!” Kata-kata budak pintar dan comel itu dibalas dengan senyuman kegembiraan.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: