Certot

MY HERO PAPA

Hasil nukilan NUREEN DANIA 2 years agoSuperhero 19

Ayah saya seorang doktor di Hospital Sultanah Bahiyah. Dari kecil saya amat mengagumi ayah saya kerana dia adalah hero bagi saya. Ayah saya menjadi tempat rujuk dalam segala hal. Termasuklah menjadi guru Sains. Dahulu ayah saya pernah menjadi seorang guru. Ayah saya pencen menjadi guru sejak tahun 2007.

Suatu hari, kedengaran enjin kereta yang sudah berada di hadapan rumah bermakna ayah sudah pulang. 

Huraiyah berkata dalam hati, ‘Pasti ayah bawa sesuatu untuk saya.’ 

Sambil saya mengelamun seorang, tiba-tiba ayah mengetuk pintu rumah sambil berkata, “Huraiyah, ayah sudah pulang.”

“Assalamualaikum, ayah.”

“Waalaikummusalam.”

Ayah menunjukkan sebuah kotak.

“Apa ini, ayah?” 

Ayah berkata, “Cubalah buka.”

Huraiyah membuka kotak itu dengan perlahan-lahan. Hati Huraiyah berdebar-debar ketika ingin membuka kotak yang diberi oleh ayahnya itu. Tidak lama kemudian, kotak itu pun terbuka, hati Huraiyah sangat gembira ketika melihat sesuatu yang dia inginkan sejak berapa tahun lalu.

Huraiyah berkata, “Terima kasih, ayah.” Akhirnya keinginan Huraiyah sudah terbuka.

Aku berkata dalam hati, ‘Terima kasih Ya Allah kerana Engkau mengurniakan ayah yang terbaik di dunia ini untuk aku.’  

“Maafkan Huraiyah jikalau Huraiyah membuatkan ayah sedih.”

Ayah berkata, “Tidak mengapa. Kamulah satu-satunya anak ayah. Sambil ayahnya berkata Huraiyah terus memeluk ayahnya dengan erat sekali.

Selepas ibu meninggal dunia, tinggallah aku dan ayah. Kami tinggal bersama-sama.

Huraiyah berkata, “Ibu sudah meninggal, sekarang ni yang aku ada satu-satunya ialah ayah.”

Semoga ibu tenang di sana. Kedengaran suara ayahnya memanggil anaknya. Huraiyah bergegas menuruni tangga, akhirnya sampai juga kepada ayahnya.” 

“Kenapa, ayah?” tanya Huraiyah.

Encik Zulhiman berkata, “Mari kita keluar.”

“Pergi ke mana, ayah?”

“Pergi siap cepat.”

 Tidak berapa minit kemudian, Huraiyah pun siap. Kira-kira dua minit kemudian, ayahnya pun menuruni tangga.

Huraiyah berkata, “Ayah, kita mahu pergi ke mana?”

“Ayah mahu bawa kamu ke tempat yang selalu ayah dan ibu pergi.”

“Okey,” kata Huraiyah sambil tersenyum.

Akhirnya, sampai juga ke tempat yang dituju. Huraiyah merenung keindahan tasik itu sambil memejam mata. Encik Zulhiman melihat anak tunggalnya sambil tersenyum.

“Ayah, cantiknya tempat ini.”

Ayah mengangguk setuju.

Akhir kata saya , hormatilah ibu dan ayah kamu selagi mereka hidup. Berdoalah kepada Allah SWT semoga umur ibu dan bapa kita panjang. Gembirakanlah kedua-dua orang tua kamu. Berbuat baiklah kepada mereka.

 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: