Certot

My Dad Is My Superhero!

Hasil nukilan Musyirah Razali 2 years agoSuperhero 1

Nama aku Syaihirah. Nama watak utama dalam cerpen You Are The Best, Father! Cerpen yang ditulis oleh seorang budak yang bernama Musyirah. Sayalah seorang remaja yang melarikan diri dari rumah dan terjumpa dengan dua orang samseng. Bagi saya, abah sayalah superhero dalam diri saya. Mari saya ceritakan kisah lebih lanjut selepas saya pulang dengan abah saya setelah abah saya membelasah dua orang samseng itu.

*****

“Abah, Syai sayang abah,” kata Syai di dalam kereta. Setelah sampai di rumah, Syai masuk lalu memeluk umminya dan Kak Ina.

“Syukur Syai balik. Syai pergi mana, sayang?” kata Puan Zabidah lalu mencium pipi anak bongsunya.

“Syai nak minta maaf pada ummi dan Kak Ina sebab buat ummi dan Kak Ina risau. Syai minta maaf sangat-sangat,” ujar Syai sambil menangis dan kembali memeluk mereka berdua.

“Ummi nak minta maaf kalau ummi ada buat salah ya, sayang?”

“Tidak perlu minta maaf pada Syai. Sepatutnya, Syai yang patut minta maaf. Oleh kerana tamakkan sesuatu, Syai jadi macam ini. Ummi dan Kak Ina patut minta maaf pada abah. Sebab abahlah, Syai dapat masuk rumah ini semula. Terima kasih, abah!”

“Dah, sudah. Syai mesti mengantuk kan? Syai tidurlah dulu. Esok bangun awal tau! Kita pergi Funfair sama-sama,” kata abah Syai sambil tersenyum.

“Yeay! Okey abah! Syai tidur dulu ya, semua? Selamat malam. Assalamualaikum.”

*****

Keesokkan paginya.

“Syai, bangunlah. Nanti Kak Ina simbah dengan air baru tahu!” ujar Ina. 

Nampaknya, Syai tetap tidak mahu bangun. Lalu, Ina memilih kekerasan untuk mengejutkan adiknya. Air yang telah lama dipegang akhirnya dituang juga.

“Opocot anak pacat meletup! Hish… Kak Ina ini. Syai ngantuklah. Lima minit je lagi. Jangan kacau Syai,” ujar Syai menarik selimut lalu menutupi mukanya.

“Okey. Syai jaga rumahlah ya? Kak Ina dengan abah dan ummi mahu pergi funfair. Bye! Jaga diri,” usik Kak Ina.

“What? Funfair? Bila masa kita nak pergi funfair? Jangan tipulah Kak Ina! Nanti Syai merajuk baru tahu!” Syai bangun kerana teruja dengan apa yang kakaknya cakap.

“Hok aloh! Buat apalah Kak Ina mahu tipu? Bazir masa sahaja. Kan abah dah cakap semalam. Lupa ya? Dahlah busuk mengalahkan taik kucing. Kalau nak ikut, pergi mandi sekarang!”

“Yeah! Pergi funfair!”

*****

Setelah tiba di funfair, segalanya pasti dicuba oleh Syai. Tiba-tiba, ketika sedang menaiki roller coaster, Syai tercampak keluar daripada roller coaster itu!

“Abah, tolong Syai!” Ayah Syai yang ternampak peristiwa itu, terus berlari mendapatkan anak bongsunya.

“Tolong! Syai tidak mahu mati!” Tiba-tiba Syai disambut oleh seseorang. Orang itu adalah Ayah Syai! 

“Syai tidak apa-apa kan nak? Syukurlah,” ujar Ayah Syai dengan perasaan bersyukur.

“Abah, you are my superhero!” kata Syai dengan bersyukur kerana ayahnya sendiri yang menyelamatkan dirinya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: