Certot

My Awesome Bestfriend

Hasil nukilan balqis qarirah 1 year agoFiksyen

Aku Balqis. Aku mempunyai seorang rakan karib yang sangat setia. Dia ialah Jannah. Aku bertemu dengan Jannah ketika aku berusia lapan tahun di Sekolah Rendah Tahfiz Darul Furqan.

Hari pertama aku bersekolah di situ, dialah orang pertama yang berkawan denganku. Dia sangat baik hati. Semasa waktu rehat, dia membelanjakan beberapa wang untukku. Jannah membelikan untukku buah mangga dan minuman yang bernilai RM2. Walaupun aku mempunyai wang, tetapi dia tetap ingin membelanjaku. 

Katanya, “Tidak mengapa. Apa salahnya sekali-sekala saya belanja awak?” 

Mendengar katanya itu, saya dapat merasakan bahawa Jannah sangat baik hati. Walaupun dia diejek oleh rakan sekelas yang lain, tetapi dia tidak pernah untuk mempedulikan ejekan itu.

Selepas selesai bersarapan, aku dan Jannah melangkahkan kaki menuju ibuku yang berada di tempat pendaftaran pelajar. Aku memberitahu ibuku bahawa Jannah telah membelanjaku, Jannah baik hati. Ibuku tersenyum. Ibu menghulurkan tangan ke arah Jannah memberikan wang kepada Jannah., tetapi Jannah menolak. Katanya dia ikhlas. Kemudian aku mengambil wang itu dan aku memberikan wang itu kepada Jannah. Aku mengatakan kepadanya bahawa wang itu adalah hadiah atas melayanku dengan mesra. Jannah tersenyum manis, dia mengambil wang itu dengan mengucapkan terima kasih.

******

Setelah dua tahun, Jannah memberitahuku bahawa pada tahun 2016, dia akan berpindah ke Sekolah Rendah Agama Al-Amin. Aku berasa sedih. Tetapi aku pasti, kami berdua pasti akan bertemu satu hari nanti. Pada hari itu, aku memberitahunya bahawa dia adalah kawan pertama aku, kawan terbaik aku, dan sahabat yang akan aku ingat selamanya.

******

Berlalu tahun terakhir Jannah bersekolah di Tahfiz Darul Furqan. Aku selalu merinduinya. Aku mengakui bahawa dia benar-benar sahabat karibku. Aku harap, aku dapat membalas jasanya satu hari nanti.Jannah is my awesome best friend!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: