Certot

MUSUH MENJADI TEMAN

Hasil nukilan siti khadijah 2 years agoFiksyen 97

Pada hari Isnin, selalunya Amanda akan datang awal ke sekolah, tetapi hari ini dia terlewat sedikit kerana bangun lambat.

“Ish, mama ini. Sudah tahu lambat, tidak mahu kejutkan aku,” marah Amanda sendirian.

Tanpa melihat ke kiri dan ke kanan, Amanda terus berlari sehingga terlanggar seorang budak perempuan lalu terjatuh.

“Aduh, hei mata tu letak kat lutut ke?” marah Amanda.

Budak perempuan itu berasa pelik.

“Bukankah yang berlari tidak pandang tu dia?” bisik dalam hati budak perempuan itu. “Errr, minta maaf,” kata budak perempuan itu.

“Tak apalah, aku dah lambat ni,” kata Amanda.

Tanpa disedari, buku yang dipegang oleh Amanda terjatuh. Budak perempuan itu terlihat buku itu lalu mengambil buku itu.

“Eh, ini buku dia ke?” kata budak perempuan itu. Budak perempuan itu membelek buku itu untuk mencari nama pemilik buku cerita. Di depan buku itu tertulis tajuknya iaitu Harry Potter.

Budak perempuan itu kembali mencari pejabat sekolah ini. Yang itu rasanya pejabat,kata budak perempuan. Dia terus naik ke tingkat dua.

*****

Tok! Tok! Tok!

Guru besar mengetuk pintu kelas 6 Jaya. Satu kelas sunyi kerana ketakutan.

“Cikgu Safina, saya ada bawakan murid baru.”

“Oh, kamu yang dari Itali itu kan?” tanya cikgu Safina.

“Ye!” jawab budak perempuan itu.

Semua orang ternganga sebaik tidak masuk lalat. Hanya Amanda yang masih terkejut dan kaku.

“Kenalkan diri kamu,” suruh cikgu Safina.

“Baiklah. Hai,assalamualaikum nama saya Tengku Hafiza Izzati binti Tan Sri Tengku Syahmi. Dulu saya bersekolah di Itali, Rom,” kata Hafiza sambil tersenyum.

“Ayah dia Tan Sri? Lagi hebat dari aku, tinggal di Itali?” bisik Amanda.

“Awak boleh duduk di sebelah Wani di hujung itu.”

“Baik,” kata Hafiza.

*****

“Argh, bencinya aku, kenapa semua orang memihak kepada dia sudahlah hodoh,” marah Amanda.

Esoknya, Amanda sudah merancang untuk mengenakan Hafiza. Semasa rehat, Amanda menuangkan air milo di dalam beg sekolah Hafiza.

“Alamak,” jerit Hafiza.

“Kenapa?” tanya Wani.

“Beg saya bersemut dan ada bau milo,” balas Hafiza.

“Saya tahu siapa yang buat,” kata Wani.

“Siapa?” tanya Hafiza.

“Amanda!” kata Wani.

Amanda, yang berada di belakang pintu terkejut macam mana Wani boleh tahu.

“Kita tidak boleh menuduh terlebih dahulu,” kata Hafiza.

“Betul sebab tadi dia kata dia tidak sihat.”

Wani terus memberitahu guru disiplin iaitu cikgu Nazarul. Amanda sudah berasa takut akan kesilapannya.

*****

Esoknya, Amanda berjalan kaki untuk pergi ke sekolah kerana papanya sibuk. Akibat Amanda tidak melihat ke kiri dan ke kanan Amanda hamper dilanggar oleh kereta tetapi orang yang menyelamatkannya pula dilanggar.

BUUUM…

Amanda menjerit ketakutan, orang yang menyelamatkannya ialah Hafiza budak yang dibencinya.

“Tolong! Tolong!Tolong!” jerit Amanda.

Darah yang mengalir membasahi jalan. Sebelum Amanda menggelapkan matanya dia menangis sepuas hati. Ibu salah seorang pelajar menelefon ambulans lalu mengangkat Amanda ke dalam kereta. Setelah ambulans datang, jururawat mengangkat Hafiza ke dalam van untuk menghantarnya ke hospital.

“Eh! aku di mana ini?” Tanya Amanda sendirian. “Hafiza macam mana dengan dia?”

Amanda terus bangun dari katil dan menuju ke pintu. Ibu bapa Amanda terkejut Amanda sudah sedar.

Amanda bertanya kepada ibunya, “ibu macam mana dengan keadaan Hafiza?” soal Amanda.

“Semua orang sedang menunggu di depan bilik ICU sekarang, kamu mahu ikut?” tanya ibu Amanda.

“Mahu!” kata Amanda dengan penuh rasa kebimbangan.

Di ruang menunggu, ibu dan bapa Hafiza menangis teresak-esak.

“Doctor macam mana dengan keadaan anak saya?” tanya ibu Hafiza.

“Dia baik-baik sahaja. Cuma dia perlukan rehat yang secukupnya.”

“Alhamdulillah,” kata ibu bapa dan abang Hafiza.

“Boleh saya tengok Hafiza makcik,” tanya Amanda.

“Boleh,” jawab ibu Hafiza.

“Hafiza maafkan saya kerana buat awak,” kata Amanda.

Hafiza pun berkata, “apa yang awak buat kepada saya?” soal Hafiza.

“Saya yang tuang milo ke dalam beg awak.”

“Tidak mengapa, saya tidak berapa kisah tentang hal itu.”

“Terima kasih Hafiza,” balas Amanda.”

“Dulu musuh sekarang teman,” kata mereka berdua serentak.  Mereka pun tidak tahu macam mana boleh serentak. Mereka ketawa bersama-sama.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: