Certot

Motor Buruk Ayah

Hasil nukilan Akmal about 2 years agoFiksyen 24

Aku Zamir. Seorang yang sederhana dan biasa. Pada hari Isnin, ada perhimpunan di sekolah. Aku harus cepat. Tiba di sekolah, ramai yang mentertawakanku. Aku sudah tahu, pasti mereka mengejekku.

Aku sudah banyak kali berkata kepada ayahku supaya membeli motor yang baru. 

Tetapi, mesti ayahku akan berkata, “Sabarlah, nak. Ayah belum cukup duit lagi.” 

“Ayah selalu kata begitu. Sejak tahun lepas lagi. Saya sudah bosan!” Aku menghentak kaki sekuat hati. Aku juga nenghempas pintu dengan kuat sekali!

Kali ini aku benar marah. Ayahku  hanya berlalu pergi.

*****

Dua tahun kemudian….

Ayahku  bersemangat sekali. Dia tidak sabar mahu beritahu kepadaku. Dia sebenarnya sudah beli motor baru! Dia terus memecut laju pulang ke rumah.

*****

Aku pulang berjalan kaki. Tiba di rumah, aku berasa pelik kerana ada ramai orang yang berada di rumahnya. Ada kendurikah?

Aku melihat jasad terbujur kaku  dibaluti kain putih. Rupa-rupanya Ayahku kemalangan sewaktu hendak pulang tadi!

Aku rebah ke atas lantai. Tidak sanggup menghadapi semua ini.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: