Certot

Modelistarr VS Hijabista

Hasil nukilan Haiqal Zulkarnain 2 years agoFiksyen 20

Jam menunjukkan hampir pukul 10.30 malam. Aisyah Qistina sibuk melayari blognya dengan mengenqkan baju tidur bergambar Hello Kitty. Dia leka melayari blognya lalu tanpa disedari dirinya sudah melelapkan mata sambil berdengkur. 

Hal yang sama terjadi pada Linda Rose. Dia juga sibuk melayari internet untuk mengetahui info-info terkini mengenai trend tudung mengikut dari semasa ke semasa. Pemilik komputer riba berjenama Acer telah ditutup dan melakukan hal yang sama seperti Aisyah Qistina.

*****

Keesokan harinya, Linda Rose telah sampai awal ke sekolah lalu menyandarkan beg sekolahnya di dinding yang berwarna kuning. Sebuah pengumuman telah dibuat. Pertandingan Model Hijab diadakan sekali setahun. 

Cikgu Herman membuat pengumuman itu kemudian mengusap rambut Afronya persis Hermantino, artis pujaan hatinya. Dua orang murid yang sama bidang, tetapi berbeza pendirian telah disatukan dalam satu pasukan bagi memenangi pertandingan model hijab. Kedua-dua pelajar itu ialah Linda Rose dan Aisyah Sofea. 

Linda Rose serba tahu mengenai fesyen-fesyen wanita berhijab dari semasa ke semasa. Manakal Aisyah Sofea hanya goyang kaki sahaja. Beberapa kali mereka bertengkar, namun pertengkaran tersebut dapat dileraikan oleh Cikgu Herman. 

Setelah bertungkus-lumus mengerah idea, akhirnya usaha itu berhasil . Mereka memenangi pertandingan model hijab. Akhirnya mereka bersatu dan berkongsi idea tentang fesyen diantara satu sama lain. Mereka juga digelar Fashion Icon.  

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: