Certot

Misteri Nusantara Perpustakaan Sekolah

Hasil nukilan Nurul Nadhirah Mohd Ali 2 years agoMisteri 91

 Pada petang yang redup, kedengaran hilai tawa Siti dan Saleha gamat menguasai suasana. Betapa seronoknya mereka bergosip hingga tidak menyedari jarum jam sudah hampir menunjukkan tepat pukul 6.00 petang.

“Leha, saya perlu pulang sekarang. Nanti ibu saya mengamuk pula,” kata Siti dengan wajah bersalah.

“Tidak mengapa. Awak pulanglah dahulu. Nanti saya balik sendiri,” jawab Siti.

Kini Siti berseorangan di sekolah. Tanpa disedarinya, Siti terlelap berdekatan perpustakaan. Apabila jarum jam tepat pada pukul 10.00 malam, Siti terjaga. Dia ternampak kelibat seorang nenek tua berjalan di dalam perpustakaan. Perasaan takut meyelubunginya. Pelbagai bayangan negatif bermain di fikirannya.

Selepas itu, dia terdengar bunyi ketawa nenek tersebut. Bunyi tersebut seakan-akan menghampirinya. Tanpa berlengah, dia berlari dalam keadaan tergesa-gesa. Kemudian, dia terjumpa pintu lalu memasukinya. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bahawa dirinya sekarang berada di perpustakaan sekolah. Pintu keluar semakin kabur dan hilang daripada pandangannya. Kemudian, dia ternampak sebuah buku di sebelahnya. Pada kulit buku itu tertulis “Ambil buku ini atau awak ma….” 

Dia megambil buku tesebut lalu berkata, “Aku sudah ambil buku ini! Tolong jangan kacau aku!” jeritnya. Dia menutup mata seerat-eratnya.

Setelah dia membuka matanya ,dia mendapati dirinya sudah berada di rumahnya. Buku itu masih berada dalam pangkuannya. Tanpa berlengah, dia mengoyak buku tersebut lalu membuangnya. Malam itu, dia tidak dapat tidur dengan aman. Bayangan wajah nenek tua itu masih berlegar-legar di fikirannya. Entah mengapa, nenek itu seperti biasa dilihatnya di sekolah. Pada pukul 12.00 malam barulah Siti boleh tidur dengan tenteram.

Pada keesokan harinya, dia menceritakan segalanya kepada rakan karibnya, iaitu Saleha. Rakannya itu berasa hairan.

“Tetapi, semalam saya balik pukul 4.00 petang,” tanya Saleha. 

“Awak jangan bergurau, Saleha. Sebelum kejadian itu, awak dan saya berborak berdekatan perpustakaan kira-kira pukul 6.00 petang,” terang Siti lalu menggigil ketakutan.

“Saya rasa baik awak lupakan sahaja tentang itu,” kata Saleha. Siti hanya mengangguk perlahan.

Dalam perjalanan ke rumahnya, dia terfikir 1001 akibat yang harus dihadapinya kerana telah membuang buku misteri itu. Setelah tiba di rumahnya, dia terkejut apabila mendapati buku tersebut berada di atas katilnya. Buku tersebut masih dalam keadaan elok. Dia ternampak perubahan huruf pada kulit buku itu yang tertulis “Simpan buku ini atau awak ma…”. Secara tiba-tiba, buku itu terjatuh daripada genggamannya lalu halaman buku itu terselak. Pada muka surat pertama, buku itu tertulis sebuah kisah yang agak sedih. Pada halaman kedua dan ketiga kandungannya seperti dikoyak. 

Dia ternampak tompokan merah pada halaman keempat. Dia beranggapan bahawa tompokan itu mungkin jus tembikai atau air sirap. Selepas diteliti halaman itu dia berkata “Da… da… darah” jeritnya. Dia terus menutup buku itu lalu cuba melupakannya. 

Pada hari esoknya, dia terjumpa dengan cikgu Halimah berdekatan perpustakaan. Wajah guru itu mirip dengan nenek tua yang pernah ditemuinya di perpustakaan tempoh hari. Guru itu menangis sambil mengusap-usap dinding perpustakaan itu. 

“Assalamualaikum cikgu. Kenapa cikgu menangis?” tanya Siti.

“Tiada apa-apa. Cikgu cuma teringatkan kembar cikgu yang pernah mengajar di sekolah ini dahulu. Dia meninggal dunia tepat pukul 5.00 petang di dalam perpustakaan ini,” terang cikgu itu dengan perasaan sedih.

“Dia ada menulis sebuah diari sebelum kematiannya. Sehingga sekarang cikgu masih tidak dapat menemuinya,” sambung Cikgu Halimah. 

Siti memberikan buku misteri itu kepada cikgu tersebut lalu bertanya, “Inikah bukunya?” tanya Siti.

Cikgu itu membaca buku itu lalu dia mengalirkan air mata. Siti baru perasan bahawa pada belakang buku itu tertulis “Diari yang penuh dengan penderitaan”. Aku memutuskan untuk memberi buku itu kepada  guru tersebut. Guru tersebut mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku berharap pengalaman pahit ini tidak akan berulang lagi.



Juga daripada penulis ini:

  • SUPER PAPA

  • BOLA KU

Cerita lain: