Certot

Misteri Makanan Ringan

Hasil nukilan Anis Insyirah bt Solehan 2 years agoMisteri 121

Najiha atau nama sebenarnya Nur Najiha Najwa Binti Tan Sri Hamid sedang khusyuk meneliti laporan-laporan tentang kes kehilangan makanan ringan terutamanya kek cawan yang digemari si pencuri. Sejak kebelakangan ini, di asrama puteri Sekolah Berasrama Penuh Johor telah kecoh dengan kes kehilangan bekalan makanan ringan yang dibeli oleh pelajar-pelajar puteri terutamanya semasa cuti sekolah atau hujung minggu. Oleh sebab itu Najiha dan rakan-rakannya selaku ajk-ajk blok asrama puteri telah diarahkan untuk menyiasat kes yang menjadi tanda tanya pihak pengurusan asrama puteri.                                                                                                        ’‘Jiha, Jiha kau ni  kan tak payah la nak tekun sangat siasat kes ni sampai tak makan sehar. Cubalah jaga sedikit kesihatan kau tu. Nanti kalau kau sakit siapa nak siasat kes ni. Nak harapkan aku dengan kawan-kawan lain sampai tahun depan pun tak selesai,’’ ujar Farah iaitu rakan sebiliknya. 

Selain Farah, terdapat tiga lagi rakan sebilik Najiha iaitu Nurin, Alya, dan Zurin.

‘‘Yelah Datin Farah hoi, kau masak apa?’’ jawabnya. 

‘Aku masak nasi goreng kampung,kalau nak ada kat atas meja tu,’’ kata Farah. 

’‘Aku makan dulu,” ujar Najiha.

Di sebelah petang, Najiha, Farah, Nurin, Alya, serta Zurin ke taman untuk berbincang tentang kes kehilangan makanan ringan tersebut.’

‘Guys, korang tahu tak semalam warden bagitahu aku ada lima kes kehilangan kek cawan serta keropok?’’ tanya Alya. 

‘‘Nampaknya si pencuri masih berani mahu mencuri di asrama kita ni.Kita kena segera bertindak,’’ ujar Nurin. 

‘‘Aku ada cadangan! Apa kata kita minta bantuan ayah Najiha untuk membantu kita dalam kes ni?” cadang Zurin. 

‘‘Bagus jugak cadangan kau tapi apa dia?” tanya Alya. 

‘‘Kita tminta uncle Hamid pujuk warden supaya kita boleh soal siasat semua pelajar puteri,” terang Zurin. 

‘‘Nampaknya rancangan kita tak menjadi sebab ayah aku pergi ke luar negara selama dua bulan. Sorry guys!” ujar Najiha.

Keesokkan harinya,warden asrama puteri meminta semua pelajar puteri berkumpul kerana ingin menasihati bahawa semua pelajar harus mengunci loker yang mengandungi makanan dn simpan atau habiskan kek cawan yang dibekalkan pihak sekolah.

KRING!

Bunyi loceng menandakan waktu rehat telah tiba. Najiha, Farah, Nurin, Zurin, dan Alya bergegas ke dewan makan kerana takut beratur panjang. 

‘‘Opps! botol air aku tertinggal kat asrama. Jiha teman aku ambil, please!” pujuk Nurin.

“Yelah yelah, jom,’’ kata Najiha. 

Sewaktu perjalanan, Najiha ternampak kelibat seorang pelajar yang memakai tanda nama yang tertulis namanya iaitu Aina. 

‘‘Eh,tu kan Aina. Dia buat apa kat sini?’’ tanya Najiha. 

‘‘Tu kan loker Alysa budak 3 Budi kan. Kenapa dia selongkar loker tu?’’ ujar Nurin.

 ’‘Jomlah,nanti diorang bebel pulak,” marah Najiha.

Sewaktu dalam kelas, warden asrama memanggil Najiha dan rakan-rakannya. 

‘‘Najiha, tadi sewaktu rehat seorang pelajar puteri kelas 3 Budi yang bernama Alysa telah kehilangan hampir kesemua makanannya. Cikgu nak kamu ambil tindakkan secepat mungkin,’’ terang Puan Izreen. 

‘‘Eh,bukan ke waktu kita ambil botol air tu kita nampak Aina selongkar loker Alysa ke?’’ bisik Nurin kepada Najiha. Kemudian, baruNajiha teringa. Dia menceritakan tentang peristiwa pagi tadi kepada cikgu Izreen.

Akhirnya kes ini berjaya diselesaikan dan Aina mengaku bahawa dia yang mengambil makanan ringan di asrama puteri atas alasan tidak mampu membeli. Dia dibuang asrama dan meminta maaf atas kesalahan itu. Najiha dan rahan-rakannya bersyukur kerana mereka berjaya menyelesaikan kes itu dan diberi anugerah oleh pihak asrama juga dinobatkan sebagai detektif muda sekolahnya.

                                                     


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: