Certot

Misteri 266

Hasil nukilan Princess Arabella1 year agoMisteri 4

“Hihihi, saya hantu.” Iman sengaja mengusik Fasha. Eloklah begitu. 

“Don’t disturb me, please,” Fasha membalas.

“Alah, saya main-main sahaja. Awak itu serius sangat baca novel OMG Gila Buku!

“Ish, diamlah awak!” Fasha menghentak meja Iman sekuat hati. Sengaja membangkitkan kemarahan orang! 

“Fasha, saya tahulah awak ini anak tan sri, tetapi janganlah berat tulang, ya!” Iffah bagaikan tidak puas hati menegur Fasha.

“Excuse me? Sedar tidak siapa awak?” Fasha berdiri di hadapan Iffah. Lagak Fisha, kembar kepada Fasha juga berdiri menyokong kembarnya.

*****

“Mama mahu ke Hotel yang dekat dengan tempat ini. Kamu berdua mahu ikut?” Puan Sri Zarina memandang ke arah kembar itu silih berganti. Fasha dan Fisha pula berkomunikasi menggunakan minda. Kemudian kedua-duanya mengangguk.

*****

Fasha dan Fisha mendapat kunci bilik mereka. Nombor bilik mereka ialah 266. Setelah larut malam, Fasha ke bilik air untuk memberus gigi. Fasha terlihat sesuatu di kain tingkap. Tanpa takut, Fasha mendekati tingkap dan menyelak kain. 

Tiba-tiba Fisha menjerit. “Argh! Fasha, help me!”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: