Certot

ANGAN-ANGAN SI MISS.K-POP

Hasil nukilan AIRIEN NATASHA 2 years agoFantasi 116

Pada pagi itu, ketika murid-murid berkumpul di dewan terbuka, guru besar Sekolah Kebangsaan Sri Indah mengumumkan tentang satu perkara. Selepas beliau berucap, beberapa orang murid yang terpilih melompat gembira. Hmm… terpilih untuk apa, ya Jeng jeng jeng…. Mereka semua terpilih untuk program pertukaran pelajar ke Korea! Bertuahnya! Semua murid yang terpilih adalah dari kelas 5 Zamrud.

“Yeay! Aku terpilih! Tak sabarnya nak pergi Korea. Boleh jumpa my oppa! Saranghae D.O oppa!” jerit Lya kegembiraan. Siapa yang tak gembira!

“Chanyeol lagi handsome lah, Lya! EXO, wait me! I will be there! Yes! Nanti bolehlah aku tengok Chanyeol hari-hari!” Ishh… orang pergi sana nak belajar, dia nak tengok Chanyeol hari-hari!

Inilah antara orang yang jadi ‘gila’ disebabkan Korea. Sebenarnya aku pun sama je macam mereka!

*****

Di dalam kelas 5 Zamrud.

Kami berkumpul di tempat dudukku dan berbincang tentang tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Korea. Antara tempat menarik yang ada di Korea ialah:

Namsan Tower: Nikmati pemandangan indah seluruh Seoul dari atas Namsan Tower. Juga rasai pengalaman menaiki kereta kabel untuk ke atas menara tersebut!

Namdaemun Market: Pusat perniagaan tradisional Korea paling besar, tempat wajib dikunjungi bagi sesiapa yang datang ke Seoul dan sukakan barangan pada harga murah. Terletak berdekatan dengan pusat bandar Seoul. Pelbagai jenis barang seperti makanan, pakaian, aksesori wanita hinggalah ke peralatan dapur ada dijual di sini. Juga terkenal dalam kalangan pengunjung Malaysia dengan ‘brooch’ berkualiti tinggi. Pelbagai jenis ‘brooch’ ada di sini dengan harga murah.

Dongdaemun Market: Popular sebagai pusat beli-belah di waktu malam. Juga terkenal dengan kain ‘cotton’ berkualiti tinggi Korea.

Myeongdong: Salah satu tempat paling sibuk dan sesak di Seoul dan merupakan antara pusat beli-belah tarikan pelancong paling terkenal di Korea.

Antara butik terkenal di Myeongdong:

Hongdae & Idae Uni: Hongdae University dan Idae University merupakan dua daripada universiti swasta terkenal di Seoul. Kawasan-kawasan berhampiran kedua-dua universiti ini menjanjikan kepuasan buat anda yang gemarkan ‘window-shopping’. Juga terkenal dengan keunikan kedai-kedai dan cafe-cafe menarik.

63 Building: Terletak berdekatan Yeoido Park dan Hangang River, bangunan ini cukup terkenal dengan gelaran bangunan paling tinggi di Seoul.

Nami Island: Tidak terletak di Seoul tetapi hanya mengambil masa kurang dari satu jam setengah untuk sampai ke sini menaiki subway. Drama terkenal Winter Sonata dirakamkan di sini bersama pemandangan indah di musim salji.

Itaewon: Masjid untuk umat Islam terletak di sini. Kedai-kedai runcit, restoran halal juga boleh didapati di kawasan ini. (Senanglah mahu solat!)

Lotterworld & Everland: Kedua-duanya merupakan taman tema terkenal di Seoul. Lotteworld banyak menyediakan permainan/aktiviti tertutup manakala Everland pula lebih banyak menyediakan permainan/aktiviti luar.

Gyengbok Palace: Kawasan Istana yang besar ini merupakan tempat wajib pergi bagi melihat sendiri budaya masyarakat tradisional Korea. Pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman memakai pakaian tradisional Korea di istana ini.

Namsn’s Korea Traditional House: Di sini terletaknya replika-replika rumah asal masyarakat tradisional Korea.

Hangang Cruise: Nikmati pemandangan indah Korea dari atas kapal menyusuri Hangang River.

Sindang Ttokbokki: Bagi anda yang tidak mahu terlepas merasa makanan Korea, Sindang merupakan pilihan tepat. Di sini terdapat pelbagai pilihan kedai yang menyediakan makanan tradisional terkenal iaitu ttokbokki ataupun ‘spicy rice cake’.

Chonggyechoen: Terusan buatan manusia paling panjang di Korea. Terletak betul-betul di pusat bandar, rasai nyamannya deruan angin dan kedamaian bunyi air di sini.

Insadong Street: Salah satu tempat tarikan pelancong yang penuh dengan warna-warna tradisi Korea. Juga sesuai buat anda yang gemar membeli-belah.

Semasa kami sedang berbual, tiba-tiba guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Cikgu Normasnita masuk ke kelas untuk memulakan waktu pembelajaran. Jadi, kami menamatkan perbualan kami untuk menumpukan perhatian semasa belajar.

*****

Perhatian kepada penumpang pesawat MH 164, penerbangan ke Seoul. Para penumpang diminta bersedia di balai pelepasan 20 minit sebelum waktu penerbangan. Pesawat MH 164 akan berlepas jam 10.30 malam. 

Cuba teka kami berada di mana? Bbetul! Sekarang mereka berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Murid yang mengikuti program pelajar itu berkumpul bersama-sama keluarga masing-masing. Ada yang menangis,a da yang melompat gembira pun ada!

“Jaga diri baik-baik ya. Umi tak boleh ikut,” pesan umi kepadaku.

“Baiklah, semua berkumpul di depan cikgu. Beratur.”

Selepas mendengar ucapan Teacher Sharina, semua murid bergegas beratur supaya tidak hilang di celah-celah lautan manusia itu.

*****

Welcome to Incheon International Airport. We hope you like our service here.

Akhirnya! Setelah lima jam di dalam kapal terbang, berada di tempat yang tinggi dan menakutkan, akhirnya tiba juga di destinasi yang dituju.D i pintu masuk, seorang wanita menegur Riesha dan Lya.

“Anyeong. Incheon gugje gonghang e osin geos-eul hwan-yeong habnida. Dangsin-eun mallesia ibnikka? (Hai, selamat datang ke Incheon International Airport. Adakah awak orang Malaysia?)

“Anyeong. Yes, naneun mallesia ibnida. Dangsin maeu aleumdaun. Kyeopta.” (Hai. Ya, saya orang Malaysia. Awak sangat cantik. Comel.) 

“Dangsin-eul gamsahabnida,” (terima kasih) katanya sambil tersenyum.

*****

Pada keesokan harinya, kami keluar pada 7.30 pagi untuk mencari makanan dan berjalan-jalan melawat ibu kota Korea iaitu Seoul. Oh, nasib kami sangat baik kerana kami sampai di Korea pada hari Ahad ialah hari cuti umum! So tak payah sekolah! Kami pergi ke membeli-belah di Namdaemun Market, pergi ke Nami Island, dan bermain di Lotteworld & Everland!

Sebelum pulang, kami pergi ke Hongdae untuk membeli-belah barangan sekolah di sana.Apabila kami tiba di Hongdae, kami berasa sangat terkejut. Cuba teka! Sebenarnya, EXO dan A pink sedang membuat persembahan di sana! Dan tanpa disangka-sangka, mereka mengajak Lya untuk naik ke atas pentas untuk bergambar dan menyanyi bersama mereka! Oleh kerana dia terlalu gembira, dia pun berlari untuk naik ke atas pentas.

*****

Semasa Lya turun dari pentas,d ia tidak melihat ke arah tangga, namun dia mengelamun dan.

ADUH!

Semua orang di situ mengetawakan Lya. Disebabkan terlalu malu, dia menangis lalu berjalan ke arah guru dan rakannya. Dan,pada masa itu, Lya merasakan seseorang sedang menggoncang bahunya.

“Siapa yang goncangkan bahu aku ni?” bisik Lya sendirian.

Apabila Lya mengangkat mukanya untuk melihat siapa yang menggoncangkan bahunya, dia berasa terkejut kerana melihat ibunya sedang bercekak pinggang di hadapannya.

“Ibu? Lya ada dekat mana ni? Bukan ke Lya ada dekat Korea?” tanya Lya kebingungan.

“Ya ALLAH! Korea apa pulak kamu ni Lya. Tulah, tak habis-habis Korea!” marah Puan Julia.

“Lya mimpi ye? hehehehehehehehe,” kata Lya sambil ketawa.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: