Certot

Miss Writer

Hasil nukilan balqis qarirah 2 years agoFiksyen

Ameera Hana adalah seorang yang bercita-cita tinggi mahu menjadi seorang penulis yang terkenal satu hari nanti. Ameera sangat meminati bidang penulisan.

Satu hari, sekolahnya mengadakan pertandingan menulis cerita terbaik. Ameera berasa ini adalah peluang untuk dia menunjukkan bakat menulisnya itu. Ameera telah mendapat kebenaran daripada ibu bapanya untuk menyertai pertadingan itu. Dia telah dibawa ke Perpustakaan Negara bagi menambahkan bahasa penulisannya itu.

Pertandingan itu berlangsung selama lima hari. Aina telah membuat sebuah cerita yang bertajuk Masa Itu Emas. Dia mendapat sokongan padu daripada ibu bapanya kerana ceritanya itu dapat menarik hati para pembaca dan bahasanya yang indah.

Hari terakhir untuk menghantar karya adalah esok. Ameera menghantar karyanya itu kepada kerani sekolahnya yang berada di pejabat.

******

Hari keputusan pertandingan telah pun tiba. Pengerusi majlis menjemput guru besar naik ke atas pentas bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan.

Hati Ameera berdegup kencang. 

“Pemenang Pertandingan Menulis Cerita Terbaik jatuh kepada… Ameera Hana binti Amirul!” umum guru besar. Ameera naik ke atas pentas dengan perasaan yang  gembira.

Sejak hari itu, Ameera menjadi terkenal hasil penulisannya. Dia juga dianugerahkan sebagai penulis terbaik peringkat kebangsaan. Ameera juga telah digelar Miss Writer. Cita-cita yang diidamkannya dahulu telah tercapai.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: