Certot

MISS KOREA DAN MISS LONDON

Hasil nukilan SYAZWINE 2 years agoFantasi 64

Kring!

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Alissa pergi ke kantin bersama Hanis. Alissa membeli kentang goreng, manakala Hanis memberli bebola Keta. Mereka berbual tentang gosip-gosip terkini di sekolah itu. 

Selepas makan, mereka pergi ke pondok matematik untuk menyambung gosip  mereka tadi.

“Eh, kau tahu tak yang kelas kita akan ada budak baru?” tanya Hanis.

“Tak. Kalau ada pun, mesti aku yang lebih cantik dan bijak. Tambahan pula, aku pernah pergi London,” kata Alissa dengan angkuhnya.

Selepas tamat waktu persekolahan, Alissa menunggu ibunya di pondok menunggu. Selepas 15 minit menunggu, kelihatan kereta Toyota Vios berwarna kelabu milik ibu Alissa menghampiri pintu pagar sekolah. Alissa bergegas ke kereta ibunya itu.

Apabila Alissa masuk ke dalam kereta, dia melihat wajah ibunya itu murung sekali. Alissa malas hendak bertanya kerana takut ibunya akan bertambah murung.

“Kamu tahu kenapa ibu sedih?” tanya ibu Alissa.

Alissa pantas menggeleng.

“Ayah kamu akan ke Perancis selama 10 tahun,” jawab ibu Alissa sebak.

“Hah, apa?” Alissa seperti tidak percaya apa yang dikatakan oleh ibunya.

Suasana di dalam kereta menjadi sunyi. Sampai sahaja di rumah, Alissa bergegas ke biliknya. Dia mahu bertanya kepada ayahnya, betul atau tidak yang ayahnya ingin ke Perancis selama 10 tahun. Jawapan ayahnya membuatkan air mata Alissa mengalir.

Alissa: Ayah, betulkah ayah hendak ke Perancis selama 10 tahun?

Ayah: Ya, Alissa.

Alissa tidur dalam keadaan mata bengkak dan merah.

Keesokan harinya, waktu persekolahan bermula seperti biasa. Cikgu Haziq selaku guru kelas 4 Cendekiawan masuk ke dalam kelas.

“Baiklah. Murid-murid hari ini kamu semua ada kawan baru…. Masuklah,” panggil Cikgu Haziq.

Kelihatan seorang budak perempuan masuk ke dalam kelas. 

“Hai, nama saya Sofea Hafiza. Saya kacukan Korea Melayu. Selamat berkenalan,” kata Sofea.

Semua yang terdengar perkataan Korea terus ternganga.

“Baiklah, Sofea. Awak boleh duduk dekat meja kosong dekat belakang tu,” kata Cikgu Haziq.

Kelas bermula seperti biasa pada hari itu. Selepas habis waktu persekolahan, semua orang asyik bercakap pasal hal Sofea. Alissa yang terdengar pasal hal itu menjadikan dia benci akan Sofea.

Pada suatu hari. Sofea ternampak seorang budak lelaki mencuri dompet milik Alissa. Tanpa berfikir panjang, Alissa terus memberitahu cikgu akan hal itu. Kejadian itu diberitahu kepada Alissa. Alissa berterima kasih kepada Sofea. Sejak itu, mereka menjadi kawan baik.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: