Certot

Miss Travelistar!!

Hasil nukilan Zarina Shukur2 years agoSuperhero 6

             

“Ika betul ke Ika nak pergi Paris?” tanya Encik Izhar. Dia sungguh ragu-ragu dengan kemampuan anak perempuannya itu. 

Ika hanya menggangguk. Dia buat endah tidak endah sahaja dengan soalan ayahnya. “Ayah, Ika pergi dahulu.” Ika bersalaman dan terus pergi. 

Encik izhar hanya memandang kereta anaknya yang makin menghilang.

                        *****

        “Paris, here I come!” Ika sudah menjejakkan kaki ke atas tanah Perancis. Gembira betul dia. Impian mahu menjejakkan kakinya itu tercapai. 

“Bounjour!” Ramai pengunjung mengucapkan kata-kata itu kepada Ika. Ika hanya tersenyum indah.

        Sesampainya di Shangri-La Hotel Paris, Ika terus memasu kkan barang-barangnya di bilik. Sungguh letih sekali. Sedang dia berbaring di atas katil yang empuk, dia teringat yang dia belum pergi membeli-belah! Setahunya di Paris, Louise Vuitton, Elle, Gucci, Prada murah. Terus dicapainya baju muslimah berserta jaket.

                          *****

Di, Louvre-Tuileries dan Faubourg Saint-Honore:
Faubourg Saint-Honore merupakan salah satu pusat mode di Paris. Tempat tersebut merupakan destinasi terbaik untuk menemukan berbagai rancangan busana Creme de la creme, perabot unik, dan kosmetik dengan kualiti terbaik. Berlokasi di lingkungan Louvre-Tuileries dan hanya terletak beberapa blok dari Opera Garnier dan Paris department store di Boulevard Haussmann.

        Sungguh indah sekali berada di sana. Bagaikan syurga. Itu belum lagi ke tempat yang lain.

                      *****

      “Ah, ayah bukan ada pun. Buat apa mahu takut jika ayah bebel.” Itulah sifat Ika, yang tidak mengenang budi ayahnya. Sejak Puan Ilya meninggal, dia mula menunjukkan sifatnya yang sebenar. Egonya memang tinggi. Dia akan meminta ampun jika ayahnya meminta maaf dahulu! Itu sudah terbalik.

        Sejam sudah berlalu, itulah lumrah perempuan bila membeli-belah. 

        Di rumah….

 “Hmm, Ika sedang buat apa? Dia cukup tidak makan? Sihatkah?” Itulah soalan yang terkeluar daripada mulut Encik Izhar. Dia cukup risau tentang keadaan anak tunggalnya itu. Itulah satu-satunya anaknya. Permata hati jantung dia. Tetapi yang tidak diketahui oleh Encik Izhar, sekarang Ika sedang leka bershopping. Dia memang mewarisi sifat ibunya, puan Ilya Mansor.

                            *****

        “Where is you friend or family?” tanya seorang pengunjung di situ. 

“I’m alone,” balas Ika yang tekun memilih pakaian. 

“You alone? You are so beautiful, why can you alone.” Pengunjung itu cakap lagi. 

Terdetik di hati Ika yang minah ini mungkin sesat. Tanya dia soalan yang pelik. “I’m alone. And thank you because you say I’m beautiful.” Kalau boleh lah, Ika hendak lari.

        Pengunjung itu mahu membuka mulut tetapi, “I need to go.” Ika terus berlari ke kaunter bayaran. Pengunjung itu terkebil-kebil.

        “Fuh, mujur sempat. Jika tidak sudah tentu dipikat oleh ayat-ayat yang startik!” Ika mengeluh. Dia mencari tempat untuk duduk. Di tangannya sudah penuh beg plastik. “Selepas ini mahu pergi ke Rue des Francs-Bourgeois pula.” Meskipun penat, sempat lagi Ika merancang agenda seterusnya.

        Dia terus pulang ke hotel selepas pergi ke lima buah kedai. Penat tu!

                        *****

        Encik Izhar bermundar-mandir di beranda rumahnya. Risau akan anaknya yang tidak berapa matang itu di negara jauh. Daniel yang tengok akan raut wajah Encik Izhar itu hairan. 

“Assalamualaikum pak cik. Mengapa macam risau sahaja?” tanya Daniel, anak jiran sebelah. Dia sebaya dengan Ika. Dan sudah lama suka dekat anak dara Encik Izhar itu.

        “Oh, Daniel. Pak cik risau dengan si Ika itu. Dia di Paris.” Encik Izhar mengeluh lagi. 

Membulat mata Daniel. “Di paris? Buat apa? Pak cik tidak takut kesalamatan Ika?” Bertalu-talu soalan keluar. 

Encik Izhar berkerut. Eh, siapa ayah ni? “Yang kamu ni risau kenapa? Minat ke?” 

soalan Encik Izhar membuatkan muka Daniel memerah. “Bukanlah. Saya cuma risau sahaja.” Daniel terus memecut ke rumahnya. Encik Izhar menggeleng.

                  *****

        “Huargh! Sudah pagilah!” Ika menguap. Tidak sopan betul.

        Blouse panjang, jaket berbulu, hawl, kasut but tinggi. Itulah pakaian yang dipakai oleh Ika. Dia mahu pergi ke menara Eiffel Tower. Hari ini hari terakhir Ika di Paris. 

“Wow, tingginya.!” Ika terkejut. 

“Hua! Hua!” Tangisan seorang budak membuatkan Ika mengalihkan pandangan. 

“Papa, papa!” Rupanya budak itu hilang. Seorang lelaki berusia pertengahan 40-an datang mendukung budak itu. 

“Sayang, papa ada di sini. Jangan nangis. Shh… lain kali jangan hilang lagi ya? Papa sayang kamu!” Lelaki itu membawa budak itu ke tempat lain.

        Ayat terakhir itu membuatkan Ika terpempan. “Papa sayang kamu!” Ika terduduk. Dia mengambil telefon dan terus mendail nombor ayahnya. 

“Ayah….” Encik Izhar terkejut lalu mencampakkan telefonnya di atas katil.

        Pandangan Ika di menara Eiffel, tetapi jauh di sudut hati dia teringat akan kasih ayahnya. Dia anak derhaka! Dia sudah menderhakai ayahnya sendiri…

        “Ika!” Jeritan seseorang bagaikan pernah didengarinya. Dia memandang ke kanan, dilihatnya Encik Izhar berlari anak menuju ke arahnya. Dia terkejut. “Aayah!” Ika menjerit.

        Selepas selesai sesi jejak kasih ala-ala itu, Ika mengajak ayahnya duduk berhadapan dengan menara Eiffel.

        “Ayah sanggup datang ke sini? Ayah di Paris!” Ika memeluk ayahnya. 

“Jom balik,” ayahnya mengajak. 

“Eh, tak nak lah. Jom kita mengembara. Kita pergi Iceland, Switzerland, Chilli! Wah bestnya, ayah dan Ika!!” Encik Izhar terkejut. Diingatnya, Ika mahu pulang. Diikutnya sahaja kehendak anaknya yang satu itu. Miss Travelistar tetap Miss Travelistar.

*Walaupun kita bukan pemaisuri di hati suami, tetapi kita tetapi puteri di hati ayah kita!

-Ika puteri ayah!›

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: