Certot

Miss Olahraga 2

Hasil nukilan Nurin 2 years agoFiksyen 2

Hari sukan sekolah….

‘Aku sudah bersedia 100 peratus,’ bisik hati Mira, tetapi Mira seperti ingin menjerit sekuat hati di tengah-tangah padang sekolah. Tiba-tiba Farisha datang pada Mira.

“Good luck, Mira,” ucap Farisha dan Farisha menghulurkan tangan untuk bersalam sebelum acara 100 m berlangsung. Mira tidak peduli langsung dengan kehadiran Farisha seperti dia berseorangan di dalam bilik kosong.

“Tidak mengapalah. Saya rasa orang yang sombong seperti awak ini memang tidak ada kawan.” Farisha yang menghulurkan tangan menjadi tidak dengan sifat sombong yang ada pada Mira. 

“Eh, awak itu baru masuk di sekolah ini, tetapi perangai awak ini ma….” Mira tidak sempat menyambung ayatnya itu, tetapi Farisha memotong percakapan Mira.

“Saya tahu. Jadi, maksud awak orang yang bersekolah di sini bolehlah bercakap sombong dengan sesiapa termasuklah awak?” Farisha menyoal Mira

Mira tidak menjawab soalan Farisha kerana bengang, lalu pergi dari tempat tadi.

*****

Hari perlawanan bermula….

Farisha berdebar bagaikan ingin mencabut jantungnya itu kerana dia dicabar oleh Mira.

Pritt! Pengadil meniup wisel tanda sudah bermula. Farisha, Mira, dan peserta lain sudah pecut ke penamat. 

Farisha yang sampai dahulu di penamat. Mira terkejut apabila dia melihat Farisha sudah sampai dahulu. Mira terus menuju ke Farisha.

“Tahniah, Farisha,” ucap Mira kepada Farisha. Mira berasa malu kerana murid baru boleh mengalahkan olahrawati sekolah.

Semenjak itulah Mira menjadi sahabat Farisha. Mira sedar atas kesilapannya itu dan dia berubah tidak berbangga dan tidak sombong lagi.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: