Certot

Miss Olahraga 1

Hasil nukilan Nurin 1 year agoSukan 28

Aku Mira. Aku minat sukan terutamanya olahraga.  Aku selalu memenangi dalam apa jua sukan terutamanya olahraga. Sejak aku berumur lima tahun sampai sekarang, rakan-rakan sekolahku memanggilku Miss Olahraga.

Hari ini hari permulaan hari persekolahan dan aku telah berumur 12 tahun. 

Aku memasuki kelas dan aku menuju ke tempat yang aku sudah pilih semasa hari pendaftaran. Aku berasa hairan kenapa ada beg sekolah kepunyaan orang lain ada di tempat tersebut. Aku fikir ada orang lain merampas tempat aku dan aku hanya menahan rasa geram.

‘Siapalah yang rampas tempat duduk aku?’ bisik hatiku.

Aku meletakkan beg sekolahku di tempat belakang sekali dan di hujung sekali berdekatan dengan pintu kelas. 

Aku terus ke tapak perhimpunan. Tiba-tiba aku melihat rakan-rakanku berkumpul sedang bercakap dengan seseorang. Aku hanya fikir mungkin seorang daripada rakanku memakai pakaian kemas hari ini. 

“Mengapa ini?” Berkerut dahiku memandang tepat ke muka Dina.

“Mmm… inilah budak baru dalam kelas kita,” kata Dina dengan mata bulat bagi memberi kejutan kepada Mira.

“Selamat berkenalan. Saya Mira dan maaf sebab saya tidak berminat mahu berkenalan dengan awak.” Mira memperkenalkan dirinya kepada rakan baru kelasnya dengan nada yang sombong.

“Saya Farisha.” Farisha baru mula memperkenalkan dirinya, tiba-tiba Mira terus berkata yang dia tidak berminat.

Tiba-tiba kedengaran bunyi yang memecah kesunyian di tapak perhimpunan.

“Baiklah, tangan ke atas bahu,” kata Cikgu Khairina dengan menggunakan mikrofon bagi menarik perhatian murid-murid Sekolah Sri Bangsar.

*****

Selepas selesai perhimpunan, murid-murid terus pergi ke kelas.

Mira memasuki kelas. Dia terkejut melihat murid baru merampas tempatnya. Lalu menuju ke tempat yang ditanda oleh Mira.

“Awak rampas tempat saya. Awak gilakah?” tanya Mira dengan nada yang kasar sambil berkerut dahi memandang Farisha.

“Sebenarnya Dina sudah tandakan tempat saya,” jelas Farisha.

“Ikut pandai awaklah,” balas Mira lalu ke tempat belakang sekali dan berdekatan dengan pintu bilik darjah.

*****

Keesokan harinya….

‘Hari ini hari kedua bagi aku bersekolah,’ bisik hati Mira. Mira masuk ke kelas dan menjeling Farisha tanda Mira tidak puas hati.

“Awak, 17 Februari nanti kita akan lawan siapa yang akan menjadi olahragawati sekolah dia yang akan dapat duduk di sini,” Mira mencabar Farisha untuk melawan dia.

“Okay, good luck girl,” Farisha bersetuju dengan cabaran Mira nanti.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: