Certot

Miss K-pop

Hasil nukilan Fatin 2 years agoFiksyen 29

Kring!! Kring!! Kring!!!

Loceng berbunyi untuk mengejutkan seorang gadis bernama Aireen yang sedang tidur dengan lena sambil memeluk bantal peluk kesayangannya. Aireen terus bangun dan mematikan jam loceng tersebut. Aireen terkejut melihat jam sudah menunjukkan pukul 7.15 pagi.

”Aaaaaa!! Dah lambat nak ke sekolah!!!”

Aireen terus mencapai tualanya di belakang pintu bilik dan meluru keluar ke bilik mandi. Selesai mandi, Aireen meluru ke biliknya dengan pantas untuk bersiap.

“Aireen!!! Makanan dah siap ni .Turun makan!”, Puan Adriana memanggil Aireen.Aireen turun dengan pantas sekali.”Kenapa mama tidak kejutkan Aireen tadi…Aireen dah lewat nak ke sekolah”,kata Aireen kepada mamanya.”Mama dah kejutkan Aireen tadi, tapi Aireen masih tidak bangun..mama ingatkan Aireen sakit”

“Adik kamu dah pergi ke sekolah tadi, papa yang hantar”kata Puan Adriana kepada anaknya.

Selang beberapa minit, Puan Adriana pun menghantar Aireen ke sekolah dengan menaiki kereta Myvi miliknya.

Setibanya di sekolah,Aireen melihat semua guru telah masuk ke kelas masing-masing untuk memulakan sesi pembelajaran.Aireen masuk kelasnya dan dia mendapati cikgu Sam sudah berada di dalam kelasnya untuk mengajar.Cikgu Sam adalah cikgu yang paling garang di sekolahnya. Jika terdapat pelajar yang melakukan kesalahan ,rotan milik cikgu Sam pasti hinggap di susuk tubuh pelajar yang bersalah.

“Kenapa hari ni kamu datang lewat Aireen?”

“Sa..sa..err..saya tidur lewat semalam cikgu”,jawab Aireen dengan suara yang tergagap-gagap.

“Sebagai denda…kamu berdiri di luar kelas sampai tamat kelas cikgu, faham!!!”marah cikgu Sam.

“Ba..ba..baik cikgu”

Semasa Aireen di luar kelas, semua murid yang lalu di hadapan kelas Aireen memandang Aireen dengan gelak ketawa dan ada yang mengejek.Aireen berasa amat malu pada dirinya sendiri.Apabila tamat kelas cikgu Sam,Aireen segera masuk ke dalam kelasnya dan duduk di sebelah sahabat baiknya iaitu Jihan.

“kenapa kau datang lambat hari ni..biasanya kau datang lebih awal daripada kitorang?”Tanya Jihan kepada Aireen.”Aku tidur lewat semalam sebab aku tengok cerita korea.Best sangat sampai terkeluar air mata aku tengok babak sedih”,Jawab Aireen.

TING!TING!TING!

“Perhatian! Kepada semua pelajar tingkatan 4 dan 5 ,anda dikehendaki berkumpul di dewan sekarang juga.Harap maklum!”

Cikgu Ida membuat pengumuman kepada semua murid tingkatan 4 dan tingkatan 5 supaya turun ke dewan kerana ada sesuatu untuk diberitahu.

“Baiklah, kamu semua sudah berada di dewan. Cikgu ada satu pengumuman untuk kamu semua.Memandangkan ada di antara kamu yang meminati K-pop, saya ingin mengumumkan sesuatu. Universiti Sains Malaysia akan menganjurkan pertandingan K-pop Dance pada 3 Januari 2014.Sesiapa yang berminat sila berjumpa dengan cikgu suzi untuk mengambil borang penyertaan.Kamu bolehlah pilih mana-mana cikgu untuk dijadikan mentor.Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tingkatan 4 dan tingkatan 5. Sekian terima kasih”

Setelah bersurai dari dewan,ramai murid yang beratur untuk mengambil borang penyertaan tersebut termasuklah Aireen dan empat sahabat baiknya Jihan,Farah,Amanda dan Najwa.Mereka mengambil kesempatan ini untuk menunjukkan bakat mereka.

“Petang nanti korang datanglah ke rumah saya.Ada sesuatu yang ingin saya tunjukkan pada kalian.”kata Amanda kepada empat orng sahabatnya itu.

Waktu petang telah tiba, Aireen bersiap siap Untuk ke rumah Amanda.

“Papa, boleh tak Aireen nak ke rumah Amanda untuk berbincang tentang pertandingan K-pop Dance?”,Tanya Aireen kepada papanya iaitu Encik Arman.”Boleh sayang..papa benarkan kamu pergi tetapi kamu pergi dengan mama ya sebab papa ada kerja ,ya sayang?”

“Thanks papa”

Mama Aireen pun menghantar Aireen ke rumah Amanda.Apabila sampai di rumah Amanda,Aireen menekan loceng yang terdapat pada pagar rumah Amanda.Lalu Amanda keluar dan menjemput Aireen masuk ke rumahnya.Aireen memasuki rumah banglo yang diduduki keluarga Amanda dan ternampak semua sahabatnya telah tiba ke rumah Amanda lebih awal daripadanya.

“Baiklah, tujuan saya menjemput korang semua datang adalah untuk membincangkan mengenai K-pop Dance.Menurut borang ini,kita mesti menghadiri uji bakat dahulu sebelum ke peringkat seterusnya dan saya telah mendapat maklumat bahawa pemenang tempat pertama akan mendapat pakej percutian ke Korea selama 7 hari dan 7 malam berserta wang tunai sebanyak RM 150 000.00.Jadi kita mestilah berlatih bersugguh-sungguh”,kata Amanda.

“Tetapi bagaimana kita nak berlatih?kita juga kekangan waktu untuk berlatih memandangkan kelas petang sudah bermula”,Tanya Aireen kepada Amanda.”Yang tu awak semua janganlah risau kerana kakak saudara saya iaitu kak wawa pandai mengajar tarian K-pop ni kerana dahulu dia seorang penari dan pernah memasuki pertandingan ini dan telah memenangi tempat pertama.Dan yang paling penting dia mempunyai tempat yang sesuai untuk kita berlatih,iaitu studio kepunyaannya.Berkaitan kekangan waktu itu ,saya telah berbincang dengannya dan dia sanggup untuk mengajar kita pada waktu malam dan hari minggu”,panjang lebar penjelasan Amanda kepada kawan-kawannya.

“Kami setuju dengan cadangan tersebut.Kami juga telah mendapat kebenaran daripada ibu bapa kami untuk menjalankan latihan tersebut”,Jawab sahabat-sahabatnya serentak.

“Baiklah.Kalau semua setuju kita jumpa di studio kakak saudara saya esok untuk berlatih ujibakat tu.Tempatnya akan saya beritahu kemudian”,Jawab Amanda.

Keesokan harinya,Aireen dan kawan-kawannya ke studio kakak saudara Amanda iaitu kak Wawa.

“Assalamualaikum semua,nama kakak adalah Wawa kamu semua boleh panggil saya kak Wawa”,kak wawa memperkenalkan dirinya kepada empat orang sahabat itu.

“Hari ini saya akan mengajar kamu semua tentang tarian k-pop untuk uji bakat itu.Saya akan membuka video contoh kumpulan-kumpulan artis K-pop di Korea.”

Kak wawa memulakan latihannya mengikut rentak k-pop girls generation.kak wawa melatih kumpulan itu dengan bersungguh-sungguh.

Setelah tamat latihan menari, kak Wawa memberitahu bahawa setiap kumpulan yang menyertai uji bakat tersebut wajib mempunyai nama kumpulan masing-masing.

Najwa mencadangkan nama kumpulan mereka iaitu Five girl.Semua sahabatnya bersetuju dengan rancangan Najwa itu.

“Tetapi apakah pakaian yang akan kita pakai masa hari ujibakat itu nanti kak Wawa?”,tanya Farah kepada kak Wawa.”Kakak mencadangkan agar kamu semua memakai baju T-shirt warna hitam dan kakak akan sediakan topi untuk ujibakat itu nanti”,selesai sesi latihan,mereka semua pulang dengan perasaan letih tetapi sangat gembira.

Hari ujibakat pun tiba. Mereka semua pergi ke ujibakat itu dengan Kak Wawa.Sewaktu dalam perjalanan ke Universiti Sains Malaysia mereka berasa amat bedebar dan sangat takut kerana itu kali pertama mereka menyertai pertandingan seperi itu.

Apabila tiba di Universiti tersebut,mereka menghntar borang penyertaan mereka ke meja pendaftaran.Nombor giliran mereka ialah nombor tujuh.Apabila tiba giliran mereka,mereka masuk dengan perasaan yang amat berdebar.

“Kamu semua harus bersungguh-sugguh jika hendak ke peringkat seterusnya.Kak Wawa yakin yang kamu semua boleh lakukan yang terbaik!Yakinlah!”,kak wawa menyokong kumpulan itu dengan gaya yang amat yakin.

Beberapa minit kemudian, nama kumpulan mereka dipanggil.

Dub-Dab!Dub-Dab!Dub-Dab!

Berdebar-debar hati mereka . Tibalah waktu mereka memberikan persembahan. Mereka menunjukkan persembahan dengan penuh keyakinan dan mempraktikkan segala gerak–geri yang diajar oleh Kak Wawa dengan yakin dan berhati-hati agar tidak tersalah langkah.

Setelah selesai melakukan persembahan.Tibalah waktu untuk para juri memberikan markah dan keputusan.

“Tarian anda sangat bagus dan menonjol. Saya rasa anda mampu untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang. Jadi kami sebulat kata telah berbincang bahawa anda layak untuk ke peringkat seterusnya.Tahniah!”,

komen para juri.

Kak Wawa menunggu mereka di ruang menunggu .Apabila selesai,mereka keluar dengan perasaan gembira kerana dapat melakukan persembahan dengan baik.

“Kak wawa kami berjaya ke peringkat seterusya!!”serentak kumpulan five girls itu menjerit dengan perasaan yang begitu teruja.

Selang seminggu kemudian..

Mereka tidak putus-putus berlatih di studio Kak Wawa untuk ke peringkat seterusnya.Tetapi mereka tidak melupakan pelajaran mereka dan impian mereka.Pelajaran lebih penting untuk mereka .Mereka berjaya membahagikan masa untuk belajar dan berlatih.

Hari pertandingan seterusnya telah tiba.Mereka mencabut undi untuk giliran mereka nanti.Mereka mendapat nombor 3 untuk melakukan persembahan. Kumpulan 2ne1 memulakan persembahan mereka dan diikuti oleh kumpulan T.G.T.

Semasa tiba giliran mereka,kumpulan Five girls berasa takut dan gementar.”Kita harus kalahkan mereka semua dengan habis-habisan.Saya yakin kita akan menang pada tahun ini .Baiklah semua!Semangat!!!!”,

kata Jihan kepada Aireen Farah,Amanda dan Najwa.

Seterusya diikuti dengan kumpulan kumpulan yang lain.

Tibalah acara yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta.Pengacara mengumumkan

siapa yang akan menang.

“Tempat ketiga jatuh kepada…T.G.T!!!Siapakah bakal menjadi juara tahun ini adakah 2ne1 atau Five Girls?saya akan mengumumkan juara pada tahun ini …Juara pada tahun ini jatuh kepada kumpulan..berikan tepukan yang gemuruh kepada Five Girls yang mendapat gelaran juara bagi pertandingan pada tahun ini dan tempat kedua dimiliki oleh 2ne1!!!”

Mereka berasa sangat gembira kerana mereka mendapat tempat pertama dalam pertandingan K-pop dance itu.Mereka mengambil gambar bersama-sama.Mereka sangat gembira kerana dapat pergi ke Korea bersama-sama mereka semua pun mengajak kak wawa sekali ke Korea kerana sudah melatih mereka dan menang dalam pertandingan.

Aireen berasa amat gembira dan menjerit Korea!!!MU TUNGGU AKU DATANG!!!!!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: