Certot

MISS GULA GULA

Hasil nukilan SYAZWINE 2 years agoFantasi 87

“Putri! Putri! panggil Puan Maria. Namun, tiada sahutan.

Puan Maria menjadi risau. Dia pergi bilik Putri. Apabila dia membuka pintu, alangkah terkejutnya Puan Maria apabila mendapati anaknya sedang makan gula-gila sambil mendengar muzik.

“Putri Alissa binti Ashraf!” panggil Puan Maria dengan tegasnya. 

“Opocot!” Putri terkejut sampai melatah. 

“Mama, janganlah bising sangat,” kata Putri dengan tenang.

Lalu Putri dihadiahkan cubitan ‘gigitan semut’ mamanya.

“Cepat bersiap,” arah Puan Maria.

“Nak pergi mana?” tanya Putri.

“Toy Ur Us,” kata Puan Maria pendek,

Jawapan Puan Maria membuatkan mulut Putri ternganga. Dia bukannya hendak membeli mainan, tetapi hendak membeli gula-gula ataupun coklat.

“Tak boleh beli gula-gula mahupun coklat,” kata Puan Maria.

“Ala… macam tahu-tahu je,” kata Putri.

Selepas bersiap, mereka pun pergi ke Toy Ur Us. Hari itu hari Sabtu. Jalan masuk ke Toy Ur Us agak sesak. Hampir setengah jam mereka tersangkut dalam kesesakan itu.

Apabila sudah dapat masuk ke tempat letak kereta, mereka menghadapi masalah mencari tempat letak kereta pula. Sudah lima kali mereka berpuding-pusing,

“Mama rasa kita kena tunggu sahajalah.” Puan Maria sudah berputus ASA.

Masa terbuang begitu sahaja. Tersangkut dalam kesesakan di luar kira-kira setengah jam. Berpusing-pusing mencari tempat letak kereta juga hampir setengah jam. Satu jam terbuang tanpa berbuat apa-apa. 

“Betul tu, mama. Kita tunggu di sini sahaja. Tunggu sekiranya ada orang keluar.” Putri bersetuju dengan cadangan mamanya. Dia juga sudah penat mencari petak kosong.

Kira-kira 10 minit menunggu, akhirnya mereka dapat tempat letak kereta. Betul-betul di tepi tempat mereka menunggu.

“Dapat pun,” kata Puan Maria.

Keadaan dalam pusat beli-belag itu agak padat. Maklumlah awal bulan. Di pusat beli-belah itu pun selalu diadakan jualan Mega.

“Mama hendak beli apa?” tanya Putri. Namun, pertanyaan itu tidak dijawab.

Selepas 25 minit mencari, Putri terjumpa kedai kegemarannya.

“Mama,” panggil Putri sambil membuat muka sedih.

“Ya,” sahut Puan Maria.

Mata Putri sudah bergenang air mata. Dia menahan air mata supaya tidak mengalir. Tetapi, usahanya tidak berjaya. Air matanya mengalir juga.

Puan Maria yang melihat berasa kasihan.

“Sayang,” panggil Puan Maria lembut.

“Ya,” jawab Putri sambil mengesat air matanya.

“Jomlah kita pergi, Miss Gula-Gula,” kata Puan Maria sambil menarik tangan Putri. Putri sudah tersengih seperti kerang busuk.


                                                               <TAMAT>

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: