Certot

Miss EXO!!

Hasil nukilan Sarah 2 years agoFantasi 83

Nur Lya Fatiha Binti Tengku Azam berumur 11 tahun. Dia peminat fanatik dekat EXO. Sebenarnya bukan EXO, tetapi D.O sahaja yang dia minat!

Pada perhimpunan pagi Isnin, Cikgu Jamilah Jamlon mengumumkan bahawa ada pertandingan membuat karangan yang terbaik akan mendapat percutian. Lya yakin percutian tersebut ke Korea! 

Di suatu pagi, Lya berjumpa dengan Sarah tentang Korea kerana Sarah pernah ke Korea tahun lalu. Semua maklumat tentang Korea Lya tulis dalam bukunya. Penuh satu buku tebal hanya pasal Korea.

Lya berusaha membuat karangan yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Lya diberitahu oleh Cikgu Jamilah Jamloon bahawa dia telah dimasukkan dalam top 3.

Pada bulan hadapannya, Cikgu Zatul Itra bersuara, “Diminta Puan Pauziah naik ke pentas untuk menyampaikan hadiah.”

“Tempat ketiga jatuh kepada Nurin Amira Rosly. Tempat kedua ialah Nadia Nur Danilyn! Dan tempat pertama jatuh kepada Nur Lya Fatiha! Dimintaketiga-tiga pelajar ini berdiri dihadapan. Hadiah nya ialah pensel sebatang, makan masakan emak, dan percutian selamanya di rumah sendiri! Sekian.”

Lya menjadi kaku dihadapan apabila mendengar hadiahnya hanya itu, tetapi dia tetap bangga kerana dapat nombor satu.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: