Certot

Miss Essay

Hasil nukilan Fatin Amisha 3 years agoFiksyen 56

“Nur Indah binti Ramzan!”

Indah tercekik apabila mendengar nama penuhnya disebut ketika dia sedang makan. Hidayah, rakan kepada Indah sejak kecil lagi, berlari-lari anak dan berhenti di hadapan Indah.

“Indah! Indah!” jerit Hidayah kepada Indah. Indah yang tercekik tadi, terus minum air sirap yang dibekalnya dari rumah pagi tadi.

“Ada berita ke?” tanya Indah.

“Macam tahu-tahu je. Cuba tengok nota ni yang baru sahaja ditampalkan oleh Cikgu Arifah.” Rupa Hidayah seperti orang yang teruja. Mereka meneliti nota itu.

“Yeayy! Inilah pertandingan yang saya tunggu-tunggu.” Indah teruja selepas melihat nota itu. Rupa-rupanya, ia adalah satu pengumuman untuk sesiapa yang berminat menyertai pertandingan menulis cerpen yang dianjurkan oleh PTS ONE.

Indah yang juga dikenali sebagai Miss Essay (Cik Karangan) sangat suka menulis. Sudah lama dia menunggu pertandingan itu.

“Itulah yang saya mahu tunjukkan tadi. Awak nak sertai tak? Kalau nak, layari website tunassuper. my/storymorie. Nanti awak isi pengenalan Indah dulu, lepas tu bolehlah tulis cerpen,” terang Hidayah.

“Amboi, terang dah macam seorang guru yang sedang mengajar, mestilah saya nak menyertainya. Saya pernah hantar sebuah cerpen tetapi tidak dipilih. Harap-harap cerpen kali ini dapat diterima,” balas Indah dengan penuh yakin.

Perbualan mereka berdua telah didengar oleh Cikgu Arifah. Cikgu Arifah pun menyampuk “Bagus. Pulang nanti buatlah cerpen dan hantarkannya segera sebab esok ialah tarikh tamat tempohnya,” kata Cikgu Arifah.

“Terima kasih, cikgu. InsyaAllah, harap-harap saya menang,” kata Indah.

                                                   ————————————————————————

Sampai sahaja di rumah pada pukul 4.00 petang, Indah terus membuka komputer ribanya lalu membuka website tunassuper.my storymorie. Dia pun terus membuat cerpen sebelum tempohnya tamat. Pukul 11.30 malam, cerpen Indah pun sudah siap.

Dia pun menutup komputer ribanya lalu berbaring di atas katilnya. Beberapa minit kemudian, dia pun tertidur.

                                                   —————————————————————————

Pada keesokan harinya,  Indah bangun lewat kerana tidur akhir malam tadi.  Dia pun pergi mandi dan bersiap dengan cepat.

Sampai sahaja di sekolah pada pukul 6.55 pagi, Indah bergegas ke kelasnya.  Ketika itu,  Hidayah muncul di hadapan kelas.

“Indah,  lewatnya awak datang. Selalunya awal. Kenapa?” tanya Hidayah.

“Tidur akhir malam tadi sebab buat cerpen. Cuma mahu tunggu keputusan diumumkan lagi,” terang Indah.

                                                               ———————————————————-

“Hari ini, cikgu akan mengumumkan pemenangnya.” Hati Indah berdebar-debar ingin tahu siapa pemenangnya.

“30 orang telah mengantar cerpen dan cuma 3 orang sahaja yang menang. Dan ini saya menjemput guru besar kita untuk menyampaikan wang tunai atau hadiah kepada pemenang kita. Tempat ketiga telah dimenangi oleh Nur Aisyah. Tempat kedua telah dimenangi oleh Dayang Nur Aisya. Dan tempat pertama dimenangi oleh….” 

Indah begitu cemas apabila tiba masanya mengumumkan tempat pertama.

“Tempat pertama telah dimenangi oleh Nur Indah binti Ramzan.” 

Seluruh pelajar yang berada di dewan itu bertepuk tangan. Indah yang terkejut lalu pergi menuju ke atas pentas.

Sebaik sahaja menerima hadiah, Indah dikelilingi oleh ramai pelajar.

Tiba-tiba, seorang pemuda memanggil namanya. “Tahniah, cerpen adik sangat bagus dan ia akan menjadi sebuah buku tidak lama lagi,” katanya. Indah gembira dengan kata-katanya itu. 





 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: