Certot

Miss Bola Sepak

Hasil nukilan SYAZWINE 2 years agoFantasi 20

Syahira seorang murid yang ganas dan pintar. Dia merupakan murid perempuan yang berlainan. Dia mempunyai satu minat yang mengejutkan. Dia suka bermain bola sepak! Pelbagai cara telah dibuat supaya Syahira berhenti bermain bola sepak tetapi tidak berjaya. 

Pada suatu hari, dia pergi ke padang untuk bermain bola sepak seperti biasa. Haikal, kawan Syahira menyuruh Syahira menjadi pengadil. Tapi dihalang keras olehnya. 

“Eh, aku nak jadi striker,” kata Syahira. 

Mereka tidak boleh berbuat apa kerana Syahira mungkin akan mengacau mereka bermain jikalau tidak memberinya menjadi striker. Permainan bermula dengan baik sekali. 

Permainan diakhiri dengan markah 3-1. Pasukan Syahira menang mengalahkan pasukan Haikal. 

“Pandai juga kau main bola sepak,” kata Haikal memuji. 

“Biasalah,” Syahira memuji diri sendiri. 

Syahira pulang dengan pakaiannya dibasahi dengan peluh. Sampai sahaja di depan pintu, ibunya berdiri sambil bercekak pinggang. 

“Kamu pergi mana? Kata belajar dekat rumah Izzati. Apalah nak jadi dengan kamu ni Syahira? Kamu nak jadi budak lelaki? Lepas ini jangan harap nak main bola sepak ke tengok bola sepak. Mama tak bagi,” kata Puan Aida. 

Syahira tidak diberi bercakap walau sepatah pun. Keesokan harinya, cikgu Izwan menelefon ayah Syahira. Cikgu Izwan ialah jurulatih bola sepak di sekolah Syahira. 

“Syahira,” panggil Encik Azlan. 

“Ya, papa,” sahut Syahira. 

“Cikgu telefon. Dia kata dia nak adik masuk pasukan bola sepak sekolah,” kata Encik Azlan. 

“Betulkah? Yeah!” kata Syahira sambil tersenyum. 

“Syahira boleh main tapi jangan lupakan pelajaran pula,” pesan Encik Azlan. 

Malam itu, Syahira tidak boleh tidur. Dia berasa tidak sabar. 

“Tak sangka aku akan bermain bola sepak secara terbuka. Selama ini aku sembunyikan daripada ibu bapaku. Sekarang secara terbuka,” kata Syahira tidak percaya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: