Certot

Miss Bella vs Miss Cella

Hasil nukilan Princess Arabella2 years agoFiksyen 3

Bella ataupun nama sebenarnya Puteri Arabella Natasha bangun dari duduknya. 

“Mama, Bella dah habis sarapan. Cepatlah hantar Bella pergi sekolah.” Bella mencapai begnya dari sofa mahalnya. Kemudian berlari ke kereta ibunya. 

Sejurus sampai ke sekolah, Bella terserempak dengan Cella, musuhnya sejak darjah satu. Bella sengaja merempuh Cella.

 “Hei, butakah?” Cella berkerut muka mahu melihat siapa yang melanggarnya. Siapa berani melanggar Nurcella Zarina Dato’ Stephen Muhammad? Tentu Puteri Arabella Natasha Raja Azri Syazwan sahaja yang berani.

“Puteri Arabella Natasha Raja Azri Syazwan. Your Majesty Princess Arabella Natasha.” Bella sengaja menekankan bahawa dia berketurunan diraja Brunei. Mahu berlagak dengan Cella yang hanya anak Dato’.

“Hish… memang menyibuklah tuanku ini. Patik tidak peduli sama ada tuanku ini puteri kepada raja sesiapa pun. Mereka juga tidak peduli!” Cella mengherdik Bella dengan wajah selamba. Tanpa mengira detik berlalu atau tidak, Cella pergi bersahaja.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: