Certot

Miss ‘BIEBER’

Hasil nukilan onefarha 2 years agoFantasi 16

             

Lagu Justin Bieber kedengaran di telefon Nabila yang lebih selesa dikenali sebagai Bella. Itu menandakan loceng yang dipasang di telefon bimbitnya bagi mengejut dirinya untuk bersiap pergi sekolah. Bella merupakan seorang pelajar tingkatan satu yang bersekolah di Sekolah Menengah Melati Mekar.

“Mama!” teriak Bella dari dalam biliknya.

“Apa kena dengan kamu, Bella? Pagi-pagi lagi sudah menjerit,” kata Puan Maria. Puan Maria merupakan seorang wanita yang bekerja sebagai CEO di sebuah syarikat. Beliau juga seorang yang peramah dan murah hati.

“Baju sekolah Bella sudah digosok?” tanya Bella.

“Sudah, pergi mandi,” kata Puan Maria.

Bella akur dengan kata ibunya. Seperti biasa, Bella akan menyanyi lagu Justin Bieber kegemarannya yang betajuk Love Yourself semasa mandi.

Selepas 20 minit bersiap….

“Mama, van sudah sampai. Saya pergi dahulu,” kata Bella kepada ibunya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Baiklah, jaga diri baik-baik di sekolah nanti. Belajar elok-elok,” pesan Puan Maria kepada Bella.

Selesai bersalam, Bella pergi menaiki van sekolah yang sudah berhenti di hadapan rumahnya bagi menghantar dirinya ke sekolah. Seperti biasa, Bella menaiki bas bersama-sama rakan karibnya, Mardhiah atau lebih dikenali sebagai Mar.

Semasa dalam perjalanan ke sekolah, Bella dan Mar berborak-borak tentang gosip kini yang melanda sekolahnya .

 

“Bel, kamu kenal kan dengan atlet sekolah kita yang digilai para pelajar perempuan sekolah kita? Dia amat terkenal sejak akhir-akhir ini,” tanya Mar.

“Sudah tentulah saya kenal. Dia sentiasa terpapar di muka depan buletin sekolah kita. Mustahil jika sesiapa tidak mengenalinya. Namanya Syamir bukan?” kata Bella.

“Ya, betul! Pandai juga kamu meneka, ya. Dia sangat kacak bukan?” tanya Mar lagi.

“Bagi saya, dia tidaklah kacak mana. Justin Bieber saya lagi kacak, kata Bella sambil menyanyi lagu idola pujaannya itu.

Mar ketawa terbahak bahak. Tanpa disedari, semua orang di dalam bas melihat telatah mereka berdua. Pipi Mar tiba-tiba merona merah. Selepas lima minit, mereka tiba di hadapan pintu pagar. Bella melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 7.26 pagi.

“Alamak! Lagi empat minit sebelum perhimpunan bermula,” kata Bella kepada Mar. Maklumlah hari Ahad.

Mereka berdua tersedar daripada lamunan lalu berlari ke kelas bagi meletakkan beg sekolah mereka dan turun di tapak perhimpunan bagi memulakan perhimpunan pagi.

*****

“Fuh, nasib baik sempat sebelum lambat dan didenda,” kata Mar kepada rakan karibnya itu, Bella.

Percubaan… percubaan… satu… dua… tiga….

Kedengaran pengerusi majlis mula berucap. Itu menandakan yang perhimpunan sudah bermula. Selepas pengerusi majlis berucap,  mereka dikehendaki berdiri menghadap tiang bendera bagi memulakan acara nyanyian lagu Negaraku. Selang beberapa minit selepas menyanyi, kini engetua pula berucap di hadapan.

“Selamat pagi, murid murin sekalian. Hari ini, saya mahu melaporkan berita yang amat gembira kepada kamu semua. Pada 6 Mac ini, kami membuat keputusan untuk mengadakan pertandingan menyanyi. Kamu semua boleh menyanyi lagu K-Pop, lagu yang diminati, dan apa-apa sahaja. Hadiahnya amat lumayan. Tempat pertama akan diberikan tiket bagi menghadiri konsert idola pujaan masing-masing. Dan yang paling penting, penyertaan dapat disertai dengan berpasangan atau individu. Program ini diadakan supaya dapat mengasah bidang kamu semua di dalam bidang nyanyian. Baiklah, itu sahaja. Sekian, terima kasih,” ucap Pengetua.

Bagai terlopong pelajar di perhimpunan itu mendengar apa yang diberitahu oleh guru besar sebentar tadi. Riuh-rendah tapak perhimpunan itu buat seketika. Guru disiplin Sekolah Menengah Melati, Encik Zariman yang garang itu menunjukkan silent signal atau dikenali sebagai isyarat senyap. Lantas seluruh pelajar di situ senyap tanpa berkata sepatah perkataan.

Maka, tibalah guru bertugas, guru kaunseling, dan penolong kanan berucap bagi menyampaikan laporan masing masing. Setelah 30 minit berlalu, perhimpunan telah tamat. Mar dan Bella mengorak langkah ke kelas sambil berbicang.

“Oh my God! Saya bagai tidak percaya mendengar apa yang dikatakan oleh pengetua tadi. Ayuh sertai pertandingan itu. Apa kata kita menyanyi berpasangan. Jika awak sudi, awak boleh bermain gitar , saya pula akan menyanyi. Maklumlah awak mahir dari segi bermain alat muzik,” kata Bel.

“Boleh sahaja, saya juga tiada masalah. Kita boleh menyanyikan lagu kegemaran awak yang bertajuk Love Yourself itu. Tentu persembahan kita akan mantap,” kata Mar.

Bella dan Mar berlatih bersungguh-sungguh bagi menyertai pertandingan itu dan memenangi tiket ke konsert idola masing-masing. Mereka sudah tidak sabar.

*****

 

Seminggu berlalu, mereka sudah bersiap sedia bagi menyertai pertandingan yang akan berlangsung esok. Mereka juga sentiasa menjaga kesihatan bagi tidak tersilap langkah pemakanan untuk menjaga suara yang akan digunakan.

“Selamat pagi pelajar sekalian. Seperti yang telah dimaklumkan, hari ini adalah hari pertandingan yang mungkin bermakna buat kamu semua. Tanpa berlengah lagi, ayuh kita mulakan!” ucap pengerusi majlis.

Jantung mereka berdegup pantas kerana berdebar akan persembahan mereka. Mereka merupakan pelajar yang keempat membuat persembahan.

“Mar, saya sudah berpeluh-peluhlah. Saya berasa amat berdebar. Sekarang sudah peserta yang ketiga. Kita akan membuat persembahan selepas ini,”  kata Bella.

“Tidak mengpa, saya sudah pasti kita akan berjaya nanti. Relakslah,” balas Mar.

Kini, masa yang ditunggu-sudah tiba. Giliran mereka berdua pula membuat persembahan.

Sebaik sahaja gitar dipetik, semua pelajar di dewan senyap kerana amat kagum dengan persembahan mereka. Setelah persembahan selesai, para pelajar memberi tepukan yang amat gemuruh. Guru-guru juga memberi tepukan yang gemuruh.

*****

Semua peserta sudah selesai membuat persebahan. Akhirnya, keputusan sudah berada di tangan Pengetua.

“Saya akan mengumumkan tempat ketiga dahulu,” kata Pengetua

Dum! Dum! Dum!

“Tempat ketiga jatuh kepada Amira dan Adriena,” umum Pengetua dengan bersemangat.

“Dalam rancangan yang biasa disiarkan di kaca televisyen, mereka biasanya mengumumkan tempat pertama selepas tempat ketiga. Baiklah. Tiba masanya kalian mengetahui juara pertandingan ini. Saya ulangi, tempat pertama akan membawa pulang tiket idola mereka masing-masing.

Tempat pertama jatuh kepada Mardhiah dan Nabila. Tahniah kepada pemenang. Dan tempat kedua jatuh kepada Amirul dan Zack,” kata pengetua.

Mar dan Bella melompat dan bersorak gembira.

Para pemenang dijemput ke pentas untuk mengambil gambar.

“Alhamdulillah,  saya amat bersyukur kerana kita mendapat tempat pertama. Saya sudah tidak sabar mahu pergi ke konsert Justin Bieber,” kata Bella kepada Mar.

“Saya juga begitu. Kita sudah berjaya,” kata Mar.

Mereka amat gembira kerana mendapat tempat pertama. Mereka juga bersyukur kena penat lelah mereka selama ini tidak sia sia.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: