Certot

Aliyah Natasha

Hasil nukilan Hylda about 3 years agoSukan 30

Aku seorang gadis bertubuh besar. Namaku Aliyah Natasha. Oleh kerana tubuhku yang besar, tiada siapa mahu berkawan denganku. 

Pada bulan ini, sekolahku bakal mengadakan pelbagai aktiviti sukan. Aku tidak suka bersukan. Benci! Benci! Benci!

Kerana aku tidak mahu dimalukan, aku membuat rancangan untuk mensabotaj tong air yang disediakan sewaktu acara merentas desa. Aku ingin meletakkan julap ke dalam tong air supaya mereka sakit perut dan tidak dapat berlari dengan pantas.

Hari ini adalah hari yang aku tunggu. Aku bakal melaksanakan misi mensabotaj tong air.

Aku datang ke sekolah  satu jam lebih awal daripada selalu. Aku melangkah dengan cermat untuk masuk ke bilik kecil di belakang kantin. Aku mengeluarkan julap dari beg dengan penuh berhati-hati. 

Aku memasukkan julap ke dalam tong air yang ada disitu. 

Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. Guru besar merasmikan acara merentas desa. Hon baru sahaja dibunyikan. Para pelajar berlari dengan penuh bersemangat.

Aku sudah jauh ketinggalan di belakang. Di stesen tong air, ramai yang berhenti minum di situ. Aku tidak menghiraukan tong air dan terus berlari. 

Tidak lama kemudian, ramai yang sudah sakit perut dan berhenti di tandas berdekatan. 

Aku menjadi antara pelajar yang terawal sampai di sekolah. Selepas semua pelajar sampai, kami diarahkan masuk ke dewan.

Guru besar menyampaikan pingat pada para pelajar yang mendapat tempat pertama hingga ke-10. Aku mendapat pingat tempat keempat dalam kategori perempuan tahun enam. Aku berasa sungguh gembira.

Namun, kegembiraanku tidak lama. Sebaik sahaja habis penyampaian hadiah, guru bertugas memberitahu yang mereka akan menyiasat siapa yang mensabotaj tong air.

Aku sudah mula kecut perut. Aku berasa sangat menyesal. Tetapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. 

Guru bertugas sudah mendapat tahu yang aku mensabotaj tong air itu. Ibu bapaku dipanggil oleh guru besar. Aku digantung sekolah selama seminggu. Ibu bapaku sangat marah padaku.

Ingat ya kawan kawan, jangan menipu. Menipu boleh membawa padah.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: