Certot

MISI HERO SEBENAR

Hasil nukilan ShaikAhmad Sufyan2 years agoSuperhero 13

Pagi yang indah, burung bertebangan di sekitar asrama, murid-murid berseronok di dalam bilik, tetapi tidak untuk murid ini, yang selalu dibuli dan diugut oleh abang-abangnya.

Qalif, itulah nama diberi oleh ibu ayahnya. Tetapi, hidup remaja 16 tahun ini tidak senang kerana selalu dibuli oleh tiga orang remaja setahun lebih tua darinya. Remaja yang bernama Remy dianggap sebagai ketua kumpulan. Remaja kedua ialah Johari yang pernah menjadi mangsa Remy. Remaja yang ketiga bertubuh besar yang bernama Harith. Mereka bertiga digelar Samseng Senang Makan atau nama singkatannya SSM.

Suatu hari, semasa Qalif dan rakan-rakannya berjalan di sekitar pusat beli-belah, satu letupan sudah berlaku daripada satu kumpulan penjahat yang ada lima     orang di dalamnya. Qalif sungguh terkejut kerana mereka mahu menangkap rakan-rakannya dengan jaring yang besar. Tiba-tiba,a da bunyi seperti api roket yang sedang mendarat. Qalif tergamam kerana di depannya ada lelaki dengan tubuh yang sasa, tegap, serta berpakaian seperti sut besi dan helmet. 

Ketua kumpulan penjahat itu menjerit dengan nada yang sangat tinggi, “Siapa kau!”sambil menunjuk ke arah lelaki itu. 

Lelaki itu menjawab, “Aku adalah Hero.” 

Seorang lelaki dari kumpulan penjahat yang memegang parang menuju ke Hero. Hero dengan senangnya mengelak, tetapi lelaki berparang itu terus melibas parangnya kepada Qalif. Qalif tidak dapat membuat apa-apa. Hero pula sedang melepaskan rakan-rakan Qalif. Qalif Cuma bertenang dan beristighfar dan terus menumbuk penjahat itu di perutnya. Ternyata tumbukan Qalif tidak sia-sia, tersembur darah penjahat itu dan terjatuh ke tanah. 

Ketua kumpulan itu terkejut dan terus melarikan diri dengan memapah kawannya yang ditumbuk itu. Hero cuba menangkap penjahat itu, tetapi tidak berjaya.P enjahat itu melarikan diri dengan jet yang mereka buat sendiri.

*****

Petang itu, di bilik, Qalif melihat tangannya yang menumbuk penjahat itu. Tiba-tiba, bunyi api roket sekali lagi kedengaran di telinga Qalif. Qalif pergi ke bumbung. Ternyata betul sangkaan Qalif, Hero datang. 

Qalif berkata kepada Hero, “Assalamualaikum.” 

Hero terus menjawab, “Waalaikumsalam.” 

Hero berkata, “Aku tau kau berasa aneh kerana dapat menumbuk penjahat tadi, bukan?” 

Qalif menjawab, “Ya.” 

“Sebenarnya kau adalah orang yang bertenaga kuat atau diikenali sebagai orang yang bertenaga hijau,” Hero berbicara.

Qalif bertanya lagi, “Tenaga hijau?”

Hero berkata kepada Qalif, “Sebenarnya kau pernah dilanggar oleh bas.” 

“Apa!” Qalif terkejut dengan kata-kata Hero.

“Ya. Takkan kau tidak sedar pada waktu itu?” tanya Hero.

“Saya tidak sedar langsung,” jawab Qalif. “Jadi sekarang apa yang Hero nak daripada saya?” jawab Hero. 

“Aku nak kau berjaga-jaga bermula sekarang kerana kau dikehendaki oleh kumpulan Libas.”

“Baiklah,” balas Qalif.

“Kalau begitu, selamat tinggal.”

Dengan laju roket Hero terus pergi dari bumbung bilik asrama itu.

*****

Esoknya, hari cuti untuk semua murid. Masa cuti mereka kadang-kadang tidak digelar cuti kerana ada sahaja perkara mereka mahu buat. Tuisyen semestinya ada dan Qalif sertainya juga. Selepas tuisyen mereka pergi ke kantin. Qalif membeli bihun goreng. Dalam pejalanan ke meja makan, Qalif terlanggar Remy.

Remy menjerit, “Tidak nampak ke aku tengah jalan!” 

Qalif memandang ke arah Remy. Bihun yang dibeli oleh Qalif terjatuh di lantai. 

Johari ketawa. ”Padan muka kau.” 

Remy menyuruh Harith menangkap Qalif. Belum sempat Harith membuat demikian, tumbukan Qalif sudah melayang ke muka Harith. Harith jatuh ke tanah dengan hentakan yang kuat. Seterusnya, Johari mengambil pinggan dan membaling ke arah Qalif dengan menggunakan seluruh tenaganya. 

Qalif hanya tenang, mengelak pinggan itu dengan mudah dan terus menyepak perut Johari. Remy tidak duduk diam dan terus melibas raket badminton yang dibawanya, tetapi dengan mudah Qalif menahan raket tersebut dan terus membuat tumbukan yang perlahan bagi Qalif, tetapi kuat bagi mangsanya. Remy terus terpelanting ke tanah di atas kawannya Harith.Johari yang tidak cedera sangat mengangkat Remy dan terus memapahnya.

Harith tidak dibawanya, tetapi Qalif mengheretnya ke bilik kesihatan. Harith yang sedar tidak sedar itu terkejut kerana Qalif yang selalu dibulinya, menolong dia yang sedang cedera. 

Qalif berkata, “Aku tau kau terkejut, tetapi maaflah sebab aku pukul muka kau.”

Harith sekadar menjawab, “Tiada apa-apalah, terima kasih. 

“Sama-sama,” jawab Qalif.

 

Malam itu, Qalif pergi ke bumbung. Hero terus datang ke Qalif. “Assalamualaikum.”

Qalif menjawab, “Waalaikumsalam. Kenapa Hero seperti ini?”

“Aku sengaja kerana aku mahu kau tahu aku akan menjaga kau.” 

“Kenapa pula?” tanya Qalif. 

“Sebenarnya aku tahu kau anak yatim.”.

”Tetapi kenapa Hero tidak kata saya anak yatim piatu?” 

Hero terus tukar topik. “Aku nak kau tahu yang sebenarnya tenaga hijau itu akan menjadikan kau Hero juga. Kau pun ada misi.”

“Wow, misi tempurkah?”

Hero tertawa dengan perlahan kerana kata-kata Qalif itu. “Bukan misi tempur, tetapi misi dakwah. Itulah misi hero sebenar.”

“Jadi Hero nak buat apa esok?” Qalif bertanya kepada Hero.” 

“Rasanya esok kemungkinan penjahat Libas tu akan datang ke sekolah kau.”

“Dia mahu mencari saya, bukan?” sangka Qalif. 

“Ya,” jawab Hero. 

“itu hanya kemungkinan kerana ada letupan tadi di pusat bandar.”

“Okeylah, saya nak masuk kerana esok ada tuisyen. Jumpa lagi.” Tidak sempat Qalif mahu memberi salam, Hero sudah pecut dengan roketnya. Qalif masuk sahaja di dalam bilik dan memikir mengapa Hero tahu yang dia anak yatim.

*****

zkumpulan Libas memang tiba di sekolah Qalif. Qalif terkejut kerana letupan daripada kumpulan Libas itu sangat kuat dan muncullah lima orang. Orang pertama, berbadan besar lebih daripada yang disangkakan. Orang kedua, berparang sepeti yang baru diasah. Orang ketiga, membawa meriam tangan yang sangat panjang. Orang keempat, bertangan merah. Orang yang kelima tidak membawa apa-apa kerana dialah kapten. Mereka semua memakai helmet. 

Qalif terkejut kerana yang membawa meriam itu menghalakan meriamnya ke arah Remy. Remy menangis kerana takut, belum sempat si meriam menembak Remy,Q alif membuat tumbukan dulu.

“Pergi!” jerit Qalif.

“Kau rupa-rupanya. Kau akan berdarah lebih daripada apa yang kau buat kepada aku dahulu,” kata si berparang.

Si meriam tidak menunggu masa, terus menembak Qalif, tetapi Qalif sempat mengelak dan terus menghalakan meriam itu tepat ke badan Si besar. Apabila Si besar tumbang angkara tembakan meriam itu, Qalif terus menyepak muka Si meriam. Si meriam jatuh ke tanah. Si tangan merah tidak duduk diam, terus melayangkan tumbukan ke perut Qalif, tetapi Qalif menahan tumbukan tersebut dan terus membuat tumbukan di kepala Si bertangan merah. 

Si parang terus melibas parangnya dengan kuat tetapi malang tidak berbau kerana Qalif menahan libasan parang itu dengan badan Si bertangan merah. Si bertangan merah terus meninggal dengan libasan parang tersebut. Si meriam baru bangun dan terus menghalakan meriamnya ke kepala Qalif, tetapi sekali lagi dia tersasar dengan tumbukan Qalif di tangannya. Peluru meriam tersebut tersasar dan terus kena badan Si parang. SI meriam menyepak Qalif dan terus bangun. 

Si meriam sekali lagi membuat tembakan meriamnya. Masa itu,Qalif tidak dapat mengelak. Peluru meriam itu memang tepat ke badan Qalif, tetapi ditahan oleh Hero yang datang tepat pada masanya. Hero tidak menunggu lama, terus menembak dengan pistolnya ke arah Si meriam dan meriam akhirnya jatuh tersungkur. 

“Sekarang,masa yang ditunggu sudah tiba,” Kapten Libas bersuara.

Hero dengan roketnya terus menuju ke arah Kapten Libas, tetapi Kapten Libas tidak seperti yang disangkakan oleh Hero. Kapten Libas hanya membuat satu gerakan mudah ke atas Hero dan Hero terpelanting. Qalif tidak menunggu masa, mengambil parang milik Si parang dan terus melibas kearah Kapten Libas. Kapten Libas cuba melawan, tetapi dia salah orang.

Qalif menggunakan kekuatan akalnya, menyepak perut Kapten Libas dan terus membaling parangnya tepat ke arah Kapten Libas. Kapten Libas hanya terkejut dan membiarkan dirinya tertusuk oleh parang tersebut, tetapi Qalif memegang pemegang parang itu dan membuangnya.

Kapten Libas bertanya, “Mengapa kau tak bunuh aku?” 

Qalif menjawab, “Aku tak mahu kau mati bukan dalam Islam.”

“Jadi apa kau mahu aku buat?” 

Qalif bertanya, “Apa nama kau?”

“Nama aku Joshua.”

*****

Seminggu kemudian, Qalif telah berkawan baik oleh Joshua. Joshua juga sudah masuk Islam. Sekali lagi, Hero datang memanggil Qalif. 

Mereka bersembang dan Hero berkata, “Nampaknya kau sudah banyak kali buat misi hero sebenar.”

“Ya, abang Hero sekarang buat apa?” 

Hero menjawab, “Aku sekadar meronda sahaja.” 

Mereka rancak berborak sehingga waktu zohor sudah masuk.

“Okeylah abang Hero,saya mahu solat dahulu.” 

“Ya, aku pun mahu pergi sekarang. Selamat tinggal.” 

Selepas memberi salam, Hero terus memecut. 

Qalif dengan tiba-tiba menjerit, “Inilah penamat yang gembira!”


p/s: Hero adalah ayah Qalif.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: