Certot

Misi Butik Yarsha

Hasil nukilan Nur Aleeya MKNS 2 years agoFiksyen 6

Aku Puteri Yarsha binti Raja Syafizal, berumur 19 tahun dan berketurunan diraja. Ayahanda dan bondaku, Raja Syafizal dan Pemaisuri Syarina merupakan pemerintah Negara Pasir Sebutir. Aku mempunyai adik perempuan yang bernama Puteri Yursha binti Raja Syafizal. Aku tinggal di sebuah Istana yang begitu besar sekali. Aku tidak biasa hidup mewah sebegini. Aku pula bagai dipinggirkan. Aku hanya ada dayang sebagai temanku. Kadangkala aku terfikir, adakah ini sebahagian cabaran untukku?

  Esok 17 September, merupakan hari lahirku. Aku selalu mendapat anak patung beruang kecil dari keluargaku sebagai hadiah hari lahirku. Manakala adikku selalu mendapat anak patung beruang yang besar sekali. Aku sedih, aku begitu sedih. Aku tidak tahu apa yang aku dapat untuk hadiah hari lahirku. Hanya Tuhan yang tahu keperitan hatiku. Aku di sini keseorangan, tiada teman untuk diriku. Aku bagaikan anak angkat. Aku selalu duduk di bilik daripada duduk di ruang tamu yang besar itu. Di bilik ini, aku lebih selesa kerana tidak kongsikan bilik ini bersama adikku. Bilik aku luas sekali untuk aku berehat. Jarang aku duduk bersama keluargaku.

  Sewaktu kecil, aku begitu rapat dengan ayahanda dan bondaku sebelum adikku lahir di muka bumi ini. Ibuku begitu gembira dengan adanya adikku ini. Aku duduk kesepian pada setiap hari. Tiada teman ataupun kawan. Adikku lebih bijak dariku. Disebabkan itu aku terus dipinggirkan keluargaku.

*****

  Hari ini, 17 September merupakan hari lahirku. Begitu sunyi sepi ketika aku pergi ke ruang tamu. Hanya dayang-dayang yang berada di situ. Aku mula bertanya kepada dayang.

  “Dayang, di mana ahli keluarga saya?”

  “Mereka pergi berjalan-jalan, Tuan Puteri.”

  Mendengar kata itu pantas aku berlari ke bilikku lalu menguncinya. Aku sedih apabila dayang berkata yang mereka keluar berjalan bersama tanpa aku di sisi.

  “Siapa aku ini, anak angkatkah? Aku kesepian.”

  Air mataku sudah membasahi pipi. Tidak mampu menahan keperitan hati ini. Pantas aku mencapai kot labuh berbulu dan cermin mata hitam untuk menyembunyikan pakaian ini. Aku membuka pintu dengan perlahan, memastikan dayang tidak tahu aku sedang curi-curi keluar. Aku terus ke ruang tamu, dan mencapai pintu. Dengan perlahan aku membuka pintu. Aku terus keluar dari istana dan pintu ditutup dengan perlahan.

  Aku langsung tidak tahu di mana tempat yang sesuai untuk aku berlindung. Aku terjumpa sebuah kedai lama dan terbiar. Terdapat sofa, langsir, dan karpet yang masih elok di dalam kedai itu. Aku mendapat idea untuk mengemas kedai lama itu.

  “Dengan duit sebanyak 10,000 ringgit ini, aku dapat membuat sebuah butik sendiri agar setelah kedai butik ini popular, ayahanda dan bonda bolehlah mencari aku.”

  Lalu aku pergi ke setiap kedai untuk mencari perabot dan alat jahitan. Aku berharap dengan duit 10,000 ringgit ini mencukupi.

  Setelah mendapat barangan yang dipinta, aku memulakan kerja mengemas, mengecat, dan menyusun. Aku mencapai surat khabar dan mengalasnya di lantai. Kemudian, aku mencapai cat bewarna hijau dan ungu itu, lalu menuangkannya ke dalam bekas yang berlainan. Aku mengecatnya dengan perasan riang gembira. Aku tidak kisah jika bajuku comot disebabkan cat tumpah merata-rata. Setelah cat mulai kering, aku mencapai alat hampagas untuk membersihkan segala kotoran. Segala perabot dicapai dan disusun dengan kemas. Walaupun berat aku masih lagi mampu membuat kerja ini sendiri tanpa bantuan orang lain. Aku terfikir apa nama yang sesuai untuk diberikan kepada butik ini. Pelbagai nama diberi, akhirnya hanya menggunakan nama sendiri. Butik Yarsha akhirnya diberi nama.

  Selama tujuh jam aku baik pulihkan kedai terbiar ini bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 5.00 petang. Segala elektrik dan air juga telah dihidupkan. Di butik ini aku dapatlah berehat buat sementara waktu sehingga ayahanda dan bonda menjumpai aku.

*****

  “Assalammualaikum.”

  “Waalaikumsalam, Tuanku.”

  “Mana Yarsha? Beta ingin memberinya hadiah hari jadinya.”

  Dayang terus pergi ke biliknya, Yarsha tiada di situ. Hanya sepucuk surat di atas mejanya. Dayang turun dengan targesa-gesa lalu diberinya surat itu kepada Tuanku.

Kehadapan Ayahanda, Bonda dan Yursha,

  Bila ayahanda, bonda,dan Yursha membaca surat ini, Yarsha sudah larikan diri. Hari ini hari lahir Yarsha, tetapi semua keluar berjalan tanpa Yarsha. Yarsha rasa bagaikan Yarsha ini anak angkat, betulkah? Yursha selama ini lebih disayangi. Yarsha pula bagaikan sebatang kara. Yarsha tidak mahu hidup sebegini lagi. Kalau saya anak kandung Pemaisuri Syarina dan Raja Syafizal, carilah saya.

  Yarsha.

  “Dayang hidupkan kereta saya. Rina dan Yursha bersiap, kita pergi mencari Yarsha.”

  “Mengapa perlu susah-susah cari Yarsha? Biarkan sahajalah.”

  Pipi Yursha ditampar oleh ayahandanya. Tidak disangka Yursha, gadis yang berumur 18 tahun ini begitu biadap dengannya. Ibunya pula hanya menahan sabar dengan tingkah laku anaknya. Yursha pantas meluru ke kereta. Tidak mahu menatap muka ayahandanya. Enjin kereta dihidupkan, dan ayahanda membawa kereta itu dengan penuh keperitan.

*****

  “Alhamdulillah, butik ini sudah siap. Baju kurung, jubah dan tudung juga sudah siap dijahit.”

  Aku pantas membuka komputer dan mencipta sebuah poster untuk butik aku menjadi popular. Setelah siap poster itu, aku menampalnya di setiap lorong kedai itu. Aku menunggu, dan menunggu tetapi tiada siapa datang.

  “Mana pelanggan?”

  Hampir satu jam menunggu, akhirnya tiba seorang pelanggan wanita. Seperti biasa untuk menyorokkan identitiku, memakai jubah yang dijahit sendiri dan cermin mata biasa.

  “Hai, selamat datang ke Butik Yarsha. Akak mahu beli apa?

  “Ada jubah apa, ya?”

  “Macam-macam ada. Mari kita lihat.”

  Sambil aku membawanya, perasaan aku gembira disebabkan ada pelanggan yang mahu membeli pakaian yang aku cipta sendiri.

  “Jubah ini ada saiz xs tidak?”

  “Alhamdullilah ada.”

  Aku mencari jubah yang bersaiz xs itu. Aku mengambil jubah itu dan menyerahkannya kepada pelanggan itu.

  “Boleh saya cuba?”

  “Silakan.”

  Aku memberinya mencuba jubah itu. Melihat dia tampil keluar dengan jubah aku, perasaan aku begitu gembira. Bagi aku tidak sia-sia usaha aku ini.

  “Cantik, berapa harganya?”

  “Hanya 40 ringgit sahaja. Saya jual ikhlas.”

  Aku tidak mahu menjual begitu mahal. Dengan niat ikhlas ini aku hanya menjual dengan murah sahaja. Pelanggan itu terus ke kaunter pembayaran. Dihulurnya duit 40 ringgit itu, lalu diucap terima kasih olehnya. Aku gembira bagai mahu melompat ke atas bumbung istana.

  Sudah sehari berlalu, kejayaanku bagaikan tidak sia-sia. Aku mula terfikir sebentar,

  “Bila ayahanda, bonda, dan Yursha menjumpai aku?”

  Perasaan kesal bermain di fikiran. Aku hanya membiarkan perkara itu dan melayan pelangganku dengan mesra sekali. Dalam sehari, baju kurung, jubah, dan tudung dijuala sehingga enam helai. Aku bersyukur dengan kerjaya yang aku lakukan ini.

*****

  Perasaan gentar bermain di fikiran ayahandanya manakala bondanya dan Yursha bagaikan diam seribu bahasa. Langsung tidak berkata-kata. Dalam keadaan ketakutan, Yursha beranikan diri berkata, “Ayahanda, bonda. Cuba lihat di sana, sebuah kedai bernama butik Yarsha.”

  “Mari kita cuba lihat.”

  Yursha gembira apabila ayahanda membalas katanya. Perasaan benci terhadap kakanya Yarsha, mulai hilang. Yursha mula rasa bersalah terhadap diriku ini. Kereta mewah itu menuju ke kedai Butik Yarsha. Pintu dibuka pantas apabila melihat kelibat aku.

  Aku tersenyum melihat mereka. Air mata sudah bergenang. Aku pantas memeluk ayahanda. Aku sendiri tersenyum gembira melihat mereka. Aku rasa bagaikan mimpi.

  “Yarsha, kenapa buat ayahanda begini? Dua hari mencari Yarsha tetapi tidak dijumpai. Ayahanda begitu risau atas kehilangan Yarsha. Janji dengan Ayahanda jangan lakukan perkara sebegini lagi. Lagipun, kamu tinggal di mana sewaktu kamu lari rumah?”

  “Ini, Butik Yarsha. Yarsha hanya baik pulih kedai lama ini. Sewaktu Yarsha lari rumah, Yarsha sediakan duit 10,000 ringgit di tangan. Dengan duit itu, Yarsha dapat membuat sebuah butik disini. Cantik bukan?”

  “Cantik, bonda begitu bangga dengan kamu.”

  Yursha mendiamkan diri sahaja. Selama ini aku memang tahu bahawa Yursha bencikan aku. Aku beranikan diri bertanya kepada Yursha.

  “Yursha, kenapa ini? Diam sahaja. Kakak ingat mahu Yursha bekerja sekali dengan kakak, boleh?”

  Yursha pantas memeluk aku. Tangisannya membasahi bajuku. Walau dia benci pada aku, dia masih adik aku. Kami memeluk sekeluarga tanda gembira. Kesemuanya kembali kepada asal, tiada pergaduhan atau permusuhan lagi. Tiada siapa dapat menghalang keluarga bahagia ini.

 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: