Certot

Mia dan Nia

Hasil nukilan Anis Hanah 2 years agoFiksyen

Tengku Mia Zahra, pelajar harapan sekolah. Mempunyai tiga orang sahabat. Menjadi anak murid kesayangan Cikgu Lailah. Nia Humaira pula sentiasa menganggap Cikgu Lailah sangat sayangkannya dan sering berkata yang Cikgu Lailah sayangkannya seorang. Namun, apabila melihat Cikgu Lailah dan Mia amat rapat, Nia terus menyimpan dendam terhadap Mia.

Dia sentiasa menghina Mia yang berkawan dengan Amalina, anak pengutip sampah. Namun, Mia mempunyai kehebatan dalam seni taekwando. Jadi, apabila Nia menghina status Amalina, Mia lantas memberi amaran.

 Namun, perangai Nia semakin menjadi-jadi apabila menubuhkan kumpulan The Richest. Gandingan dia bersama tiga orang sahabatnya yang kaya membuatkan hinaan mereka kepada Amalina semakin menjadi-jadi. Mia nasihatkan Amalina supaya bersabar.

 Suatu hari, apabila Amalina bersendirian di tandas, Nia dan rakan-rakannya segera membuli dan mengugut Amalina agar dia meruntuhkan persahabatan diantara Mia, Qaseh, dan Natasya. Amalina tidak menurut arahan itu lalu segera menolak mereka dan berlari mendapatkan Mia, Qaseh, dan Natasya.

  Mia sudah tidak tahan dengan Nia lalu Mia memberitahu ayahnya. Ayahnya yang rapat dengan semua orang berada di bandar itu segera melaporkan kepada ayah Nia dan rakan-rakannya.

  Setelah dihukum oleh ayah mereka, The Richest dengan ikhlasnya meminta maaf kepada Amalina dan rakan-rakannya. Insiden itu menjalinkan tali persahabatan antara mereka. Nia juga mengenal hati budi Mia yang baik kerana sentiasa melindungi rakannya terutama Amalina. Nia baru mengenal erti persahabatan tidak kira pangkat atau darjat.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: