Certot

Menjadi Seorang Puteri

Hasil nukilan Zarina Shukur2 years agoFiksyen 17

             

“Hai, saya Aisya. Orang selalu kata saya macam puteri.” 

“Aisya! Aisya!” Puan Hadila berkata. 

“Ya, ibu. Ada apa?” 

“Bolehkah kamu tolong ibu memasak?” 

“Boleh je.” 

Sambil itu,  Puan Hadila  pun membalas terima kasih. “Kamu tolong potong-potong sayur, ya?”

“Okey.” Sambil itu Aisya pun mula memotong.

 Mula-mula kita mulakan dengan memotong sayur. Setelah habis memotong, ada orang sedang mengetuk pintu di luar

 Tok! Tok! Tok! 

“Aisya, tolong bukakan pintu,” Puan Hadila berkata. 

“Baik, ibu.” Aisya pun mula membuka pintu. 

Tiba-tiba orang di luar itu berkata, “Ada bungkusan untuk cik Aisya.” 

“Terima kasih.” 

“Ibu! Ada bungkusan bungkusan untuk saya.”

“Cuba kamu buka.” 

Okey isi di dalamnya ialah jeng jeng jeng! Isi di dalamnya ialah sehelai kertas yang bertulis: 

“Kepada Aisya, awak dan keluarga dijemput ke istana Raja Afiq. awak dan kerluarga dijemput datang esok pukul 8.00 pagi. Setuju ataupun tidak. Ibu tengok ni Raja Afiq jemput kita ke istana,” kata Aisya.

“Ya, ibu akan ke sana,” Puan Hadila teruja.

*****

 Pagi pun menjelma. Aisya memilih gaunnya. 

“Ibu, bangun. Sudah pukul 8.00 pagi,” Aisyah pun berkata sambil memakai gaun labuh menyapu lantai. 

“Ya, sayang.”

Mereka berdua pun tiba ke istana. Bila Raja sudah datang dan bila sahaja Puan Hadila memandang ke arah wajah pemerintah negara itu, hatinya mula terasa lemah. Raja Afiq pun merenung Puan Hadila dalam-dalamnya. Waktu itulah, mata mereka bertemu, cinta di hati mula terpaut. 

Waktu itulah, Raja Afiq menyatakan keinginannya terhadap Puan Hadila. Puan HAdila dengan senang hati menerima lamaran Raja Afiq. Aisya pun gembira.

*****

Seminggu pun berlalu, Puan Hadila dan Aisya berkemas. Mereka mahu ke istana, rumah baru Aisya dan Puan Hadila. 

Mereka pun sampai. Bermulalah kisah baru Puteri Aisya bersama bonda tercinta di istana Raja Afiq.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: