Suatu hari, ada seorang budak bernama Ahmad. Ahmad berumur 11 tahun. Ahmad suka memakan rasuah dan mencuri. Ibu dan bapa Ahmad tidak tahu anaknya suka mencuri dan memakan rasuah. Ahmad seorang budak yang pandai. Ahmad mempunyai ramai kawan. Ibu Ahmad bernama Puan Azlina dan bapa Ahmad bernama Encik Hasan.
Suatu hari, Ahmad memakan rasuah daripada rakan sekelasnya. Ada seseorang yang mengintai mereka dari jauh tanpa disedari. Orang itu bernama Azhar. Azhar ialah seorang pengawas. Azhar ialah rakan karib Ahmad. Azhar tidak memberitahu cikgu disiplin kerana Ahmad ialah rakan karibnya. Dia takut kehilangan seorang sahabat.
Pada waktu rehat, Azhar bertanya kepada Ahmad, “Awak makan rasuah ke?”
Ahmad menjawab, ”Ya, saya makan rasuah. Tapi awak nampak saya makan rasuah ke?”
“Ya, saya nampak awak makan rasuah belakang sekolah,” Azhar menjawab dengan tegas.
“Awak jangan melaporkan kepada guru disiplin dan guru besar, ya?”kata Ahmad.
Azhar terdiam sementara. Azhar berkata, “Baiklah, tetapi jika guru besar dan guru disiplin tahu, saya akan salahkan awak ya?” Ahmad setuju.
Azhar bertanya, “Siapa yang beri rasuah kepada awak?”
“Aiman,” jawab Ahmad.
“Apa yang dia sudah buat?’’ tanya Azhar.
“Awak tidak perlu tahu,” kata Ahmad.
Keesokan harinya, Ahmad duduk di sebelah Azhar. Suatu masa, Azhar pergi ke tandas. Ahmad ambil kesempatan untuk mencuri barang Azhar yang berharga. Ahmad terjumpa satu sampul yang bertulis.
Ahmad membaca dalam hati, ‘yuran sekolah’.
Ahmad membuka sampul surat. Dia melihat ada lima keping duit 500 ringgit dan tiga keping duit 100 ringgit. Jumlah duit itu ialah RM 2800. Ahmad membuang sampul itu dan meletakkan duit itu ke dalam beg. Apabila Azhar masuk ke dalam kelas, Ahmad berpura-pura tidak membuat apa-apa. Azhar memeriksa begnya.
Pada waktu rehat, Azhar memberitahu guru disiplin tentang Ahmad. Guru disiplin memberitahu emak dan ayahnya tentang Ahmad. Ahmad didenda oleh cikgu-cikgu. Di rumah pula dimarahi oleh ibu dan dan bapanya. Ahmad sangat menyesal. Ahmad meminta maaf kepada semua orang termasuk Azhar. Mereka berkawan baik selama-lamanya.