Certot

Mencari Ilmu

Hasil nukilan Mencari Ilmu 2 years agoFiksyen 7

           

Hai.Namaku Danish. Aku barsekolah di SK Taman Seri Gombak. Hidupku penuh dengan kemewahan. Setiap hari kerjaku berhibur, bermain PSP, atau melayari Internet. Paling tidak pun mendengar lagu. Tetapi dalam kesempurnaan hidupku, ada satu benda tidak sempurna iaitu gred peperiksaanku. Aku langsung tidak pedulikan pelajaran.

UPSR semakin hampir. Segala nasihat dan tip-tip yang guruku berikan seperti mencurah air ke daun keladi. Tetapi pada detik itu, aku berjumpa dengan insan istimewa bernama Amirul.

Cara aku berkenalan dengan Amirul sangat aneh. Pada waktu rehat di sekolah, aku terdengar sesuatu bisikan di telingaku. “Jumpa aku di belakang sekolah waktu balik nanti.”

Pada mulanya aku tidak menghiraukan bisikan itu. Aku fikir ini hanya gurawan. Tetapi selepas waktu rehat tamat, ada sepucuk surat di atas mejaku bertulis “Kalau mahu lulus UPSR, jumpa aku di belakang sekolah nanti.” Pada saat itu, aku yakin ini bukan gurawan.

Selepas sesi persekolahan pada hari itu tamat, aku segera  ke belakang sekolah. Tetapi setibanya aku di belakang sekolah dia tiada di sana. Itu yang aku fikirkan. Sebenarnya dia sudah berada di situ. Dia memanggil namaku dari luar pagar sekolah yang berkunci. Aku pergi ke arahnya.

Dia berkata, “Kau mahu buka kunci pagar atau panjat pagar yang tinggi ini? Aku beri kau pilihan.”

Aku terus memanjat pagar sekolah itu. Selepas itu dia berkata, “Kau sudah gagal cabaran pertama.” 

“Kenapa? Kau kenal siapa aku?”

“Aku Amirul, mentor kau.

Aku terkejut mendengar kata-katanya. Selepas beberapa soalan aku tanya padanya, akhirnya dia member alat-alat untuk membuka mangga. Selepas mencuba beberapa kali, akhirnya aku berjaya membuka mangga.

Selepas lima cabaran kami tempuhi selesailah bab 1. Tetapi itu baru bab satu. Ada lagi satu bab.S ebelum aku menempuhi bab dua, aku akan menghadapi PraUPSR. Aku berasa sangat gementar. Selangkah kaki masuk ke dewan, seratus kali jantung berdegup. Dua minggu selepas peperiksaan, keputusan pun keluar. Aku mendapat 2A 3B. Luar dari jangkaan aku.

*****

 Sebulan selepas UPSR, keputusan keluar. Aku mendapat 5A, tetapi Amirul mendapat 4A 1B. Seminggu kemudian aku mendapat surat tawaran ke MRSM Kuala Kubu Baru.


     

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: