Certot

Memori Kembaraku

Hasil nukilan Haiqal Zulkarnain 2 years agoKembara 20

Keadaan cuaca pada hari ini sangat cerah. Memang kebiasaanku melihat keadaan cuaca setiap hari. Namaku Alisha Qistina. Aku sekarang menuntut di Universiti Teknologi Mara. Aku teringat zaman kanak-kanakku. Aku selalu bermain dengan Aishah, Amirul, dan Hakimi. Mereka semua merupakan rakan rapatku. Celik mata, sekarang semua sudah membawa haluan masing-masing.

Aishah melanjutkan pelajaran di Australia, Amirul pula bekerja sebagai seorang doktor dan novelis separuh masa. Manakala Hakimi sudah berhijrah ke Korea Selatan bersama keluarganya. Biar aku kongsikan satu memori aku yang tidak akan aku lupakan. Segalanya bermula di sini.

*****

Ibuku dan aku bersiar-siar di sekitar KLCC. Aku sebenarnya mempunyai bakat menyanyi. Namun tiada siapa yang tahu. Aku terlihat suatu borang nyanyian dan aku memasuki pertandingan nyanyian tersebut. Aku menjadi juara di dalam pertandingan tersebut. 

Beberapa hari selepas kejadian itu, telefon di rumahku berdering. Aku menjawab panggilan tersebut. Pemanggil itu berkata bahawa aku terpilih untuk mengembara ke serata dunia bersama komposer terkenal tanah air. 

Yang paling menyeronokkan semasa di Hong Kong, aku dibawa ke Disneyland. Dari kecil lagi aku bercita-cita untuk ke Disneyland. Akhirnya impianku tercapai. Sekarang aku, mengambil jurusan seni nyanyian untuk membuktikan bakat nyanyian aku. Aku bersyukur kerana impianku tercapai.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: