Certot

Mengapa Membenciku?

Hasil nukilan Naufal 5 B 1 year agoSuperhero 37


“Betulkah, ibu? Mengapa Afif kena berada di kampung selama sebulan! Ini melampau! Sampai bila lagi Afif kena duduk di kampung!” Nampaknya Hanan masih sedih .

“Nama aku Hanan  aku berumur 12 tahun dan merupakan anak sulung daripada dua beradik.” Dari dahulu pelik kerana asyik duduk kampung. Sudahlah bosan dan tiada masa terluang bersama keluarga. Ayah juga asyik sibuk dengan kerjanya sampai beberapa bulan juga dia tidak mahu balik rumah melihat muka-muka kami semua. Aku sungguh sedih dengan situasi yang berlaku sekarang ini.”

Di kampung….

“Afif, sila jaga tatusila cara kamu di kampung bersama aki dan opah,” pesan ibu dengan mengusap kepala Hanan.

“Baiklah, ibu pun jaga diri.” Terus aku memeluk ibuku dengar erat-erat.

Sekarang sudah jam 5.30 petang. Aku pergi berjumpa aki dan mahu bertanya soalan kepadanya tentang ibu. “Aki, mengapa ibu asyik hantar Hanan bersama Aiman di sini?”

“Kamu jangan ambil hati dengan jawapan aki. Sebenarnya ibu kamu berdua bukan sahaja hantar kamu berdua ke kampung. Tujuannya adalah supaya ibu kamu mencari ayah kamu yang sudah lama tidak balik ke rumah.”

“Apa?” Aku pengsan buat seketika kerana terkejut mendengar jawapan yang dikeluarkan aki.

“Hanan, bangun! Bangun!”

“Kenapa abang beritahu Hanan tentang perkara yang berlaku?” Opah sudah mula cemas dengan apa yang berlaku kepadaku.

“Abang sebenarnya tidak sampai hati hati mahu beritahu, tetapi kalau sudah ditanya, pasti  kita perlu menjawabnya.

*****

Di Taman Batu Kerong.

Puan Marissa ibu kepada Hanan dan Aiman mengetuk pintu sebanyak tiga kali tapi tidak dibuka.

Tok! Tok! Tok!

“Apa lagi kamu mahu, Marissa?” Sudahlah, abang tidak mahu lagi balik ke rumah.  enyampah lihat muka kamu semua!”

“Mengapa abang  benci sangat kepada Marissa, Hanan, dan juga Aiman?” Terus Puan Marissa masuk ke dalam kereta dan terus bergerak. Tiba-tiba keretanya Puan.Marissa terbabas.

“Aduhai, apa yang aku mahu kata kepada Hanan dan juga Aiman pastinya, mereka akan membenciku.

*****

Di kampung!

“Hanan, kamu sudah sedar! Alhamdulilah.” Opahnya bersyukur kerana tidak apa-apa yang terjadi pada Hanan.

Kring! Kring! Kring!

“Helo, apa! Marissa koma di hospital. Ya, tuan kami akan ke sana!”

“Apa! Ibu koma?” Terus dia menangis kerana tidak menahan lagi mahu mendengar sebuah perkara yang buruk!

Tiba di Hospital.

“Nurse, di mana bilik pesakit yang bernama Nur Hidayah Marissa?” tanya opah kepada seorang jururawat.

“Oh, dia sekarang berada di wad ICU.”

Tiba di wad ICU. Aku kelihatan ternampak seorang lelaki dengan kemeja bewarna biru sedang memegang kepalanya. Itu adalah ayahku. Aku menyorok di belakang baju opah, manakala Aiman  berlari ke arah ayah sambil memeluknya.

“Hanan, mari sini.”

Aku tidak menyahut. Aku terpaksa pergi ke arah ayah. “Mengapa ayah tidak mahu balik selama ini?” Terus aku tanya kepada ayah.

“Ayah sudah berkahwin bersama Kak Hanis dan juga sewaktu itu, ayah tidak boleh balik kerana kak Hanis sudah melahirkan dua cahaya mata kembar lelaki dan juga perempuan. Ayah ke kedai makan tiba-tiba terserempak dengan ibu kamu bersama seorang lelaki. Itu membuatkan ayah lagi benci.

Tiba-tiba seorang doktor keluar dan mengatakan, “Kamu semua boleh masuk.”

Lalu kami semua bergegas masuk ke bilik wad ICU.

Ibu membuka kelopak matanya sedikit demi sedikit.

“Abang, Marissa minta maaf.”

“Abang sepatutnya minta maaf kerana salah faham  dengan kejadian yang sudah berlalu.”

“Tidak mengapa, ia sudah lama berlaku.”

Kini keluarga kami kekal abadi untuk selamanya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: