Certot

Masih Ada Cahaya

Hasil nukilan Pika MK 2 years agoFiksyen 9

 “Ibu, perlukah beli tudung labuh? Rimaslah Isya,“A aku merungut. Aku memandang dengan jijik tudung yang baru sahaja dibeli oleh ibuku.

 “Isya jangan merungut. Bukankah Isya akan masuk Sekolah Agama Bandar Baru Zanil?Kenalah ikut cara pemakaian di sana,” Puan Fadlina merangkap ibuku berkata. Aku hanya menarik muncung yang amat panjang.

 Minggu depan, aku akan mendaftar ke sekolah menengah. Aku telah membuat pemohonan ke Sekolah Elit Tengku Karina, tetapi aku menerima tawaran ke sekolah agama. Sekolah agama bukanlah cita rasaku. Tetapi, aku terpaksa reda.

*******

  Hari ini aku akan mendaftarkan diri. Aku lihat disekeliling. Kelihatan ramai yang menangis kerana tidak sanggup berpisah dengan ibu bapa mereka. Aku? Ibu bapaku sentiasa ke luar negara. Jadi aku sudah biasa.

 “Isya, selepas ini ada taklimat daripada pengetua. Ibu kena pergi sekarang. Isya jaga diri,” ibuku berkata. Aku menyalaminya dan mencium pipinya. Aku memasuki dewan.

 Selesai sahaja taklimat oleh pengetua, kami dibenarkan untuk pergi ke kamar masing-masing. Kelas aku terletak di tingkat tuga. Ketika aku memasuki kelas itu, terdapat seorang gadis. Dia menegurku.

 “Hai, nama saya Nurul Hanina. Panggil sahaja Nina. Berasal dari Perak,” gadis berkulit sawo matang itu berkata.

 “Nama saya pula Farisya binti Faris. Panggil Isya,” aku memperkenalkan diri. Nampaknya aku sudah mempunyai kawan.

*****

 7.00 p.m.

 Ini malam pertama aku makan dengan rakan-rakan baru. Makanan di sini tidaklah seteruk mana. Masih boleh diterima oleh tekakku ini. Selesai sahaja makan malam, kami semua menuju ke surau.

 Kami menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah. Apabila habis sahaja bacaan doa, seorang telah memberi pengumuman.

 “Perhatian kepada semua pelajar tingkatan 1, anda diminta untuk ke bilik kuliah.” Aku bingung seketika. Di mana terletaknya bilik kuliah? Nasibku baik kerana ada kakak senior yang memimpin kami semua.

 Rupa-rupanya ada sesi taaruf. Taaruf  bermaksud berkenalan. Nampaknya, kami hanya mempunyai 75 pelajar. Sedikit juga, ya? Kami juga telah melantik penghulu dan penghuluwati. Penghulu kami merupakan Akmal dan penghuluwati ialah Atiqah.

*****

 Sudah masuk hari keempat aku berada di sini. Malam ini pula, kami mengadakan sesi perjumpaan dengan Badan Dakwah Dan Rohani(BADAR). Lelaki dan perempuan diasingkan.

 “Assalamualaikum semua. Nama akak ialah Farihah. Hari ini akak hendak cerita pasal aurat dan ikhtilat,” Kak Farihah berkata.

 Entah mengapa, aku seperti terkena kejutan elektrik ketika mendengar perkataan ‘Ikhtilat’. Tidak pernah kudengar sebelum ini.

 “Seperti yang kamu semua tahu, aurat bagi muslimah ialah semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tetapi, ramai yang ambil ringan tentang aurat. Mungkin kamu rasa pakai tudung labuh ini menyusahkan. Sebenarnya tudung labuh dapat menutup dada kita dengan sempurna.

 Lengan pula, kita disarankan untuk memakai handsocks.B agi yang tiada handsocks, boleh beli di koperasi. Walaupun kita memakai baju lengan bercekak, aurat masih boleh terdedah. Dan yang paling banyak orang abaikan ialah kaki. Bagi yang tidak biasa pakai stokin lama-lama, boleh pakai stokin nipis dahulu untuk prep malam. Kalau sudah biasa, boleh tukar kepada stokin yang tidak nipis,” Kak Farihah memulakan tazkirah.

 Aku tersentap. Selama ini, aku tidak pernah kisah tentang auratku.entah mengapa, aku rasa tersentuh mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Kak Farihah.

 “Baiklah, akak hendak cerita tentang ikhtilat pula. Ikhtilat bermaksud pergaulan kita dengan lelaki ajnabi. Kita diwajibkan menjaga ikhtilat. Bagi yang bercouple, insaflah.Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang yang mendekati zina. Allah berfirman dalam Surah  Al-Israk’, ayat  32, Dan janganlah kalian mendekati zina.

 Ikhtilat ini diharuskan untuk urusan kerja atau situasi yang boleh membahayakan nyawa. Jika masih tidak faham, boleh tanya kepada akak kemudian. Masa untuk sesi kali ini sudah habis,” Kak Farihah berkata.

 Sekali lagi aku tersentap. Tiba-tiba air mataku mengalir. Ya Allah, banyaknya dosa-dosaku.

Bagi aku, couple itu perkara yang normal. Tudungku pula banyak yang singkat dan menampakkan dada.

*******

“Sesungguhnya Tuhanmu mengampuni bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan kerena kebodohannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki dirinya. Sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah An-Nahl ayat ke 119)”

Aku terjaga pada malam itu. Jam locengku menunjukkan angka 3.00 pagi. Selalunya, aku akan menyambung tidurku, tetapi malam ini tidak. 

Aku mengambil wuduk. Aku menunaikan solat tahajud. Selesai sahaja aku solat, aku menadah tangan.

 “Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku, dosa  ibu bapaku, dosa pemimpimku. Ya Allah, sesungguhnya aku telah melakukan banyak perkara yang dimungkari Engkau. Jadi, bersihkan hatiku ini dengan cahaya-Mu. Aku bersyukur kerana dikurniakan hidayah-Mu. Berikanlah kekuatan untukku menuju kearah kebaikan. Sesungguhnya aku tidak mampu menahan seksaan neraka-Mu, ya Allah. Terimalah taubatku kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dosa-dosa besar. Amin.”

 Aku menangis. Aku berharap aku akan berada di jalan kebaikan hingga ke akhir hayatku.

 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: