Certot

Masa Lalu

Hasil nukilan microsof excel 2 years agoSuperhero 5

  “Maafkan Lya, ayah,” ucap Lya.

        “Lya, mengapa Lya tidak mendengar kata ayah? Dekarang kertas kerja ayah telah dibasahi dengan kopi,” marah Encik Asyraf.  

Lya terus menaiki tangga untuk menuju ke biliknya.  

Pang! Kedengaran pintu ditutup. Encik Asyraf berasa bersalah kerana memarahi anaknya itu. 

  “Ayah sudah tidak sayangkan Lya lagi,” ucapnya sambil menangis.           

            ***** 

Krik! Kedengaran pintu dibuka perlahan. Lya menuju ke pintu utama.  

‘Maafkan Lya, ayah,’ bisiknya dalam hati.         

             *****

   “Hari sudah hujan di mana aku hendak berteduh?” keluhnya.

Tiba-tiba….

Pang!

Mata Lya menjadi kabur.           

           *****

“Adik okey tak?” soal Dato’ Hisyam.  

“Ayah!” jerit Lya. Doktor telah mengesahkan Lya hilang ingatan, mungkin kerana kepalanya terhantuk kuat pada cermin kereta.  

“Saya di mana? Ayah saya mana?” Bertubi-tubi  soalan diajukan kepada Dato Hisyam. 

 “Sekarang kamu berada di hospital,” jawab Dato’ Hisyam.  

“Dimana ayah saya?” soal Lya lagi.

Tiba-tiba….

“Argh!” jerit Lya sambil memegang kepalanya yang berbalut. “Kepalaku sakit!” jerit Lya lagi.            

            *****

 “Dato Hisyam, Lya masih dalam keadaan yang agak serius. Jadi Lya tidak boleh tertekan. Jika dia tertekan, keadaannya akan menjadi bertambah parah,” jelas doktor Faizul panjang lebar. Dato’ Hisyam hanya mengangguk.          

           *****

“Lya, ini Datin Sara, tapi Lya panggil sahaja mama Lya. Ini pula Syira dan Lya boleh panggil Syira kak Syira. Lya panggil saya papa sahaja.” Dato’ Hisyam mengenalkan ahli keluarganya kepada Lya.  

“Baik papa, mama, Kak Shira,” jawab Lya.  

“Mulai hari ini, Lya akan tinggal dengan kami,“k ata Dato’ Hisyam. Lya hanya menganggukkan kepalanya.           

          *****

13 tahun kemudian….

  “Hari ini umur Lya dah genap 25 tahun,” kata papanya.    

“Papa ada sesuatu nak bagi pada Lya,” sambung Dato’ Hisyam. Dato’ Hisyam menghulurkan sekotak hadiah kepada Lya. Lya sungguh gembira apabila mendapati hadiah itu adalah seutas jam tangan.  

“Wah, cantiknya jam ini, terima kasih papa,” balas Lya dengan senyuman.  

“Oh ya sebelum terlupa, Lya nak minta izin papa untuk melawat rumah warga emas. Boleh?“soal Lya.  

“Wah, baiknya anak papa ni, boleh,” balas Encik Hisyam.           

           *****

Di rumah warga emas Seri Bahagia.

“Mak Bedah nak apa-apa lagi tak?” soal Lya kepada salah satu penghuni di rumah warga emas. 

 “Mak cik nak air,” jawab Mak Bedah. Lya lantas ke dapur dan mengambil sebiji gelas.  

“Lya!” jerit seseorang. Lya menoleh, tetapi dia tidak mengenali pak cik itu.  

Lya bertanyakan kepada pengurus di rumah warga emas itu tentang pak cik itu. Pengurus itu menerangkan bahawa pak cik itu terlibat dalam kemalangan semasa hendak mencari anaknya yang hilang dan selepas itu dihantar ke rumah warga emas.            

           *** ** 

Lya termenung memirkan siapa pak cik itu dan bagaimana pak cik itu mengetahui namanya.

Tiba-tiba….

“Argh!” jerit Lya kerana kepalanya sakit lalu pengsan  Setelah diperiksa ingatan Lya telah kembali pulih sepenuhnya.           

           ***** 

 “Ayah!” jerit Lya sekali lagi. Dia baru menyedari bahawa pak cik itu adalah ayah kandungnya.  

“Papa, Lya nak jumpa ayah kandung Lya,” kata Lya secara tiba-tiba.  

“Tapi di mana?” soal Dato’ Hisyam.         

             ***** 

“Ayah!” jerit Lya lalu duduk di sebelah Encik Asyraf. 

Encik Asyraf hanya tersenyum melihat anaknya. Lya menangis sepuas-puasnya. Dia kesal dengan tindakannya yang melukakan hati orang tuanya itu.  

“Ayah dah makan?” soal Lya dengan lembut.  

“Dah Lya.” Ayahnya tersenyum gembira.

 “Sekarang anak ayah kerja di mana?” soal Encik Asyraf ingin tahu.  

“Sekarang,Lya berkerja sebagai doktor,” balas Lya.  

“Wah pandainya anak ayah sampai jadi doktor,” ucap Encik Asyraf. Mereka tertawa kecil.  

Dato’ Hisyam hanya tersenyum gembira melihat telatah anak-beranak itu.  

“Oh ya! Ayah inilah Dato Hisyam yang jaga Lya selama ni,” kata Lya lagi.  

Encik Asyraf hanya tersenyum memandang Dato’ Hisyam dan hanya mampu mengucapkan terima kasih kerana menjaga anaknya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: